KUALA LUMPUR: Peningkatan harga arang batu dunia dijangka mempengaruhi kadar tarif elektrik baharu yang bakal diumumkan kerajaan tahun ini bagi tempoh tiga tahun akan datang.
Justeru, pensyarah di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia, Prof Madya TS Dr Anuar Shah Bali Mahomed tidak menolak kemungkinan akan ada kenaikan kadar tarif elektrik kepada industri yang memperoleh keuntungan luar biasa sebelum ini kerana permintaan terhadap bahan api itu lebih tinggi berbanding pengeluaran.
"Ini juga disebabkan kebergantungan negara kita dalam mengimport arang batu," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Pada 9 Januari lepas, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengeluarkan kenyataan berhubung semakan semula tarif elektrik mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dengan umumnya menganggap akan berlaku kenaikan.
Tanggapan itu diperkuat oleh kenyataan menteri berkenaan Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa tarif baharu untuk tempoh tiga tahun akan datang itu "tidak membebankan rakyat" selain memberi manfaat khusus kepada hampir 85 peratus daripada lapan juta pemilik akaun domestik di seluruh negara.
Semalam, Takiyuddin berkata kadar tarif elektrik negara ini bagi tempoh 2022 sehingga 2024 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan Kabinet sebanyak enam kali berhubung perkara berkenaan.
Jelas Anuar Shah, krisis harga bahan api semasa adalah disebabkan permintaan yang melebihi bekalan, lebih-lebih lagi selepas Indonesia mengumumkan larangan eksport arang batunya pada 1 Januari lepas yang memberi kejutan bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga seluruh dunia.
Menurut laporan, pasaran arang batu dunia mencatatkan harga tertinggi pada Oktober tahun lepas iaitu AS$270 satu tan, dan setakat 27 Jan lalu, harga bahan api itu berada pada paras AS$227.60 satu tan. (AS$1=RM4.19).
Arang batu dan gas asli digunakan untuk menjana hampir 93 peratus elektrik di Semenanjung Malaysia, kos yang membentuk hampir 36 peratus daripada tarif elektrik asas pada masa ini.
Buat masa ini, Malaysia masih amat bergantung kepada penjanaan tenaga daripada arang batu dan membeli sebahagian besar keperluannya dari Indonesia (63 peratus), diikuti Australia (24 peratus), Rusia (11 peratus), dan Afrika Selatan (dua peratus).
Malaysia juga menggunakan campuran bahan api yang pelbagai iaitu arang batu sebanyak 47 peratus, gas asli (41 peratus) serta tenaga boleh baharu (TBB) dan hidro (12 peratus) dalam sektor penjanaan elektrik.
Bagaimanapun, Anuar Shah berkata kerajaan boleh mengurangkan atau sekurang-kurangnya mengekalkan tarif elektrik bagi golongan B40 dan M40 dengan menyasarkan kenaikan itu ke atas perniagaan berpendapatan luar biasa semasa penularan pandemik COVID-19.
Sementara itu, menjelaskan mengenai tarif elektrik, Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia Prof Ir Dr Mohammad Yusri Hassan berkata kali terakhir tarif elektrik di negara ini disemak ialah pada 1 Jan 2014, selaras dengan aspirasi kerajaan ke arah mengalihkan kaedah pemberian subsidi tenaga secara berperingkat melalui Program Rasionalisasi Subsidi.
Beliau berkata 70.7 peratus (4.6 juta) pelanggan domestik tidak terjejas kerana tiada kenaikan tarif untuk 200 per kilowatt jam (kWj) pertama penggunaan bulanan sejak 1997 dan tiada kenaikan tarif bagi mereka yang menggunakan elektrik antara 201kWj dan 300kWj sebulan sejak 2009.
"Selain itu, rebat daripada kerajaan kepada pelanggan yang mempunyai bil bulanan RM20 ke bawah masih dikekalkan dan jalur tarif domestik dikurangkan kepada lima jalur berbanding sembilan jalur untuk pemahaman yang lebih baik mengenai bil tersebut," katanya.
Metodologi penetapan tarif elektrik adalah berdasarkan rangka kerja kawal selia ekonomi yang dikenali sebagai Peraturan Berasaskan Insentif (IBR), diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk meningkatkan kecekapan operasi dan ketelusan ke arah bekalan elektrik yang mampan, kata Mohammad Yusri.
"Metodologi lain ialah melalui Imbalance Cost Pass-Through (ICPT), mekanisme di bawah rangka kerja IBR yang membolehkan Tenaga Nasional Berhad sebagai syarikat utiliti membuat perubahan (sama ada kenaikan atau pengurangan) terhadap kos bahan api dan kos berkaitan penjanaan lain dalam tarif elektrik bagi setiap enam bulan," katanya.
Katanya, tarif sedia ada adalah untuk pelanggan domestik, komersial serta industri dan terdapat beberapa kriteria yang mempengaruhi tarif elektrik antaranya ialah dasar kerajaan berkaitan tenaga, bahan api gas dan harga arang batu; kos pembelian tenaga daripada penjana bebas dan kesan kepada sosioekonomi untuk pengguna.
Mohammad Yusri berkata, kadar tarif baharu yang akan diumumkan tidak akan membebankan pengguna domestik.
"Ia akan melibatkan pengubahsuaian dalam tarif untuk pengguna industri dan komersial," tambahnya.
