Pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac akhirnya memilih untuk mengundurkan diri daripada dunia lakonan selepas 25 tahun bergelar aktor.
Berita itu diumumkan Hans menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menerusi coretan tersebut Hans menyatakan rasa syukur kerana sepanjang berada di dalam industri, kerjayanya direstui ramai walaupun pada mulanya lakonan bukanlah kerjaya yang diminatinya.
“Seperti yang mereka katakan, semua perkara yang baik akan ada pengakhiran. Dan selepas 25 tahun sebagai PELAKON, itu bukan perjalanan yang terlalu buruk bukan? Saya telah direstui, saya benar-benar direstui dan akan sentiasa bersyukur.
“Semuanya bermula apabila Datin Paduka Shuhaimi Baba memberi peluang kepada saya melakonkan watak dalam filem Ringgit Kasorrga pada tahun 1994.
“30 daripadanya filem cereka, sejumlah besar drama dan rancangan TV kemudiannya, diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Lakon Layar dan memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi Buli Balik bersama Afdlin Shauki untuk dilakonkan di Filipina (Miss You Like Crazy) ke filem Singapore City Sharks, dan kini sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri.
“Berlakon bukanlah minat saya, tetapi saya belajar untuk mencintai dan menikmati proses itu serta bertuah kerana dapat bekerja bersama yang terbaik dalam industri.
“Bagi mereka yang amat mengenali saya, mereka akan memberitahu anda bahawa saya bukan jenis yang duduk dan tidak melakukan apa-apa.
“Saya selalu bertanya kepada diri sendiri ‘Apa dan siapa Hans yang seterusnya?’ Apabila saya telah mencapai matlamat tertentu, bagaimana saya boleh menambah baik dan pada masa yang sama memberi peluang kepada orang lain di sekeliling saya?” jelasnya.
Bagaimanapun kata Hans, keputusan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyokong karya dan juga industri seni tanah air.
“Saya akan terus menyokong industri seperti biasa. Terdapat sisi pawagam, pengurusan dan mungkin juga pergi ke pentas bersama Awie dan Afdlin dari semasa ke semasa untuk ketawa, beriadah dan berseronok.
“Harapan saya adalah untuk mengarahkan satu lagi teater muzikal di Istana Budaya suatu hari nanti dan akan terus meluangkan masa untuk membina empayar saya.
“Kerana jika tidak ada orang yang percaya kepada saya sebelum ini, maka tidak akan ada Hans Isaac si PELAKON,” coretnya.
Hans juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang pernah bekerjasama dan mempercayai bakatnya sebagai seorang anak seni.
“Dengan itu, terima kasih kepada semua penerbit, pengarah, rakan sekerja dan ahli krew kerana telah memberi saya antara kenangan terbaik dalam hidup.
“Saya selalu mengatakan peminat saya adalah kawan saya. Mereka sentiasa bersama saya sepanjang perjalanan saya. Terima kasih atas sokongan selama ini dalam apa jua yang saya lakukan.
“Satu bab telah tamat, satu bab baru bermula… terima kasih pada semua,” coretnya.
Hans memulakan kerjaya lakonannya pada 1995, ketika berusia 22 tahun menerusi filem Ringgit Kasorrga yang ditayangkan dua tahun kemudian.
Pada 1997, Hans berlakon di samping Ratu Rock negara, Ella dalam filem Hanya Kawan arahan Harith Iskander.
Pada Mac 2004, Hans memegang watak sebagai Roy iaitu seorang pereka perisian komputer dan kaki buli dalam filem sulung arahan Afdlin Shauki, Buli yang menampilkan pelakon hebat antaranya Afdlin, AC Mizal, Nasha Aziz dan Ako Mustapha.
Filem Buli juga merupakan antara filem yang berjaya menaikkan namanya sehingga dikenali ramai.
Antara filem lain yang pernah dibintangi Hans adalah Baik Punya Cilok (2005), Buli Balik (2006), Cuci (2008), Tipu Kanan Tipu Kiri (2006) dan Misteri Jalan Lama (2011).
Hans kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo pada 8 April 2019.
Hans bagaimanapun melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Finas pada 22 Mei 2020 selepas setahun menerajui badan filem itu.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini.
Gempak
Tue Dec 07 2021
![Hans Isaac umum tinggalkan dunia lakonan Hans Isaac umum tinggalkan dunia lakonan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61638877893_DatukHansIsaac.jpg)
Selepas 25 tahun aktif sebagai pelakon, Hans Isaac mengumumkan pengundurannya dari gelanggang lakonan. - Gambar GEMPAK
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.
