KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan yang ketara tahun ini, berikutan lonjakan harga minyak dan komoditi yang kukuh di luar jangkaan, demikian menurut Juwai IQI Group.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kashif Ansari menjangkakan harga minyak akan terus kekal tinggi memandangkan permintaan yang kukuh, sekali gus memberi kelebihan kepada negara.
Ini kerana katanya, harga minyak dan komoditi yang lebih tinggi berupaya merangsang kedudukan lembaran fiskal kerajaan.
"Dengan lebih banyak hasil diperoleh daripada minyak dan gas, membolehkan kerajaan melabur dengan lebih rancak dalam projek infrastruktur.
"Hasil yang lebih tinggi dapat mengurangkan defisit bajet dan memberi lebih banyak ruang kepada kerajaan untuk menggerakkan fiskal bagi menangani sebarang krisis pada masa depan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) meramalkan permintaan minyak mentah bagi 2022 akan melepasi tahap sebelum pandemik, 2 tahun lalu.
Menjelang 2023, permintaan ini akan melepasi paras pada 2019, dan akan terus meningkat pada tahun-tahun berikutnya.
IEA turut menjangkakan permintaan minyak pada tahun ini sebanyak 99.4 juta tong sehari, manakala 101.2 juta tong sehari pada 2023 diikuti 103.2 juta tong sehari menjelang 2025.
Secara dasarnya, harga minyak mentah dan gas asli telah melonjak dengan ketara daripada jangkaan sejak awal tahun ini berbanding 2021.
Pada masa sama, harga komoditi seperti minyak sawit mentah turut meningkat, sekali gus memberi manfaat kepada industri tempatan, kerana ia merangkumi 6.5% daripada jumlah eksport.
Eksport minyak sawit dan produk berkaitan pertanian pada Mac 2022 mencecah RM8.52 bilion, 56% lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Malah, sekatan eksport minyak sawit yang dilaksanakan Indonesia turut memberi peluang kepada Malaysia untuk meningkatkan penguasaan pasaran dan keuntungan eksport minyak sawit.
Mengulas lebih lanjut, Kashif berkata, produk petroleum dan gas asli cecair menyumbang 13% daripada eksport Malaysia dan satu perlima daripada KDNK.
Katanya, sebagai pengeluar kedua terbesar minyak dan gas asli di Asia Tenggara, Malaysia mengeksport lebih banyak gas asli cecair daripada semua kecuali 4 negara lain di dunia, setakat 2019.
Petronas pula, tambahnya, memiliki pegangan dalam kebanyakan medan minyak dan gas asli di Malaysia, dan menyumbang kira-kira 35% daripada jumlah hasil kerajaan, bergantung kepada tahun kewangan.
"Dengan kira-kira AS$111 setong, minyak mentah Tapis menghampiri paras harga tertinggi. Bagaimanapun, kerajaan menganggarkan harga minyak sekitar AS$66 setong.
"Secara dasarnya, ini adalah baik untuk ekonomi Malaysia dengan harga hampir dua pertiga lebih tinggi daripada jangkaan," jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menjangkakan KDNK pada tahun ini akan berkembang antara 4% hingga 5%, yang dilihat sebagai satu pencapaian penting selepas negara berdepan cabaran pandemik COVID-19 dan kemungkinan menghadapi persekitaran pertumbuhan global yang lebih perlahan.
"Kami berpuas hati dengan unjuran ekonomi Malaysia berikutan 'super cycle' komoditi, yang kami jangka akan bertahan sekurang-kurangnya 6 suku tahun akan datang," tegasnya.
Bagaimanapun, di sebalik unjuran positif itu, Kashif tidak menolak bahawa 2022 masih merupakan tahun yang mencabar kepada ekonomi negara.
Ini terutamanya disebabkan krisis ketegangan geopolitik, pandemik dan gangguan rantaian bekalan, yang turut menjejaskan negara rakan dagangan Malaysia.
"Kerajaan sebelum ini sudah mengambil kira faktor-faktor berkenaan akan mengurangkan 0.2% daripada KDNK negara," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Tue May 10 2022
Juwai IQI Group menjangkakan harga minyak akan terus kekal tinggi memandangkan permintaan yang kukuh, sekali gus memberi kelebihan kepada negara. -Gambar hiasan
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
Harga minyak dijangka kekal tinggi tahun ini, beri ruang fiskal kepada kerajaan - Juwai IQI
Kashif Ansari menjangkakan harga minyak akan terus kekal tinggi memandangkan permintaan yang kukuh, sekali gus memberi kelebihan kepada negara.