KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan bahawa harga maksimum bagi minyak masak sawit tulen tidak bersubsidi dalam botol lima kilogram (kg) ditetapkan secara bulanan.
Bagi bulan ini, harga minyak masak tersebut ditetapkan pada harga RM34.70 bagi Semenanjung dan berkuat kuasa mulai 8 Ogos.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, berkata keputusan penetapan harga maksimum tersebut dibuat berdasarkan harga Minyak Sawit Mentah (CPO) yang akan diumumkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada setiap bulan.
Jelas beliau lagi, satu kaedah pengiraan akan ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setelah berunding dengan pemain-pemain industri bagi memastikan margin keuntungan.
"Bagi bulan Ogos, MPOB telah memaklumkan harga minyak sawit purata bagi bulan yang lepas iaitu bulan Julai, ialah pada RM4,631 matrik tan. Berdasarkan pada harga tersebut, harga jualan minyak masak dalam botol lima kilogram telah diputuskan untuk ditetapkan pada RM34.70.
"Dari tarikh yang diumumkan hari ini, yakni sekarang, penguatkuasaan di kedai-kedai di peringkat runcit hendaklah mula dilaksanakan tujuh hari kemudian iaitu bermula 8 Ogos ini.
"Bermakna minyak masak lima kg pada masa ini antara RM39 dan RM40 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70.
"KPDNHEP akan ambil langkah untuk wartakan harga maksimum yang ditetapkan ini dan ia dibuat dalam tempoh seminggu bagi membolehkan pelaksanaan dilakukan pada 8 Ogos.
"Pada bulan-bulan akan datang, keadah sama akan dikekalkan di mana setiap 1 hari bulan... MPOB akan buat pengumuman harga," katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Hasimi Muhamad
Mon Aug 01 2022

Annuar berkata keputusan penetapan harga maksimum tersebut dibuat berdasarkan harga CPO yang akan diumumkan oleh MPOB pada setiap awal bulan - Foto fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Harga maksimum minyak masak tidak bersubsidi ditentukan bulanan, harga Ogos RM34.70
Bermakna minyak masak lima kilogram pada masa ini antara RM39 dan RM40 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70 bermula 8 Ogos ini.