![Kedudukan Hans Isaac ditentukan lembaga pengarah PSM - Hannah Kedudukan Hans Isaac ditentukan lembaga pengarah PSM - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/81566807739_HansIsaac.jpg)
Kedudukan Hans Isaac ditentukan lembaga pengarah PSM - Hannah
Hannah berkata Hans dilantik sebagai Pengerusi PSM sejak Jun lepas dan kontraknya dijangka tamat pada tahun depan.
![Padang Stadium Nasional Bukit Jalil masih rosak Padang Stadium Nasional Bukit Jalil masih rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711237333_tbHarimauMalaya.jpg)
Padang Stadium Nasional Bukit Jalil masih rosak
Rakaman dron menunjukkan keadaan terkini padang tersebut pada Sabtu masih rosak, bertompok dan berpasir pada beberapa bahagian rumput.
!['Look at my face...' 'Look at my face...'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/81566807739_HansIsaac.jpg)
'Look at my face...'
Kegusaran jelas terpancar pada wajah Pengerusi PBSM, Datuk Hans Isaac mengenangkan keadaan padang SNBJ yang diibarat seperti 'sehelai jeans lusuh.'
![Hans Isaac dilantik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia Hans Isaac dilantik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/81566807739_HansIsaac.jpg)
Hans Isaac dilantik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
Hans Isaac merupakan antara 16 individu dari sektor korporat, persatuan sukan dan sektor kerajaan yang dilantik sebagai Anggota Perbadanan PSM.
![PRU15: Hans, Xavier nafi bertanding kerusi Parlimen Kuala Langat PRU15: Hans, Xavier nafi bertanding kerusi Parlimen Kuala Langat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666493704_kerusiParlimen.jpg)
PRU15: Hans, Xavier nafi bertanding kerusi Parlimen Kuala Langat
Hans Isaac ketika dihubungi memaklumkan tidak mengetahui tentang dirinya terpilih sebagai calon yang akan bertanding merebut kerusi Parlimen tersebut.
![Maszlee, Akmal Nasir, Hans Isaac dipilih sebagai MPP PKR Maszlee, Akmal Nasir, Hans Isaac dipilih sebagai MPP PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658032428_maszleemalikhans.jpg)
Maszlee, Akmal Nasir, Hans Isaac dipilih sebagai MPP PKR
PKR akan bergerak ke hadapan diterajui gabungan baharu, Anwar Ibrahim sebagai Presiden dan Mohd Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden.
![Pemilihan PKR: JPP sedia beri penjelasan kepada Hans Isaac Pemilihan PKR: JPP sedia beri penjelasan kepada Hans Isaac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649511545_DrZalihaMustafa.jpg)
Pemilihan PKR: JPP sedia beri penjelasan kepada Hans Isaac
Pihaknya tidak ada masalah untuk memberi jawapan dalam masa seminggu memandangkan kongres melibatkan parti berkenaan akan tamat tidak lama lagi.
![Pemilihan PKR: Hans Isaac tuntut jawapan daripada JPP, akur jika proses adil Pemilihan PKR: Hans Isaac tuntut jawapan daripada JPP, akur jika proses adil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-05/41559232667_HansIsaac.jpg)
Pemilihan PKR: Hans Isaac tuntut jawapan daripada JPP, akur jika proses adil
Hans turut menceritakan semula kronologi proses pengiraan pada pemilihan kali kedua, yang didakwa menyaksikan beliau telah memenangi jawatan Ketua Cabang Ampang.
![Pemilihan PKR: Kini Altimet pula Ketua Cabang Ampang Pemilihan PKR: Kini Altimet pula Ketua Cabang Ampang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617291518_altimet.jpg)
Pemilihan PKR: Kini Altimet pula Ketua Cabang Ampang
Penyanyi rap, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman menang dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Ampang, selepas kiraan semula dibuat.
![Pemilihan PKR 2022: Hans Isaac nafi terlibat dengan politik wang raih undi Pemilihan PKR 2022: Hans Isaac nafi terlibat dengan politik wang raih undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41656686900_HansIsaac.jpg)
Pemilihan PKR 2022: Hans Isaac nafi terlibat dengan politik wang raih undi
Pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac menafikan dakwaan mengamalkan politik wang bagi meraih undi dalam Pemilihan PKR 2022 yang berlangsung baru-baru ini.