ALOR SETAR: Harga jualan makanan berasaskan tepung dan ayam seperti kuih-muih, ayam golek dan ayam percik di bazar-bazar Ramadan sekitar negeri Kedah didapati meningkat dengan agak mendadak.
Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof menjelaskan, situasi itu adalah disebabkan peningkatan harga dua bahan mentah itu dipasaran secara berterusan sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, harga ayam yang dijual di bazar Ramadan tahun ini meningkat RM3 hingga RM7 bagi setiap bahagian atau ekor jika dibandingkan dengan tahun lalu manakala bagi kuih-muih, berlaku peningkatan 50 sen sehingga RM3 bagi setiap set yang dijual.
Yusrizal turut menyatakan bahawa, pihaknya turut menerima maklumat berkaitan pengurangan jumlah peniaga kuih-muih di bazar Ramadan tahun ini berikutan tidak mampu menampung peningkatan harga bahan mentah, selain ada juga antara mereka mengambil inisiatif dengan menjual menu lain.
"Yang kita nampak (peningkatan harga yang) ketara adalah (melibatkan jualan) berasaskan ayam dan berasaskan tepung, kalau tengok (harga) minuman ini masih kekal seperti lama tetapi minuman melibatkan susu telah naik harga.
"Berdasarkan laporan yang diterima CAKE, ada peniaga terpaksa menaikkan harga kuih sehingga tidak mampu dibeli oleh pengguna. (Ada juga antara mereka) mengambil keputusan untuk tidak jual langsung bagi mengelakkan aduan daripada pengguna dan (mereka) memilih resipi yang lain untuk dijual seperti air dan sebagainya," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Yusrizal memaklumkan bahawa laporan kenaikan harga yang paling banyak diterima CAKE berhubung kenaikan harga jualan di bazar Ramadan bermula 3 April lalu adalah melibatkan ayam percik dan ayam golek diikuti kuih muih.
"Yang banyak dapat aduan (adalah) ayam percik dan ayam golek, yang tu terlebih dahulu kita dapat aduan (sejak hari pertama puasa), kemudian baru disusuli kuih-muih," katanya.
Abd Hadi Che Awang
Thu Apr 07 2022

Harga ayam di bazar Ramadan tahun ini meningkat RM3 hingga RM7 bagi setiap bahagian atau ekor jika dibandingkan dengan tahun lalu manakala bagi kuih-muih, berlaku peningkatan 50 sen sehingga RM3 bagi setiap set yang dijual. - Gambar hiasan

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.

'Saya bertengkar dengan peniaga kerana tak mahu mereka rugi' - Norhizam
Katanya, tindakannya 'memarahi' peniaga di Pasar Ramadan Peringgit dalam satu video yang tular sejak petang semalam, ialah supaya mereka patuh dengan SOP yang ditetapkan kerajaan.

Tarawih, bazar kembali 'hiasi' Ramadan tahun ini, masjid, peniaga diingat patuh SOP
Ramadan kali ini kembali ceria bagi umat Islam apabila pergerakan rakyat yang terbatas tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan tahun ini.

Dua maut, 14 cedera letupan bom pasar Ramadan di Pattani
Dua termasuk seorang remaja maut dan 14 lagi cedera dalam satu kejadian letupan bom di pasar Ramadan di Pattani, selatan Thailand pada Isnin.

Tony Pua nafi desak tutup pasar Ramadan
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua hari ni menafikan telah mendesak penutupan sebuah pasar Ramadan di Taman Cempaka, kawasan Bukit Katil, Melaka atas sebab 'kesesakan lalu lintas'.