HARGA makanan dijangka terus meningkat semasa Ramadan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Menurut CGS-CIMB Research, unjuran peningkatan berkenaan dibuat berdasarkan kepada lonjakan permintaan yang akan berlaku pada bulan tersebut.
Ujar firma itu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan bahawa harga ayam meningkat sebanyak lapan peratus.
"Bagaimanapun, sub komponen makanan luar rumah menjadi sederhana kerana pelancaran Menu Rahmah oleh kerajaan yang merupakan inisiatif popular di seluruh negara untuk menggalakkan peniaga menjual makanan pada harga murah.
"Jadi untuk mengehadkan potensi kenaikan harga, maka kerajaan baru-baru ini melancarkan Jualan Rahmah iaitu inisiatif di bawah Payung Rahmah bermula 23 Mac hingga 22 April depan dengan menawarkan diskaun 40 peratus bagi lebih 150 barangan keperluan asas," katanya ,memetik laporan portal berita Dagang News pada Isnin.
Selain itu, CGS-CIMB menyatakan kerajaan juga bercadang untuk mengumumkan skim kawalan harga tempoh cuti sama seperti telah dilancarkan pada musim perayaan sebelum ini.
Pada Februari lepas, Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat 0.2 peratus dari bulan ke bulan dan 3.7 peratus dari tahun ke tahun selain lebih tinggi dari jangkaan firma itu dan Bloomberg.
Bagi makanan dan makanan subkomponen di rumah adalah pemangkin utama meningkat 5.8 peratus didorong oleh subkumpulan daging (sembilan peratus) dan nasi (6.6 peratus).
Bagaimanapun, peningkatan lebih perlahan berlaku bagi kumpulan pengangkutan iaitu 3.7 peratus berbanding Januari lepas (empat peratus) sedikit sebanyak mengimbangi inflasi daripada terus meningkat.
Firma itu mengekalkan unjuran inflasi negara pada paras tiga peratus pada tahun ini.
Agensi
Mon Mar 27 2023

Menurut CGS-CIMB Research, unjuran peningkatan berkenaan dibuat berdasarkan kepada lonjakan permintaan yang akan berlaku pada bulan tersebut. - Gambar hiasan

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Harga makanan dijangka terus naik pada Ramadan, Aidilfitri
Harga makanan dijangka terus meningkat semasa Ramadan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Lotte Chemical mungkin tidak isytihar dividen, diunjur catat satu lagi kerugian besar bagi FY23 - CGS-CIMB
Kumpulan merekodkan kerugian bersih teras sebanyak RM317 bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2022.

Kadar OPR dijangka naik dua kali lagi tahun depan
CGS-CIMB Research memberi jangkaan dua lagi kenaikan OPR masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus, berbanding 2.75 peratus sekarang berikutan tekanan inflasi dijangka kekal pada 2023.

Stok minyak sawit Malaysia dijangka meningkat kepada 2.5 juta tan pada akhir Oktober
CGS-CIMB Research yakin harga minyak sawit mentah (MSM) boleh didagangkan dalam julat RM3,500 hingga RM4,500 satu tan pada Oktober 2022.

Penganalisis bimbang insiden 1999 mungkin berulang ketika Bajet 2023
Firma itu menjangkakan lebih banyak sokongan akan diberikan kepada pelbagai peringkat masyarakat, walaupun langkah-langkah itu mungkin sedikit mengecewakan.

Westports terus berdepan tekanan kos diesel, penurunan volum kontena pada FY22
Westports juga berdepan pengurangan panggilan pemindahan kapal oleh kontena, dalam usaha mereka untuk meningkatkan kebolehpercayaan jadual.

CGS-CIMB kekal pandangan 'overweight' terhadap sektor penerbangan
Pemansuhan ujian COVID-19 kepada pelancong yang telah divaksin mulai 1 Mei mengurangkan kos dan risiko kepada perjalanan antarabangsa.

Lonjakan harga komoditi, CGS-CIMB naikkan unjuran akhir tahun KLCI kepada 1,622 mata
Ia turut mencerminkan semakan pendapatan selepas musim laporan kewangan suku keempat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.