KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Pemuda Pas Kelantan Mohamad Kamal Mohamed mengenai isu penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Hannah menerusi ciapan Twitternya berkata pejabatnya telah membuat laporan itu susulan dakwaan Mohamad Kamal bahawa beliau telah menafikan hak Kelantan untuk menjadi tuan rumah temasya berkenaan.
Beliau berkata dakwaan itu adalah satu fitnah kerana Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan Wan Roslan Wan Hamat telah bersetuju untuk negeri itu menganjurkan edisi 2028, yang memberikan masa tambahan bagi membuat persediaan dan pembinaan fasiliti sukan di Kelantan.
"Doakan untuk saya. Difitnah orang Bersatu semalam, hari ini Ketua Pemuda PAS Kelantan pula fitnah, pejabat saya telah membuat laporan polis," katanya.
Semalam, sebuah media tempatan melaporkan bahawa Mohamad Kamal mendakwa Hannah menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk menafikan hak Kelantan menganjurkan Sukma 2024.
Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail dalam kenyataan berasingan berkata keputusan Kelantan sebagai tuan rumah Sukma 2028 adalah hasil perbincangan antara pihaknya bersama wakil negeri Wan Roslan, yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukma dalam mesyuarat yang diadakan semalam.
"Kenyataan sebegitu sangat tidak bertanggungjawab kerana ia menyimpang daripada hakikat dan iltizam Jawatankuasa Tertinggi Sukma bagi memastikan semua negeri berpeluang menjadi tuan rumah Sukma. Kelantan satu-satunya negeri yang belum pernah menganjurkan Sukma.
"Keputusan supaya Kelantan menjadi tuan rumah Sukma 2028 adalah demi memberikan masa tambahan kepada kerajaan negeri menyiapkan infrastruktur sukan bagi penganjuran temasya sukat itu," katanya.
Sementara itu Ahmad Shapawi menzahirkan penghargaan kepada Sarawak yang bersedia menganjurkan Sukma 2024, ekoran keputusan Johor sebelum ini memulangkan hak tuan rumah temasya itu kepada MSN.
Johor sepatutnya menganjurkan edisi 2020, namun penganjuran itu dibatalkan kerana pandemik COVID-19 dan negeri itu dipilih untuk menganjurkan edisi 2024, diikuti edisi 2026 di Kelantan, manakala MSN menganjurkan edisi 2022 di Lembah Klang pada September lepas.
Namun, keputusan terbaharu Jawatankuasa Tertinggi Sukma menyaksikan Sarawak menjadi tuan rumah edisi 2024, MSN menganjurkan edisi 2026 dan diikuti Kelantan pada 2028.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Pemuda Pas Kelantan Mohamad Kamal Mohamed mengenai isu penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2024. - Gambar fail/BERNAMA
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).
Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.
Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.
Tiada kuasa halang bekas atlet jadi jurulatih di luar negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh melahirkan kebimbangan terhadap situasi bekas atlet negara yang kini sering 'dipancing' oleh negara lain dengan tawaran sebagai jurulatih.
Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perbincangan itu dijangka dibuat bermula bulan hadapan.
Hannah gesa persatuan sukan kurangkan amalan politik
Menteri Belia dan Sukan mahu setiap pemilihan yang dibuat pada mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan sukan dilaksanakan secara sihat.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
Lebih 19 individu minat jawatan CEO ISN - Hannah
Pihaknya menerima lebih 19 permohonan untuk jawatan tersebut, melibatkan penjawat awam dan orang awam dari pelbagai latar belakang.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.