KUALA LUMPUR: Harga ayam dan telur dijangka diapungkan selepas Jun ini dalam usaha kerajaan memastikan masalah kekurangan bekalan makanan itu dapat diatasi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata harga ayam dan telur diapungkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dapat menilai serta mengawal harga barangan itu sama ada naik atau turun berbanding harga siling runcit semasa.
"Kita yakin Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) akan mencukupkan permintaan ayam dan telur (melalui pengapungan harga) dan sekarang pun sudah mencukupi cuma lima atau enam bulan lagi ia akan lebih cukup jika tidak berlaku perkara baharu yang tidak diingini (seperti bencana)," katanya ketika ditemu bual di pejabatnya di sini.
Januari lepas, Mohamad dilapor berkata MAFS sedang mengkaji keperluan mengapungkan harga telur di pasaran dan memberi subsidi bersasar kepada golongan B40 dan perkara ini melibatkan perbincangan dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi serta KPDN.
Harga siling runcit semasa bagi ayam standard adalah RM9.40 sekilogram manakala harga siling runcit telur bagi Gred A pada 45 sen sebiji, Gred B (43 sen sebiji) dan Gred C (41 sen sebiji), masing-masing di Semenanjung, sementara Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, harga maksimum kedua-dua makanan itu adalah berbeza mengikut zon dan daerah.
Mengulas berhubung jagung bijian iaitu makanan kepada ternakan ayam yang hampir 100 peratus diimport khas dari Argentina dan Brazil sehingga memberi kesan kepada harga ayam serta telur, Mohamad berkata kerajaan sedang menggalakkan penanaman bahan itu di Malaysia pada tahun ini bagi menangani isu kenaikan harga makanan.
"Dalam beberapa bulan lagi (tanaman jagung bijian) dah boleh memulakan hasil...dan sudah ada syarikat mahu melaksanakan (pembelian jagung bijian) seperti (model tanaman) Padiberas Nasional Berhad (Bernas)," katanya dan menambah kajian mengenai penanaman jagung bijian sedang giat dilaksanakan di Perlis.
Dalam pada itu mengulas mengenai Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan Jumaat ini, Mohamad berharap agar jumlah peruntukan kepada MAFS tidak dikurangkan.
Beliau turut menjangkakan belanjawan yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bakal berbentuk sederhana dengan berlandaskan konsep Malaysia Madani.
"Belanjawan 2023 lebih kepada kaedah untuk berjimat cermat namun (manfaat untuk) golongan B40 tidak akan dipotong...MAFS harap (peruntukan) sekiranya tidak ditambah, tetapi sekurang-kurangnya jangan ada potongan," katanya.
Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 lepas, mengumumkan Belanjawan 2023 dengan peruntukan sebanyak RM372.3 bilion secara keseluruhan dan daripada jumlah itu, RM5.32 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023

Harga ayam dan telur diapungkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dapat menilai serta mengawal harga barangan itu sama ada naik atau turun berbanding harga siling runcit semasa. - Gambar fail

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.