KUALA LUMPUR: Langkah menghantar atlet pelapis menyertai Sukan SEA 2023 Kemboja dilihat sebagai satu tindakan yang baik dan dapat memberi pendedahan kepada mereka, walaupun peminat sukan lebih memandang kepada keputusan positif yang dihasilkan kontinjen negara.
Bekas Ketua Kontinjen Negara (CDM) Sukan SEA 2021 Hanoi Datuk Nur Azmi Ahmad berkata dalam menyediakan atlet pelapis, persatuan sukan harus memainkan peranan dengan usaha awal pembangunan dilakukan peringkat akar umbi, sebelum meletakkan sebarang sasaran realistik buat atlet di bawah naungan mereka.
"Pendedahan atlet pelapis atau pembangunan harus diketengahkan di kejohanan peringkat Asia Tenggara. Biar ketika pertandingan itu mereka sudah mengenali lawan yang bakal ditentang di Sukan SEA nanti," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Nur Azmi yang juga Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) mengulas mengenai tindakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertahan keputusan menghantar atlet pelapis ke Sukan SEA Kemboja baru-baru ini.
Beliau dalam pada itu, menepis pandangan bahawa kebanyakan persatuan sukan tidak mempunyai sebarang sasaran kerana mungkin agak tertekan dengan penanda aras diletakkan Majlis Sukan Negara (MSN) dan KBS.
"Sekarang tidak perlu tuding jari dan fokus kepada Sukan SEA Thailand 2025, jika tidak keadaan akan sama sahaja. Fokus kepada sukan yang mampu meraih lebih banyak pingat.
"Lupakan yang sudah berlalu, selepas ini struktur perlu kuat bagi menghadapi Sukan SEA Thailand dan Sukan SEA 2027 di halaman sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023

Datuk Nur Azmi Ahmad berkata dalam menyediakan atlet pelapis, persatuan sukan harus memainkan peranan dengan usaha awal pembangunan dilakukan peringkat akar umbi. - Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

KBS rancang hantar atlet pelapis ke lebih banyak kejohanan antarabangsa
KBS sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai cara meningkatkan pembiayaan bagi sukan dan menggalakkan sektor korporat melabur.

Pengalaman Mike Mahen cukup berharga buat MBBF
MBBF mahu melihat jaguh bina badan negara, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, terus mencurahkan pengalamannya untuk masa depan sukan.

Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela
Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.

Hantar atlet pelapis tindakan yang baik untuk beri pendedahan - Bekas CDM
Persatuan sukan harus memainkan peranan dengan usaha awal pembangunan dilakukan peringkat akar umbi, sebelum meletakkan sebarang sasaran realistik.

Sukma tidak pernah tersasar lahirkan atlet berkaliber - Faizal Azumu
Faizal berkata sejak temasya itu diperkenalkan pada 1986, ia tidak pernah tersasar daripada objektif utama melahirkan pelapis baharu.

Pengguguran acara di Sukma jejas usaha lahirkan atlet pelapis - Shahidan
Keputusan menggugurkan beberapa acara sukan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Kuala Lumpur, bulan depan, bakal memberikan kesan terhadap usaha melahirkan atlet pelapis negara.

Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.

Kementerian Belia dan Sukan Sabah perlu cungkil lebih ramai atlet pelapis - Hajiji
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meminta Kementerian Belia dan Sukan Sabah untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu bidang sukan bagi memastikan negeri itu tidak ketandusan atlet pelapis.

MSN rangka program khas Sukan Olimpik Paris 2024
Sukan baru seperti papan luncur masih belum boleh diberikan perhatian oleh MSN biarpun mendapat pendedahan meluas di dalam dan luar negara.

Sukan SEA 2021 utamakan atlet muda, pelapis - Syed Saddiq
Majlis Sukan Negara (MSN) akan menggunakan prestasi atlet Sukma dan MASUM sebagai asas pemilihan atlet, bagi memulakan program penyediaan Sukan SEA 2021.