Hanya 38 daripada 737 ladang ternakan babi di negara ini memenuhi piawaian ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata pengusaha ladang yang gagal mematuhi piawaian masih diberi peluang sebelum langkah penguatkuasaan bermula pada 2016.
"Sebagaimana yang termaktub dalam konsep 'Modern Pig Farming', empat kriteria perlu dipatuhi oleh semua ladang ternakan," katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan kementerian di sini hari ini.
Empat kriteria itu adalah kandang tertutup; sistem pengurusan sisa kumbahan sifar; jarak minimum 200 meter dari rumah kediaman, sekolah, klinik, tempat ibadat serta kemudahan awam; dan mengamalkan Amalan Penternakan Baik.
Ismail Sabri berkata jika selepas tempoh diberi pengusaha ladang masih gagal mematuhi peraturan, tindakan mengikut Enakmen Kawalan Ternakan Babi akan dikenakan.
Pada majlis itu, beliau turut melancarkan sisipan khas Agroprenuer Muda terbitan akhbar KOSMO.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata kementerian akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk menubuhkan Lembaga Ruminan, bertujuan memajukan dan meningkatkan lagi penghasilan daging serta produk daging.
"Kajian teliti dan mendalam akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum ia dikemukakan kepada Kabinet, Jabatan Veterinar telah diarah untuk membuat kertas kerja mengenainya," katanya.
Beliau berkata langkah itu perlu memandangkan peningkatan permintaan produk daging semakin meningkat selain untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import daging.
Bernama
Mon Nov 03 2014
Hanya 38 daripada 737 ladang ternakan babi di negara ini memenuhi piawaian ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
ESSCOM patahkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM870,000
ESSCOM menahan dua warga asing dan mematahkan cubaan menyeludup rokok membabitkan nilai anggaran selepas cukai sebanyak RM871,854.40.
Pantau Belanjawan: AI mengubah landskap kerjaya, apa nasib graduan?
Berdasarkan laporan Decoding Global Talent Report 2024: GenAI Edition, 79 peratus profesional Malaysia menjangkakan artificial intelligence (AI) akan mempengaruhi sebahagian besar kerjaya mereka, dengan 28 peratus bersedia menghadapi transformasi ini. Bersama Profesor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Siber Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM, Prof. Ts. Dr. Zuriati, membincangkan tentang masa depan graduan dalam era automasi dan AI ini dan bagaimana mereka dapat menyesuaikan diri untuk kekal relevan.
Saham Nvidia menjunam 17 peratus, capai paras saham AS terendah 'angkara' DeepSeek
Saham Nvidia susut 17 peratus pada 27 Januari, menyebabkan nilai pasarannya berkurangan sebanyak AS$589 bilion.
Gabungan Peguam Negara saman Trump beku pembiayaan persekutuan
Tuntutan berkenaan adalah bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan serta-merta penguatkuasaan dasar OMB.
Radu tetap radu! - Khairul Fahmi Che Mat dedah faktor sertai Sabah
Khairul Fahmi turut beranggapan, Ong Kim Swee umpama seorang 'bapa' ketika di luar padang.
AWANI Pagi: OP Selamat 23: Tahun Baharu Cina 2025
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri membincangkan mengenai segalanya tentang trafik, Op Selamat dan usaha pihak polis menjaga keselamatan khususnya semasa musim perayaan.
E-Commerce: Tackling Malaysia’s logistics divide
CEO of Ninja Van Malaysia, Lin Zheng shares insights on tackling logistical bottlenecks, especially between Peninsular and East Malaysia, while driving innovation to transform the nation’s e-commerce landscape.
Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala
Rumah tersebut yang dilihat seperti bentuk mata dari pemandangan udara kini dilingkungi tembok konkrit.
AWANI Ringkas: Selamat Tahun Baharu Cina
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan
Terdahulu, pemain berusia 18 tahun itu menerima kad merah oleh pengadil selepas didapati mengasari Matt Doherty, Sabtu lalu.
Hanya 38 daripada 737 ladang ternakan babi patuhi piawaian
Hanya 38 daripada 737 ladang ternakan babi di negara ini memenuhi piawaian ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.