KUALA LUMPUR:Seluruh warga Malaysia sudah pasti tertunggu-tunggu pembentangan Belanjawan 2021 hari ini yang menjadi belanjawan sulung oleh kerajaan Perikatan Nasional, dan mungkin yang paling penting dalam sejarah negara.
Ini kerana negara sedang mengharungi krisis kesihatan yang sama sekali tidak pernah berlaku sebelum ini, sehingga menimbulkan gangguan besar dalam kehidupan dan mata pencarian segenap rakyat, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
Usaha mewujudkan pekerjaan dan melindungi petugas barisan hadapan dijangka menjadi tumpuan utama dalam belanjawan kali ini.
Wujud harapan yang besar terhadap langkah-langkah komprehensif dalam belanjawan itu yang dijadual dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang sebelum ini merupakan ahli perbankan bagi memastikan ekonomi negara kekal di landasan menuju pemulihan daripada pandemik itu dan merekodkan pertumbuhan kukuh.
Setakat ini, kerajaan telah memperkenalkan empat "belanjawan mini" berjumlah RM305 bilion untuk menyediakan bantuan serta-merta bagi meringankan kesusahan rakyat Malaysia, khususnya mereka yang terjejas ketika perang global yang tidak pernah berlaku sebelum ini bagi menentang COVID-19.
Ia terdiri daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan KITA PRIHATIN.
Pakar ekonomi yakin kerajaan akan memberi kelonggaran dan menuju ke arah belanjawan pengembangan pada tahun depan, sejajar dengan inisiatif dan program pada masa akan datang untuk menghidupkan semula ekonomi domestik dan merancakkannya kembali.
Mereka turut yakin belanjawan kali ini akan membuka laluan baharu dari segi jumlah yang sanggup dibelanjakan kerajaan untuk memulakan ekonomi.
Selain memulihkan industri tempatan agar kembali kukuh, pakar juga menjangkakan kerajaan memainkan peranan lebih penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada pencari pekerjaan dengan sokongan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan.
Malah, kerajaan juga diharap menyediakan lebih banyak inisiatif jaring keselamatan sosial untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik dan kesan ekonominya.
Kalangan pakar turut yakin bahawa belanjawan itu akan selari dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) khususnya bagi menangani isu-isu jangka pendek dan sederhana, di samping memberi tumpuan menghidupkan semula ekonomi di bawah fasa kelima Strategi Pemulihan Ekonomi 6R oleh kerajaan.
Mereka yakin pelbagai inisiatif akan diumumkan hari ini untuk membantu mengekalkan keyakinan pelabur dan pengguna di samping membantu perusahaan kecil dan sederhana untuk menangani cabaran ekonomi serta memperkasa ekonomi digital dan gig.
Syarikat-syarikat yang terlibat dalam sektor logistik serta minyak dan gas mengharapkan insentif cukai untuk menggalakkan pendigitalan, automasi dan pelaburan hijau, manakala sektor penerbangan mencari tempat bergantung demi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.
Pakar-pakar ekonomi menjangkakan sektor penjagaan kesihatan menjadi penerima manfaat terbesar dalam Belanjawan 2021, yang mana lebih banyak pembiayaan akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan dan kementerian lain untuk membantu negara memerangi COVID-19.
Pembiayaan tambahan juga mungkin akan diketepikan bagi membolehkan negara serta agensinya lebih bersedia menangani ancaman-ancaman "yang tidak terjangka" pada masa depan.
Sementara itu, pihak korporat pula berminat untuk mengetahui nasib enam projek mega bernilai RM143.06 bilion yang diumumkan semasa belanjawan tahun lepas tetapi dilanda kelewatan dan gangguan tender akibat pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pakar ekonomi memberitahu Bernama mereka menjangkakan kerajaan akan meneruskan pembangunan projek infrastruktur utama kerana usaha pemulihan ekonomi setempat akan terjejas sekiranya tidak berbuat demikian.
Projek-projek tersebut termasuk Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), yang dijangka melibatkan perbelanjaan berjumlah RM68 bilion, Laluan Transit Aliran Massa 3 atau MRT3 (RM45 bilion), Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (RM18 bilion), Pintasan Kereta Api Serendah-Pelabuhan Klang (RM8.3 bilion), Sistem Transit Aliran Johor Baru-Singapura (RTS) (RM3.16 bilion) dan Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo (RM600 juta).
Belanjawan 2021 akan menjadi tumpuan utama hari ini. Persoalannya: berapakah peruntukan yang mampu disediakan oleh kerajaan bagi memenuhi agenda satu tahunnya?
Dalam mengejar pemulihan jangka panjang yang baik, peruntukan Belanjawan 2021 dijangka lebih tinggi daripada Belanjawan 2020.
Sebanyak RM297 bilion atau 18.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diperuntukkan bagi Belanjawan 2020, yang mana 81.1 peratus atau RM241 bilion adalah untuk perbelanjaan operasi manakala baki RM56 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan.
Firma-firma penyelidikan menjangkakan Belanjawan 2021 akan menjadi belanjawan terbesar dalam sejarah negara dengan perbelanjaan kerajaan yang lebih tinggi, pelepasan dan pengecualian cukai terpilih termasuk insentif yang disasarkan untuk menyokong permintaan domestik swasta.
Mereka menjangkakan Kementerian Kewangan akan menentukur sasaran pengembangan defisit belanjawan yang dianggarkan antara 5.5 dan 6.0 peratus daripada KDNK pada 2021, berbanding 6.5 peratus pada 2020, sejajar dengan keperluan penyatuan fiskal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 05 2020

Wujud harapan yang besar terhadap langkah-langkah komprehensif dalam belanjawan itu yang dijadual dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

SPRM tahan pengurus sumber manusia kemuka tuntutan palsu lebih RM200,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus sumber manusia bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM200,000.

Pengusaha kantin buat tuntutan palsu insentif program Penjana didenda RM50,000
Pertuduhan pilihan dibacakan kepada tertuduh dan dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu setelah menerima tawaran pengakuan daripada pihak pendakwaan.

LIMA '23: UMT lebar kerjasama dengan enam pemain industri
UMT pada Khamis melebarkan kerjasama sempena LIMA'23 dengan meningkatkan rangkaian menerusi memorandum MoA dan MoU dengan enam pemain industri.

12 lagi ditahan SPRM kemuka tuntutan palsu Penjana Kerjaya
Penahanan suspek berusia 29 sehingga 53 tahun itu dilakukan malam Selasa secara serentak di seluruh negara.

PENJANA: 47 pengarah syarikat ditahan seleweng dana
Tangkapan ke atas 47 individu berkenaan terdiri daripada 14 wanita dan 33 lelaki dilakukan sejak petang semalam.

Ops Hire: Tekad SPRM banteras ketirisan, penyelewengan dana awam
Di bawah strategi -Pemerkasaan Penguatkuasaan Berkesan-, SPRM memberi penekanan terhadap tiga bidang utama iaitu perolehan kerajaan, sektor penguatkuasaan dan dana awam atau peruntukan khas kerajaan.

Kerajaan salur RM20.92 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Program Subsidi Upah adalah untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran.

Kerajaan salur RM20.89 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Ia untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan kemuka laporan palsu kepada MAFI
Lelaki berusia 32 tahun ditahan di pejabat SPRM Kedah, di sini pada pukul 11.18 pagi tadi.

Kerajaan salur RM20.147 bilion kepada 357,429 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Ia bagi mengekalkan penggajian 2,951,854 pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.