CAMERON HIGHLANDS: Pembekuan pengambilan pekerja asing di semua sektor yang masih dikuatkuasakan kerajaan sehingga kini dikatakan menjadi antara punca utama harga sayur di pasaran melonjak.
Menurut Setiausaha Pertubuhan Pekebun Sayur-Sayuran Cameron Highlands, Chay Ee Mong, kekurangan tenaga pekerja yang dialami sejak dua tahun lalu menyebabkan pengusaha kebun sayur terpaksa mengurangkan hasil pengeluaran.
Katanya apabila hasil pengeluaran berkurangan, secara tidak langsung mereka terpaksa menaikkan harga sayur-sayuran di pasaran.
"Sejak dua tahun yang lalu pengambilan atau permohonan pekerja asing baharu telah dibekukan. Jadi kita mengalami kekurangan sumber tenaga manusia.
"Ladang-ladang tak kira besar atau skala kecil itu tak cukup tenaga buruh. Jadi hasilnya pun kurang kerana dulu misalnya, pengusaha atau petani boleh usaha lima ekar, sekarang tak cukup pekerja, dia kena kurangkan 10 ke 20 peratus (pengeluaran).
"Jadi kini jadi dia hanya boleh usaha tiga hingga ekar sahaja. Ini pun menjadi satu punca mengapa hasil kita sudah dikurangkan," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pekebun India Cameron Highlands, S. Madhan, berkata untuk mengatasi isu pekerja asing, pihaknya berusaha membuka tawaran kerja kepada warga tempatan, namun tidak mendapat sambutan.
"Kami ada membuka peluang untuk pekerja tempatan tapi tidak ada ramai yang minat kerja di ladang. Jadi kita kekurangan pekerja. Oleh itu, kita tidak dapat mengeluarkan produk yang banyak, ia akibatkan harga pun (naik) mendadak.
"Kalau kerajaan dapat bagi kita merekrut pekerja asing untuk bekerja di ladang, kami boleh mengeluarkan hasil pertanian lebih banyak dan harga sayur-sayuran serta hasil pertanian pun boleh stabil," katanya.
Selain itu, pengusaha kebun juga mengakui musim tengkujuh dan kejadian tanah runtuh yang kerap berlaku di Cameron Highlands akhir-akhir ini turut menyebabkan kenaikan harga sayur-sayuran.
Mereka berkata, keadaan itu mendorong kepada peningkatan kos pengangkutan yang memberi kesan kepada harga sayur-sayuran.
Selain itu, kata mereka terdapat juga kebun dilanda banjir menyebabkan tanaman rosak sekali gus mengurangkan lagi hasil pengeluaran sayur-sayuran.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan selepas ayam, kini harga sayur-sayuran turut mengalami kenaikan mendadak.
Tinjauan di Kuantan mendapati sayur seperti kubis, cili merah, lobak dan sawi mencatat peningkatan harga sehingga 150 peratus.
Amirrul Rabbani
Fri Nov 26 2021
Pekebun mendakwa apabila hasil pengeluaran berkurangan, secara tidak langsung mereka terpaksa menaikkan harga sayur-sayuran di pasaran. - Gambar hiasan/ Bernama
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
KPDN bekerjasama dengan agensi berkaitan pantau harga sayur - Armizan
Armizan berkata, pihaknya akan mengambil langkah intervensi sekiranya berlaku harga sayur-sayuran secara mendadak.
KPDN keluarkan 60 notis untuk analisis, siasat kenaikan harga sayur
KPDN mengeluarkan 60 notis terhadap 296 jenis barangan yang telah diperiksa bagi tujuan analisis dan siasatan berhubung kenaikan harga sayur-sayuran melalui Ops Pasar.
Harga sayur melonjak, pekebun dakwa kekurangan pekerja asing jadi punca
Pembekuan pengambilan pekerja asing di semua sektor yang masih dikuatkuasakan kerajaan sehingga kini dikatakan menjadi antara punca utama harga sayur di pasaran melonjak.