KUALA LUMPUR: Harga kereta di Malaysia dijangka meningkat sebanyak satu hingga tiga peratus sekiranya cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan semula, kesan yang berbeza berbanding impak daripada pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 2018, kata AmInvestment Bank Bhd.
Penganalisis Alex Goh berkata sektor amanah pelaburan hartanah (REIT) dan media juga dijangka terkesan manakala sektor hartanah akan terdedah kepada permintaan lemah akibat daripada harga produk yang mahal di tengah-tengah peningkatan kebimbangan kemampuan pembeli.
"REITs juga boleh mengalami trafik pengunjung dan pertumbuhan jualan penyewa yang perlahan berikutan pengurangan perbelanjaan pengguna, manakala sektor media mungkin terkesan akibat daripada jumlah pelanggan dan perbelanjaan pengiklanan yang berkurangan," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Bagaimanapun, Goh berkata kebanyakan sektor seperti bank, minyak dan gas, telekomunikasi, kuasa, penjagaan kesihatan, sarung tangan, pembuatan, perjudian dan teknologi dijangka tidak terkesan daripada pelaksanaan GST.
"Pengeluar makanan penting seperti Nestle mungkin mendapat manfaat daripada bantuan tunai kepada kumpulan B40 dan kumpulan pendapatan pertengahan M40," katanya.
Goh juga menjangka pelaksanaan semula GST akan membawa impak sifar kepada kebanyakan konstituen petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), oleh itu, beliau mengekalkan sasaran akhir tahun 2022 FBM KLCI pada 1,745.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata Malaysia sedang menimbang untuk memperkenalkan semula GST bagi meningkatkan asas hasilnya dan menampung subsidi awam.
"Beliau berkata meskipun menyedari persepsi negatif yang menyelubungi GST, kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan untuk menambah dana negara.
"Perdana menteri berkata kerajaan menyasar kadar GST yang tidak terlalu tinggi yang boleh membebankan rakyat namun tidak terlalu rendah yang tidak mampu untuk menambahkan hasil," katanya.
Goh menambah, pada Mac tahun ini Kementerian Kewangan menyatakan bahawa ia sedang menilai pengenalan semula GST sebagai sebahagian daripada pembaharuan fiskal utama untuk mengukuhkan kapasiti hasil negara.
Bank Negara Malaysia turut menyuarakan sokongan kepada pelaksanaan semula GST kerana ia akan meringankan beban kewangan berat yang dihadapi kerajaan.
--BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022

Harga kereta di Malaysia dijangka meningkat sebanyak satu hingga tiga peratus sekiranya cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan semula. - Gambar hiasan/REUTERS
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Proton kekalkan harga kereta biarpun ringgit susut - Dr Mahathir
Proton Holdings Bhd hari ini memberi jaminan mengekalkan harga jualan semasa keretanya biarpun berdepan peningkatan kos bahan mentah import akibat penyusutan ringgit.

GST: Proton kurangkan harga kereta sehingga 3.25 peratus
Harga di atas jalan itu termasuk kesemua model Proton iaitu Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prev, Suprima S dan Iriz, kata syarikat itu dalam satu kenyataannya.

Syed Azman sokong harga kereta diturunkan, cukai dihapuskan
Tan Sri Syed Azman menyokong cadangan supaya kerajaan menurunkan harga kereta.

Malaysia antara negara paling mahal jual kereta?
Sebuah portal popular, Jalopnik, menyenaraikan Malaysia sebagai negara kedua paling mahal untuk membeli kereta.

Penurunan harga kereta jejaskan jualan kereta terpakai?
Beberapa wakil syarikat menjual kereta terpakai mengakui berlaku kemerosotan terhadap jualan akibat penurunan harga kereta yang dibuat secara berperingkat bermula Januari hingga Mei lalu.

Mukhriz: Turun harga kereta, BN lebih bijak daripada Pakatan
Datuk Mukhriz Mahathir berkata janji Barisan Nasional (BN) untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus jauh lebih bijak berbanding tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.
Harga kereta import dikurangkan berkuatkuasa 2016
Berkuatkuasa 2016, harga bagi semua kereta yang di import dari Jepun dan Australia akan dikurangkan secara beransur-ansur selepas duti import kereta dari kedua negara berkenaan dihapuskan sepenuhnya.