Ahli Dewan Undangan (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh dijangka akan dilantik sebagai Yang Dipertua atau Speaker DUN Selangor yang baru menggantikan Teng Chan Kim yang akan dilantik sebagai exco.
Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali menerusi blognya menjelaskan selain Hannah, barisan exco baru Selangor juga akan dibarisi empat wanita dimana termasuk beliau dan tiga lagi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ketiga-tiga wakil PKR yang bakal dilantik sebagai Exco ialah bekas Exco Rodziah Ismail (Batu Tiga), bekas Exco Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).
Selain Dr Halimah yang dikekalkan sebagai Exco penggal ini, wakil daripada PAS terdiri daripada Sallehen Mukhyi (Sabak), Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus (Sijangkang).
Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Cheng Khim pula mewakili DAP bersama Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) dan Ganabathirau Veraman (Kota Alam Shah).
Menurutnya, upacara mengangkat sumpah serta akujanji akan berlangsung di Istana Alam Shah Klang jam 9.00 pagi esok.
Berikut adalah senarai exco DUn Selangor dan speaker yang dinyatakan dalam blog DR Halimah.
Speaker: YB Hannah Yeo (DAP)
Exco: (1)YB Us Sallehen Mukhyi (PAS)
(2)YB Iskandar (PAS)
(3)YB Dr Ahmad Yunus (PAS)
(4)YB Dr Halimah Ali (PAS)
(5)YB Rodziah (PKR)
(6)YB Elizabeth Wong (PKR)
(7)YB Dr Daroyah Alwi (PKR)
(8)YB Dato Teng Cheng Khim (DAP)
(9)YB Ean Yong Hian Wah (DAP)
(10)YB Ganabathirau (DAP)
Irwan Muhammad Zain
Wed May 29 2013


Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan diaktifkan, pantau aktiviti pembakaran terbuka
Pelan itu diaktifkan pada 21 Feb lepas bagi membolehkan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan kerajaan negeri ambil tindakan berjaga-jaga.
Harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda - PBB
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda susulan tindakan Israel menyekat lintasan ke wilayah terkepung itu.
[TERKINI] Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya pagi Jumaat lalu adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Abdul Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridzokumura.

Pendandan rambut mengaku tidak bersalah cederakan suami guna penyapu, pisau
Seorang pendandan rambut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan suaminya, Jumaat lepas.

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Empat RUU berkaitan kecekapan perkhidmatan, kerajaan tempatan dibentang di Dewan Rakyat
RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.
[TERKINI] Dua lagi kakitangan digantung, pengurusan Astro bertemu MCMC
Astro Audio adakan siasatan dalam terperinci berhubung kes kandungan dalam talian yang menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat khususnya kaum India. Pengurusan Tertinggi Astro telah mengadakan perjumpaan dengan MCMC.

Kandungan kurang sensitif: Astro Audio bertemu MCMC, gantung tugas Azad, Nabil, Radin dan dua lagi
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Pagi ERA dan dua lagi.

Pengembalian autonomi Parlimen sebahagian besar reformasi institusi Madani - PM
Kerajaan mahu pastikan Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa, dan berdaya saing.
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.

Menu Rahmah: Ahli Parlimen Kapar bergurindam mohon maaf
Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali hari ini memohon maaf berikutan kenyataan beliau berhubung Menu Rahmah di Dewan Rakyat sebelum ini mengelirukan dan disalah erti.

Menu Rahmah: Speaker buat keputusan esok mengenai kenyataan Ahli Parlimen Kapar
Johari berkata beliau akan meneliti hansard terlebih dahulu, sebelum membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

'Kereta Camry buruk saya sahajalah kalau nak isytihar' - Halimah
Calon Pas di DUN Seri Setia, Dr Halimah Ali menegaskan, beliau tidak mempunyai masalah untuk mengisytihar harta.

Calon PH Seri Setia menangis jawab kenyataan calon Pas
Suasan PRK di Dun Seri Setia semakin hangat dengan tempoh berkempen tinggal kurang 48 jam lagi.

PRK Seri Setia: Agaknya Halimey gentar untuk berdebat - Dr Halimah
Menurut Dr Halimah, beliau telah menerima jemputan debat berkenaan hari ini.

Dr Halimah seru warga ATM, polis keluar mengundi
Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr Halimah Ali menyeru pengundi awal supaya keluar mengundi hari ini.

Pas terima sokongan parti berasaskan kaum India di Seri Setia
Kedua-dua parti itu mula turun padang bersama-sama Dr Halimah ketika berkempen selain memujuk anggota dan penyokong MIC dan IPF yang merupakan pengundi di DUN Seri Setia untuk mengundi calon PAS itu.

Hannah Yeoh bakal dilantik Speaker DUN Selangor?
Selain Hannah, barisan exco Selangor juga bakal dibarisi empat wanita yang terdiri dari tiga ADUN dari PKR dan satu dari PAS.