Untuk rekod, pada 2017, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata semakan semula tarif elektrik bagi Semenanjung Malaysia seterusnya adalah pada Januari 2018, namun ia tidak menjadi kenyataan mungkin atas sebab tertentu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022
![Harga arang batu dunia akan pengaruhi kadar baharu tarif elektrik - Pakar Harga arang batu dunia akan pengaruhi kadar baharu tarif elektrik - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641180874_tarif.jpg)
Terdapat kemungkinan akan ada kenaikan kadar tarif elektrik kepada industri yang memperoleh keuntungan luar biasa sebelum ini kerana permintaan terhadap bahan api itu lebih tinggi berbanding pengeluaran. - Gambar fail
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan tidak dibekukan - SPRM
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan dengan sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan tidak dibekukan, sebaliknya mereka hanya dipanggil untuk membantu siasatan. #AWANInews
![Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738812654_tblogoJAIPk.jpg)
Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.
![Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738811686_tbDERAANAKKANDUNG.jpg)
Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.
![Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738811075_tbAPMbekalanmakan.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
![ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737274407_MohamadHasan.jpg)
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
![Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738809301_tbPempengaruhmedia.jpg)
Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai terbaring kira-kira jam 10 malam di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
![Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738809147_tbJacobMurphy.jpg)
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
![WCO permudah pelepasan kastam WCO permudah pelepasan kastam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738808802_TBAlmirulitaMohdYu.jpg)
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
![3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air 3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603106947_BEKALANAIR.jpg)
3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Sebanyak 3,950 akaun pengguna PBAPP di Simpang Ampat, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.
Trend terkini dalam penjagaan warga emas dan kehidupan senior di Malaysia
Sr Sulaiman Saheh, Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International Sdn Bhd, membincangkan evolusi permintaan, cabaran, dan masa depan penjagaan warga emas dan kehidupan senior di Malaysia.
![China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737762296_USChinaFlagGen.jpg)
China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat
China mengenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS).
![Sarawak kaji teknologi baharu bagi capai sasaran penjanaan tenaga - Abang Johari Sarawak kaji teknologi baharu bagi capai sasaran penjanaan tenaga - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720624767_AbangJohari.jpg)
Sarawak kaji teknologi baharu bagi capai sasaran penjanaan tenaga - Abang Johari
Kerajaan Sarawak sedang mengkaji pelbagai teknologi baharu yang dapat menjana lebih banyak sumber tenaga boleh baharu (TBB) untuk mencapai sasaran menghasilkan 10 gigawatt (GW) tenaga menjelang 2030.
![Bank Malaysia dana projek loji jana kuasa arang batu di Vietnam? Bank Malaysia dana projek loji jana kuasa arang batu di Vietnam?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719983358_coal.jpg)
Bank Malaysia dana projek loji jana kuasa arang batu di Vietnam?
Proses pengumpulan dana sehingga AS$2.68 bilion (RM12.64 bilion) adalah 'salah satu yang terbesar seumpamanya yang dikumpul oleh bank Malaysia untuk projek luar negara'.
![Malaysia digesa manfaatkan dana JETP untuk henti guna arang batu Malaysia digesa manfaatkan dana JETP untuk henti guna arang batu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716608644_TBProgramTarifEl.jpg)
Malaysia digesa manfaatkan dana JETP untuk henti guna arang batu
Malaysia perlu mempertimbangkan mekanisme kewangan Perkongsian Peralihan Tenaga Adil (JETP) untuk memacu matlamat menghentikan penggunaan arang batu dan mengurangkan pergantungan bahan api fosil.
![China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/81566565558_TBmashflags.jpg)
China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim
Menurut Xie, kedua-dua negara akan menubuhkan kumpulan kerja bersama untuk menggerakkan proses multilateral dan melaksanakan Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) masing-masing.
![Singapura cari mekanisme pembiayaan bagi menyokong penyahkarbonan di Asia Singapura cari mekanisme pembiayaan bagi menyokong penyahkarbonan di Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692253502_TBsingapore.jpg)
Singapura cari mekanisme pembiayaan bagi menyokong penyahkarbonan di Asia
MAS berkata penyahkarbonan sektor tenaga, penerbangan dan pengangkutan maritim adalah penting untuk rantau ini beralih kepada sifar bersih.
![Tiga maut letupan lombong arang batu di Colombia Tiga maut letupan lombong arang batu di Colombia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682049545_ColombiaMineExplos.jpg)
Tiga maut letupan lombong arang batu di Colombia
Insiden berlaku pada awal pagi di lombong arang El Roble dan El Manto 6 di Cucunuba, utara ibu negara Bogota.
![Tokyo tidak import minyak Rusia pada September, import susut 59.9 peratus pada separuh pertama Tokyo tidak import minyak Rusia pada September, import susut 59.9 peratus pada separuh pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664181426_TBJapanFlag.jpg)
Tokyo tidak import minyak Rusia pada September, import susut 59.9 peratus pada separuh pertama
Import arang batu Rusia ke Jepun turun 82 peratus pada September dan 45.6 peratus dalam tempoh yang sama.
![Peralihan tenaga tidak dapat dielakkan, penting untuk menjamin keselamatan tenaga Peralihan tenaga tidak dapat dielakkan, penting untuk menjamin keselamatan tenaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660460822_CoalMine.jpg)
Peralihan tenaga tidak dapat dielakkan, penting untuk menjamin keselamatan tenaga
TNB merancang untuk mengurangkan pergantungan kepada arang batu sebanyak 50 peratus menjelang 2035.
![Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielak, pertimbangkan subsidi bersasar - Ahli ekonomi Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielak, pertimbangkan subsidi bersasar - Ahli ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655816583_TBTiangElektrik.jpg)
Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielak, pertimbangkan subsidi bersasar - Ahli ekonomi
Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana kos penjanaan elektrik telah meningkat dengan mendadak dan pantas tetapi keperluan golongan tertentu harus dipertimbangkan, kata ahli ekonomi.