PUTRAJAYA: Harga runcit dan borong maksimum bagi dua produk vaksin COVID-19 jenama CoronaVac keluaran Sinovac dan Covilo keluaran Sinopharm akan ditetapkan berkuat kuasa Sabtu ini (15 Jan).
Harga runcit maksimum bagi CoronaVac Suspension for Injection SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cell), Inactivated dengan nombor pendaftaran MAL21036010ARZ dan MAL21046125ACSZ adalah RM77, manakala harga borong ditetapkan RM62 tiap satu dos.
Bagi vaksin COVILO Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated dengan nombor pendaftaran MAL21076098AZ pula, harga runcit maksimum adalah RM61 dan harga borong ialah RM49 per dos.
Penetapan harga maksimum vaksin COVID-19 di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 itu diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan bersama hari ini.
"Penguatkuasaan perintah ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM (Kementerian Kesihatan)," menurut kenyataan bersama itu.
Pemberian vaksin adalah percuma di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk penduduk, namun rakyat juga boleh mendapatkan vaksinasi COVID-19 mengikut pilihan sendiri secara berbayar di hospital dan klinik swasta yang telah diberi kebenaran oleh KKM.
Menurut kenyataan itu, kerajaan mendapati harga vaksin COVID-19 yang ditawarkan di sektor swasta masih tinggi serta berbeza antara satu sama lain, dan pastinya kadar itu membebankan rakyat terutamanya di saat negara masih lagi berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Sebagai kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup rakyat serta mengawal jangkitan COVID-19, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan KKM bekerjasama melaksanakan penentuan harga maksimum vaksin COVID19 untuk mengelak vaksin COVID-19 dijual dengan harga yang terlalu tinggi di pasaran.
"Penentuan harga vaksin COVID-19 hanya melibatkan vaksin yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM," kata kenyataan itu.
Menurutnya penentuan harga maksimum itu secara asasnya dibuat berdasarkan harga pengimportan dan harga pasaran semasa.
"Harga runcit maksimum yang ditetapkan adalah tidak termasuk caj perkhidmatan dan caj barangan pakai buang yang digunakan ketika suntikan vaksin COVID-19," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menyatakan senarai dan harga vaksin COVID-19 akan dikaji secara berterusan dan ditambah baik atau digugurkan berdasarkan penilaian situasi pasaran dan keperluan semasa.
Kenyataan itu menyebut setiap fasiliti kesihatan swasta yang mendapat kelulusan kerajaan untuk menawarkan private-purchase vaccination diwajibkan mempamerkan harga jualan vaksin COVID-19 untuk rujukan orang ramai dalam meningkatkan ketelusan maklumat harga vaksin.
"Dengan ini orang ramai boleh membuat perbandingan harga dan mendapatkan vaksin COVID-19 pada harga yang berpatutan mengikut pilihan pengguna," katanya.
Tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau syarikat yang gagal mematuhi peraturan-peraturan ditetapkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Jika didapati ada individu atau syarikat yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan dengan harga maksimum ini, pengguna boleh menyalurkan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KKM https://moh.spab.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022

Harga runcit dan borong maksimum bagi dua produk vaksin COVID-19 jenama CoronaVac keluaran Sinovac dan Covilo keluaran Sinopharm akan ditetapkan berkuat kuasa Sabtu ini (15 Jan). - Gambar fail/BERNAMA
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

CITF-C perinci pemberian vaksin Sinovac untuk kanak-kanak
Perincian perihal pemberian vaksin Sinovac kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun akan diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) malam ini.

Sinovac antara vaksin paling selamat untuk golongan pediatrik - Pharmaniaga
Golongan kanak-kanak dan remaja perlu divaksin untuk mengecilkan lagi risiko permutasian dan kebolehjangkitan virus COVID-19 dalam masyarakat.

Kajian terbaharu tiga dos vaksin Sinovac COVID-19 berkesan ke atas Omicron
Data penyelidikan terbaharu diterbitkan Sinovac Biotech Ltd menunjukkan bahawa tiga dos vaksin Sinovac COVID-19 menghasilkan antibodi peneutral yang lebih tinggi dalam 95 peratus penerima.

Harga runcit, borong maksimum untuk vaksin COVID-19 Sinovac Sinopharm ditetapkan
Harga runcit dan borong maksimum bagi dua produk vaksin COVID-19 jenama CoronaVac keluaran Sinovac dan Covilo keluaran Sinopharm akan ditetapkan berkuat kuasa Sabtu ini (15 Jan).

Tiga dos vaksin Sinovac mampu beri 94 peratus perlindungan terhadap varian Omicron
Kajian terbaharu menunjukkan tiga dos vaksin keluaran syarikat biotech Sinovac mampu menghasilkan antibodi peneutralan sebanyak 94 peratus terhadap varian COVID-19 Omicron.

KKM kumpul 663 sampel bagi kajian vaksin Sinovac kanak-kanak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengumpul 663 sampel di seluruh negara untuk kajian bagi menentukan sama ada vaksin Sinovac sesuai diberikan kepada golongan kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun.

Vaksin COVID-19: Pejabat Kesihatan Tawau sasar 30,000 penerima dos penggalak
Jumlah itu terdiri daripada penerima vaksin Sinovac dan Pfizer-BioNTech daripada golongan warga emas.

Vaksin COVID-19: Hong Kong turunkan had umur ambil vaksin mulai usia 3 tahun
Remaja berumur 12 hingga 17 tahun akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin CoronaVac.

Ambil dos penggalak, ikuti kawalan wabak
Perkembangan situasi pandemik di dunia kini telah membuktikan pentingnya penggunaan dos penggalak.

Sinovac, Astrazeneca dipertimbang sebagai dos penggalak - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan vaksin Sinovac dan AstraZeneca digunakan untuk suntikan dos penggalak, kata menteri berkenaan Khairy Jamaluddin.