SHAH ALAM: Kerajaan menolak dakwaan sektor pembuatan dan perkilangan merupakan penyumbang terbesar kenaikan kes jangkitan COVID-19 di negara ini ketika ini.
Menurut Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, melalui data statistik Kementerian Kesihatan (KKM), hanya sekitar 5 hingga 10 peratus kes COVID-19 melibatkan sektor terbabit.
Tambahnya, adalah tidak wajar untuk menutup sektor terbabit, semata-mata berdasarkan statistik kenaikan kes jangkitan COVID-19 walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dilaksanakan sejak 1 Jun lalu.
"Kerana berdasarkan statistik dan data yang telah pun diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kenaikan kes jangkitan COVID-19 ini bersifat sporadik. Ini bermakna virus ini sudah ada di dalam komuniti.
BACA: Kes sporadik di Selangor, Kuala Lumpur tinggi dan membimbangkan - Dr Noor Hisham
"Atas dasar itu, KKM telah mengesahkan 75 peratus daripada kes positif datangnya daripada komuniti dan baki 25 peratus adalah daripada pelbagai bentuk kluster, termasuk kluster di tempat kerja," katanya pada sidang media selepas melawat tapak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selangor Berskala Mega pada Isnin.
Walau bagaimanapun, beliau tidak menafikan jangkitan COVID-19 dan kluster ini berlaku melibatkan perkhidmatan terbabit namun dengan adanya inisiatif yang dilaksanakan sedikit sebanyak bakal membantu mencapai kelangsungan ekonomi.
"Tidak seperti sektor pendidikan dan sosial kerana kita tutup sepenuhnya, tapi sektor ekonomi, khususnya perkhidmatan yang kita telah benarkan ini berlaku untuk melindungi dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.
"Khususnya Malaysia ini sebagai negara yang yang menjadi sebahagian rantaian bekalan global, kita tidak mahu ada gangguan terhadap bekalan makanan, bekalan keperluan asas yang juga melibatkan barang keperluan untuk kesihatan awam seperti sanitizer, ataupun barang-barang keperluan farmasi juga produk yang lain," katanya.
Justeru, beliau menegaskan agar sektor pembuatan dan perkilangan terus mematuhi SOP ketat dan majikan diminta untuk melakukan ujian saringan berskala besar secara berkala bagi memastikan penularan jangkitan dapat dielakkan memandangkan kebanyakan kes positif tidak mempunyai gejala.
Sehingga semalam, seramai 16,564 pekerja di Selangor, Pulau Pinang dan Johor yang terbabit dalam Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) sudah divaksin.
Semua pekerja dalam sektor pembuatan serta perkilangan di seluruh negara disasarkan akan menerima vaksin menjelang akhir September untuk mencapai imuniti kelompok.
Eton Khir
Mon Jun 28 2021

Menurut Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, melalui data statistik Kementerian Kesihatan (KKM), hanya sekitar 5 hingga 10 peratus kes COVID-19 melibatkan sektor terbabit. - Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.

PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.

PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.

Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.

Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.

Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.

Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.

Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.