KAMPAR: DAP menyifatkan dakwaan Perikatan Nasional (PN) bahawa Kerajaan Perpaduan akan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menambah kawasan pilihan raya jika memiliki majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai tidak berasas.
Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata, urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu merupakan bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Ini ditentukan oleh SPR dan saya tidak terima sebarang maklumat langsung. Sepatutnya beliau (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tanya SPR bukan pihak kami (Kerajaan Perpaduan).
"Takkan beliau sebagai bekas Perdana Menteri tidak tahu di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menentukan perkara ini bukan orang lain kecuali SPR sahaja.
"Kalau beliau tidak tahu susahlah untuk kita boleh akui dia Perdana Menteri yang layak kerana perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan pun tidak faham," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kampar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji di sini pada Ahad.
Tambah beliau, isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang tidak menjejaskan rentak pengundian rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini.
"Kita dalam pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini masih kekalkan kuasa di tiga negeri jadi, tentulah itu permainan politik mereka yang pandai buat fitnah.
"Saya mengharapkan rakyat boleh melihat dengan jelas antara yang benar dan batil. Mereka boleh buat apa-apa sahaja termasuklah menaikkan isu-isu yang tidak berasas," katanya.
Sinar Harian melaporkan Pengerusi PN, Muhyiddin mendakwa kerajaan akan meminda Perlembagaan Persekutuan dengan menambah kawasan pilihan raya daripada 222 kepada 300 kerusi.
Menurut beliau, langkah itu boleh disekat dengan memenangkan calon PN Parlimen Pulai, Zulkifli Jaafar sekali gus menafikan majoriti dua pertiga Kerajaan Perpaduan.
Kerusi Parlimen Pulai menyaksikan saingan tiga penjuru antara Zulkifli; Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Suhaizan Kayat dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi selepas kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 03 2023

Lim Guan Eng berkata, urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu merupakan bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - Gambar fail

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.

Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi.

MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan menghantar calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap

Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.

PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.

PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.

PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.

Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.