KUALA LUMPUR: Terdapat ketidaksamaan antara keinginan pekerja dan kesediaan majikan dalam memberikan latihan bagi meningkatkan tahap kemahiran.
Menurut Ketua Pegawai Program Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), Soffian Amin, daripada 97 peratus pekerja yang menyatakan kemahuan untuk tambah baik kemahiran, hanya 36 peratus sahaja yang menerima latihan yang diperlukan.
“Kita dapati terdapat ketidaksamaan antara syarikat dan pekerja. Ini kerana, sekiranya kita lihat kepada laporan baru-baru ini daripada Randstad, 97 peratus daripada responden yang merupakan pekerja yang menunjukkan minat untuk membangunkan diri mereka menerusi peluang latihan dan pembelajaran.
“Laporan yang sama juga menunjukkan 4 daripada 5 responden menyatakan latihan meningkatkan kemahiran yang mereka jalani merupakan perkara yang penting dalam pembangunan diri mereka, kerana ia memberikan kemahiran baharu.
“Pun begitu, berdasarkan kepada data yang kita ada, hanya 36 peratus daripada responden yang menerima latihan secukupnya,” katanya dalam program Agenda AWANI.
Soffian menjelaskan, trend ini berlaku kepada majikan yang tidak melihat latihan sebagai suatu perkara yang penting berbanding nilainya kepada pekerja mereka.
Ini kerana, jelasnya, terdapat dikotomi antara kepentingan pembangunan diri pekerja dan pembangunan organisasi.
“Kebiasaannya, majikan cenderung menghantar pekerja menyertai latihan yang memberikan manfaat kepada organisasi, sedangkan sebagai individu kita mencari latihan yang memberi manfaat kepada diri sendiri.
“Ini antara perkara yang sentiasa menjadi cabaran dalam pasaran apabila menyentuh mengenai membangunkan bakat tempatan,” katanya.
Sehubungan itu, HRD Corp, kata beliau, mengambil pendekatan melabur semula dalam teknologi bagi memastikan proses latihan yang ditawarkan berlangsung lebih pantas.
Beliau berkata, pendekatan itu diambil bagi menggalakkan lebih banyak majikan menghantar pekerjanya menyertai kursus-kursus kemahiran.
“Ini juga menggalakkan penggunaan levi. Tiada manfaatnya memungut jumlah levi yang tinggi sekiranya kutipan tersebut digunakan untuk perkara lain. Ini adalah kerana, tujuan pungutan levi adalah untuk melatih rakyat Malaysia supaya kemahiran ditingkatkan,” tambahnya lagi.
HRD Corp kini memberikan perkhidmatan kepada kira-kira 85,000 majikan, syarikat dan perniagaan di Malaysia.
Irfan Faruqi
Wed May 03 2023
Menurut Soffian Amin, HRD Corp kini memberikan perkhidmatan kepada kira-kira 85,000 majikan di Malaysia. - Gambar ihsan HRD Corp
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Walaupun negara sudah merdeka selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat.
MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.
Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.