Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai April ini bagi memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin, ia merupakan pendekatan baharu supaya pengguna lebih jelas mengenai turun naik harga bahan api semasa.
Beliau berkata ketetapan harga siling minyak mungkin akan diumumkan pada Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding dilakukan sebulan sekali ketika ini.
"Sebenarnya apa yang saya dan Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Johari Abdul Ghani) lakukan adalah untuk memastikan rakyat mengetahui apa yang ditentukan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah
Kebangsaan Bagan Bharu di sini, hari ini.
BACA: Kerajaan pertimbang tetapkan paras siling bagi harga minyak - Johari
BACA: BN perjelas kenaikan harga minyak, minta pembangkang usah 'kelirukan rakyat'
Katanya, terpulang kepada syarikat minyak untuk bekerjasama dengan persatuan bagi memastikan tiada sesiapa ketinggalan daripada mengetahui harga siling semasa melalui pendekatan yang ditetapkan kerajaan itu.
Hamzah, yang juga anggota Parlimen Larut, berkata penetapan harga siling bahan api oleh kerajaan adalah bertujuan mengelak bahan api itu dijual melebihi harga yang sepatutnya di pasaran.
Mengulas lanjut, beliau berkata papan tanda harga siling bahan bakar akan diletakkan di semua stesen minyak di seluruh negara.
"Bila kita letak harga siling, terpulanglah kepada stesen minyak sama ada mahu menurunkan harga, atau bagaimana cara mereka nak (laksanakan) kempen (promosi) supaya orang datang (membeli) di stesen minyak mereka, termasuk menawarkan insentif," katanya.
Mengenai permintaan Persatuan Peniaga-Peniaga Petroleum Perak (PPDA) supaya kerajaan tidak melaksanakan mekanisme harga siling, Hamzah berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan berhubung perkara itu semalam.
"Mereka menuntut beberapa penambahan dari segi margin (komisyen) yang selama ini diberi kepada mereka
"Itu permintaan mereka, sama ada kerajaan bersetuju atau tidak kita akan mengambil kira segala yang mereka mohon daripada kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2017


RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Harga siling bahan bakar diumum setiap minggu mulai April
Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai April ini bagi memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.

Keputusan negara duduki kerusi wakil UNSC diketahui Khamis
Keputusan pengundian negara-negara yang dapat menduduki kerusi wakil tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi tempoh 2015-2016 akan diketahui dalam masa dua hari lagi.

Warga Malaysia terbunuh dalam serangan di Kabul
Seorang rakyat Malaysia dilaporkan terkorban di sebuah restoran popular di Kabul, Afghanistan dalam satu serangan berani mati oleh militan.