Pendaki wanita, Norfatin Sulaiman, 29, yang dilapor sesat di Gunung Irau, Cameron Highlands pada Sabtu hanya bertahan dengan berbekalkan coklat yang dibawa bersamanya ketika melakukan aktiviti pendakian di gunung berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhamad Haziq Hazmi memaklumkan mangsa berjaya dibawa keluar sekitar 10 malam tadi selepas lebih 44 jam sesat dan telah dibawa ke Hospital Cameron Highlands untuk mendapatkan rawatan.
Ujarnya, mangsa tersasar dari trek apabila terjatuh dari cerun beberapa meter selepas CP (check point) Pisang.
"Ketika menuruni trek Gunung Irau, mangsa terjatuh daripada cerun yang agak curam kira-kira 70 darjah dan terkeluar daripada trek. Mangsa tidak mampu menaiki semula cerun berkenaan lalu meneruskan perjalanan menuruni trek dengan harapan menjumpai anak sungai atau perkampungan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Pendaki sesat di Gunung Irau ditemui selamat
BACA: Lebih 40 jam sesat di Gunung Irau, pencarian pendaki wanita diteruskan
Mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat dalam keadaan letih namun selamat dan tiada kecederaan teruk.
"Apabila ditemui mangsa hanya kelihatan letih dan kakinya sedikit bengkak dan berair kerana telah lama memakai kasut. Selain daripada itu, mangsa dalam keadaan sihat. Dalam tempoh dua hari dalam hutan, mangsa bertahan dengan memakan coklat dan minum air sungai," katanya.
Menceritakan semula detik menemui mangsa, Haziq memaklumkan pihaknya telah mengesan tapak kaki di kira-kira 200 meter dari sebelah kiri trek Mossy Forest dan mengikuti petanda berkenaan.
"Mula-mula kami nampak ada kesan tapak dan kami teruskan perjalanan mengikut tapak berkenaan dan menjumpai poncho (baju hujan). Justeru kami terus memanggil nama mangsa. Tiba-tiba mangsa menyahut dan meminta tolong. Lalu, kami segera ke arah mangsa yang ditemui di bawah bukit berhampiran air terjun," katanya.
Pada Sabtu, mangsa yang juga kakitangan sebuah syarikat minyak dan gas di ibu negara bersama 47 pendaki lain menuruni trek Gunung Irau.
Separuh perjalanan, rakan mangsa menyedari bahawa mangsa tidak bersama dalam kumpulan.
Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat digerakkan pada 12.15 malam kelmarin melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perhutanan Daerah serta sukarelawan Persatuan Mencari dan Menyelamat Gunung Malaysia (MOSARS).
Tan Su Lin
Mon Feb 20 2017
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi :Kurang minat SPM: Perlu empati atau kritikan
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Dr. Nur Shahidah Paad, Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) membincangkan mengenai psikologi kumpulan pelajar yang tidak berminat dengan peperiksaan penting seperti SPM dan bagaimana cara sewajarnya memberi motivasi kepada mereka untuk mementingkan ilmu menjamin masa depan.
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
Multilateralism: The key factor on climate control
Join Executive Director and Professor of Planetary Health at Sunway University, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, as she highlights how multilateralism drives global solutions for climate change and a sustainable future.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Bomba selamatkan dua warga Singapura sesat di Gunung Machinchang
Mereka mula mendaki gunung itu pada pukul 12.02 tengah hari dan dipercayai tersesat akibat keadaan yang sudah semakin gelap.
Lima lokasi sungai, air terjun di Kuala Krai dikenal pasti berlaku kepala air
Orang awam diharap tidak melakukan aktiviti di lokasi berkenaan kerana bimbang akan berlaku fenomena kepala air dalam musim hujan ini.
JBPM Johor sanitasi tiga pintu masuk negeri bermula esok
Libatkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).
Bukan sahaja manusia dipindahkan, kucing juga antara mangsa banjir
JBPM Kuala Krai terima panggilan kecemasan sekitar jam 12.30 tengah hari bagi memindahkan dua keluarga dari Kampung Kenor.
Warga emas maut ketika sertai ekspedisi pacuan empat roda di Gerik
Setibanya anggota JBPM di lokasi kejadian, mangsa telah dibawa keluar ke jalan utama oleh peserta ekspedisi yang lain.
Penunggang motosikal terbabas, meraung kaki tertusuk besi longkang
Anggota JBPM terpaksa memotong besi itu menggunakan alat pemotong khas.
Mangsa kedua berjaya dikeluarkan dari runtuhan
Mangsa warga Bangladesh itu dibawa keluar dari runtuhan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.
Remaja lelaki lemas selepas bot dinaiki terbalik di Kota Tinggi
Sembilan anggota dengan dua jentera dan satu bot aluminium dihantar ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan.
Dua mangsa terperangkap di kawasan perkelahan diselamatkan JBPM Perak
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 2.50 petang.
Lelaki maut dihempap batu kuari
Mangsa Loi Thiam Fatt, 56, disahkan maut oleh pegawai perubatan dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.30 pagi itu.