KUALA LUMPUR: Dua komoditi utama yang merupakan makanan utama ayam iaitu jagung bijian dan makanan berasaskan kacang soya masing-masing meningkat sebanyak 13 dan 11 peratus sejak Januari lepas.
Peningkatan harga makanan utama ayam itu antara faktor menyebabkan kenaikan harga kos pengeluaran ayam di ladang secara berterusan sehingga harga ayam di negara ini kembali meningkat.
Perkara itu antara dibincangkan pada mesyuarat berkenaan isu kenaikan kos pengeluaran ayam dan telur oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), semalam.
Mesyuarat yang diadakan secara hibrid itu dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Tan Sri Noh Omar, pegawai kanan serta pengurusan tertinggi MAFI, KPDNHEP, MEDAC, Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia, Agrobank dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan MAFI hari ini, sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan oleh MAFI dan KPDNHEP pada mesyuarat itu antaranya berkenaan kenaikan kos pengeluaran ayam di ladang, peningkatan harga jagung dan senario pematuhan harga maksimum ayam serta telur ayam.
Kenyataan itu memaklumkan, kerajaan melalui MAFI sedang giat melaksanakan pemberian subsidi kepada penternak ayam pedaging dan ayam penelur melibatkan RM528.52 juta bagi tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).
Usaha itu bagi meringankan beban 2,255 orang penternak seluruh negara, susulan peningkatan kos terutama kos makanan yang meliputi 70 peratus daripada kos pengeluaran selain kos logistik, pekerja, utiliti dan ubat-ubatan.
Menurut kenyataan itu, MAFI akan terus mempercepat pemberian subsidi sedia ada supaya penternak mendapat manfaat segera sekali gus mengelakkan tekanan dalam industri penternakan serta memastikan rakyat dapat membeli ayam dan telur dengan harga berpatutan.
"Mesyuarat juga mengambil maklum walaupun pemberian subsidi mula dinikmati oleh penternak, kos pengeluaran terus meningkat.
"Perkara-perkara serta cadangan intervensi tambahan yang dibincangkan dan dikenal pasti dalam mesyuarat ini akan di bawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang akan dipengerusikan Perdana Menteri dalam masa terdekat," menurut kenyataan itu.
Tindakan proaktif akan terus dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan harga kekal berpatutan, namun dalam masa sama industri penternakan ayam tidak terjejas sekali gus dapat memastikan bekalan kekal stabil.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022
Peningkatan harga makanan utama ayam itu antara faktor menyebabkan kenaikan harga kos pengeluaran ayam di ladang secara berterusan sehingga harga ayam di negara ini kembali meningkat. - Gambar fail/BERNAMA
Messi sasar Piala Dunia 2026, kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni
Messi dan rakan-rakannya sedar masih ada masa yang munasabah dan mereka semua bersemangat untuk bermain di Piala Dunia.
Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Harga jagung bijian, makanan berasaskan kacang soya meningkat sejak Januari
Dua komoditi utama yang merupakan makanan utama ayam iaitu jagung bijian dan makanan berasaskan kacang soya masing-masing meningkat sebanyak 13 dan 11 peratus sejak Januari lepas.