"Hanya Tuhan dapat menghukum mereka yang telah melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan ini."
Demikian luahan perasaan suami kepada mangsa wanita warga emas yang maut ditetak di leher di kediamannya di Taman Lake View, Taiping pada malam Jumaat.
Mangsa yang berusia 68 tahun itu merupakan isteri kedua kepada seorang individu kenamaan bergelar 'Datuk' yang aktif dalam bidang kebajikan.
Datuk tersebut yang enggan dikenali berkata isterinya merupakan seorang pesara ketua jururawat hospital dan mereka telah berkahwin selama 36 tahun.
"Saya amat sedih apabila menemui keadaan isteri yang maut dikelar dan meninggal dunia dalam keadaan sebegitu.
"Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah dan saya serahkan kepada-Nya untuk memberikan mereka hukuman setimpal," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HRPB, Ipoh pada Sabtu.
Pada pagi Sabtu, Astro AWANI melaporkan seorang wanita warga emas maut ditetak di bahagian belakang leher di kediamannya di Taiping dan dua suspek dipercayai saudara terdekat yang mempunyai hubungan dingin dengan keluarga mangsa telah ditahan.
Rungkai misteri
Dalam pada itu, polis masih lagi cuba merungkai misteri sebenar di sebalik kes pembunuhan kejam tersebut kerana terdapat beberapa percanggahan klasifikasi kes samun berdasarkan pemeriksaan awal.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah berkata pihaknya mempercayai ia mempunyai kaitan dengan konflik keluarga namun masih memerlukan sokongan bukti kukuh.
Katanya, pihak polis mengesyaki perlakuan samun tersebut hanyalah sebagai lakonan kerana barang-barang kemas milik mangsa ditemui bertaburan di atas meja solekan dan katil sejurus penjenayah beredar.
Katanya, pihaknya akan menjalankan siasatan sementara menunggu keadaan suami mangsa kembali stabil berikutan kes pembunuhan tersebut.
"Kita menahan suspek tersebut di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tujuh hari bermula Sabt dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Jelasnya pihaknya amat mengharapkan kerjasama orang ramai yang melihat kejadian berkenaan untuk segera menghubungi pihak polis bagi melancarkan siasatan
Nazialita Geynna Maharan
Sat Dec 12 2015
!['Hanya Tuhan dapat menghukum mereka' - Suami wanita maut ditetak 'Hanya Tuhan dapat menghukum mereka' - Suami wanita maut ditetak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51449927222_wanita.jpg)
Mangsa merupakan pesara ketua jururawat hospital dan telah berkahwin selama 36 tahun. - Kredit foto: Kamal Basir Wahab/Ihsan Utusan
![ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739319977_ACLE.jpg)
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga.
AWANI Ringkas: Malaysia peneraju ekonomi digital Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739319097_UCL.jpg)
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
![Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739318311_Isteriditikam.jpg)
Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
PM Anwar gesa program iPayment dipercepatkan pada awal bulan Mac
Perdana Menteri menggesa sistem terimaan elektronik bersepadu iPayment yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang dijadualkan pada akhir bulan April 2025, dipercepatkan pada awal bulan Mac 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? It is time to break down the pillars that shape our region’s future. In this episode, ASEAN Kita presents “Decoding the Pillars of ASEAN”, an insightful look at the foundations driving cooperation, growth, and stability. Join us on ASEAN Kita to explore and decode these pillars.
![Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739316467_Houthifighters.jpg)
Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus
"Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza."
![Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314407_protest.jpg)
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![Lelaki Myanmar maut ditetak rakan senegara Lelaki Myanmar maut ditetak rakan senegara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-09/41537932741_Murder.jpg)
Lelaki Myanmar maut ditetak rakan senegara
Seorang lelaki warga Myanmar maut ditetak rakan senegaranya dalam kejadian pergaduhan di belakang sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang petang Selasa.
![Lelaki maut ditetak rakan serumah Lelaki maut ditetak rakan serumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634207225_tikambunuh.jpg)
Lelaki maut ditetak rakan serumah
Seorang lelaki maut akibat ditetak rakan serumahnya dipercayai kerana pergaduhan yang berpunca daripada kehilangan telefon bimbit seorang rakan mereka.
![Padah tunjuk kemaluan pada isteri orang, lelaki maut ditetak di Alor Gajah Padah tunjuk kemaluan pada isteri orang, lelaki maut ditetak di Alor Gajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/81582390686_Murder.jpg)
Padah tunjuk kemaluan pada isteri orang, lelaki maut ditetak di Alor Gajah
Mangsa ditetak beberapa kali di bahagian badan, manakala rakannya sempat melarikan diri.
![Mekanik maut ditetak di Bandar Amanjaya Mekanik maut ditetak di Bandar Amanjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/81581483836_ParangMechete.jpg)
Mekanik maut ditetak di Bandar Amanjaya
Mangsa yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dada dan tangan.
![Buruh ladang maut ditetak rakan, isteri cedera di jari Buruh ladang maut ditetak rakan, isteri cedera di jari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81581483836_ParangMechete.jpg)
Buruh ladang maut ditetak rakan, isteri cedera di jari
Seorang buruh ladang maut, manakala isterinya cedera di jari selepas ditetak rakannya dalam kejadian yang berlaku di ladang sawit Kampung Beril Paka, awal pagi Rabu.
![Pekerja bengkel maut ditetak rakan sekerja Pekerja bengkel maut ditetak rakan sekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71579855667_TBxjpg.jpg)
Pekerja bengkel maut ditetak rakan sekerja
Seorang pekerja bengkel warganegara asing mati dipercayai dibunuh rakan sekerja dalam pergaduhan di sebuah bengkel membaiki lori.
![Lelaki maut ditetak di hadapan pusat hiburan di Ipoh Lelaki maut ditetak di hadapan pusat hiburan di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51558262521_MautTetak.jpg)
Lelaki maut ditetak di hadapan pusat hiburan di Ipoh
Seorang lelaki maut selepas cedera parah akibat ditetak dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan di hadapan sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Medan Ipoh, di sini, pada Ahad.
![Wanita ditemui mati dengan kesan tetakan di bilik hotel Wanita ditemui mati dengan kesan tetakan di bilik hotel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/81457524886_garisanpolis.jpg)
Wanita ditemui mati dengan kesan tetakan di bilik hotel
Pihak hotel telah membuka pintu bilik berkenaan dan mendapati wanita itu dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.
![Pemandu lori sedang makan bersama rakan maut ditetak Pemandu lori sedang makan bersama rakan maut ditetak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/41487757846_MAYATGENERIC.jpg)
Pemandu lori sedang makan bersama rakan maut ditetak
Seorang pemandu lori berusia 27 tahun maut setelah diserang empat lelaki di sebuah kedai makan di Jeram, Kuala Selangor dekat sini, malam tadi.
!['Hanya Tuhan dapat menghukum mereka' - Suami wanita maut ditetak 'Hanya Tuhan dapat menghukum mereka' - Suami wanita maut ditetak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51449927222_wanita.jpg)
'Hanya Tuhan dapat menghukum mereka' - Suami wanita maut ditetak
Pihak polis memberitahu dalam kes tersebut terdapat beberapa percanggahan klasifikasi kes samun berdasarkan pemeriksaan awal.