KUALA LUMPUR: Peluang untuk gimnas lelaki negara Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam untuk membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Paris, Julai ini kini semakin tipis.
Ini selepas pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 itu gagal menaiki podium ketika aksi final melombol pada siri ketiga Piala Dunia Aparatus FIG (Persekutuan Gimnastik Antarabangsa) 2024 di Baku, Azerbaijan, semalam.
Atlet berusia 22 tahun itu menduduki tempat tercorot dengan memperoleh purata mata 14.099 daripada lapan peserta dalam acara yang berlangsung di Arena Gimnastik Kebangsaan.
Nazar Chepurnyi dari Ukraine dinobatkan sebagai juara setelah merekodkan 14.900 mata manakala Shek Wai Hung dari Hong Kong meraih perak (14.866 mata) dan Harry Hepworth dari Britain dengan gangsa (14.866 mata).
Meskipun tidak berjaya membawa pulang pingat, Naib Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) Francis Lau tetap memuji persembahan atlet kelahiran Terengganu itu.
"Persembahannya baik tetapi finalis lain juga menunjukkan persembahan dan pendaratan yang baik. Namun peluang Sharul Aimy untuk layak (Sukan Olimpik 2024) adalah tipis," katanya kepada Bernama.
Sharul Aimy sebelum ini gagal ke pentas akhir pada dua siri Piala Dunia Aparatus FIG 2024 masing-masing di Kaherah, Mesir dan Cottbus, Jerman.
Di Kaherah, beliau berada pada kedudukan ke-27 daripada 42 peserta pada pusingan kelayakan diikuti tempat ke-17 daripada 50 peserta di Cottbus pada peringkat sama.
Sharul Aimy dijadualkan bertanding dalam siri akhir kejohanan itu di Doha, Qatar dari 17 hingga 20 April ini.
Siri Piala Dunia akan menawarkan dua kuota bagi setiap jantina untuk setiap aparatus berdasarkan tiga keputusan terbaik gimnas dalam empat pertandingan.
Sukan Olimpik 2024 akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024

Sharul Aimy gagal naiki podium ketika aksi final melombol pada siri ketiga Piala Dunia Aparatus FIG 2024 di Baku, Azerbaijan, semalam. - Gambar fail/Bernama

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Harapan Sharul Aimy buat penampilan sulung di sukan Olimpik Paris 2024 tipis
Sharul Aimy gagal naiki podium ketika aksi final melombol pada siri ketiga Piala Dunia Aparatus FIG 2024 di Baku, Azerbaijan, semalam.

Piala Dunia: Sharul Aimy gagal layak ke final acara melombol di Kaherah
Sharul Aimy catat mata purata 13.566 selepas mencatatkan 14.230 dan 12.900 mata, pada lompatan pertama dan kedua untuk menduduki tempat ke-27.