PUTRAJAYA: Harga siling minyak sawit botol lima kilogram diturunkan kepada RM33.50 daripada RM34.70 bermula 8 Sept hingga 7 Okt, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata harga minyak masak botol tiga kilogram pula diturunkan kepada RM21.10 daripada RM21.70, botol dua kilogram daripada RM14.70 kepada RM14.30, manakala botol satu kilogram daripada RM7.70 kepada RM7.50.
"Penurunan ini berasaskan kepada harga minyak sawit mentah (CPO) pada Ogos iaitu RM4,169 per tan metrik.
"Harap tidak timbul kekeliruan walaupun harga minyak sawit naik sedikit berbanding Julai iaitu pada RM4,060 per tan metrik kerana mengambil kira RM2 yang diserap yang diberikan sebelum ini," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini hari ini.
Turut hadir anggota pasukan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Annuar berkata selidikan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan 15 perkara mempunyai wajaran tinggi menyumbang kepada inflasi antaranya bayaran sewa, petrol RON95, bil elektrik, kos prabayar, rokok, makanan berasaskan mi, langganan Astro, harga ayam goreng dan ayam segar serta insurans kenderaan.
Menurutnya pasukan khas akan mengambil langkah proaktif untuk melihat kepada setiap satu perkara berwajaran tinggi menyumbang kepada inflasi itu, supaya ada tindakan susulan dan awalan dilakukan secara berterusan.
"Urus setia dan DOSM akan melihat kepada aspek ini dan menggariskan apakah tindakan yang mungkin boleh dilakukan termasuk yang bersifat advokasi dan tindakan lain.
"Dalam kata lain, jawatankuasa perlu mula memperluaskan peranan selain daripada menumpukan kepada harga beberapa barang makanan tertentu. Ini kerana laporan (DOSM) menunjukkan selain kos barang makanan, kos yang terkait dengan pengangkutan dan perumahan adalah antara kos yang menyumbang kepada inflasi," katanya.
Annuar, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata walaupun kadar inflasi negara meningkat 4.4 peratus kepada 127.9 pada Julai 2022 berbanding 122.5 pada Julai 2021, kadar itu masih terkawal dan Malaysia masih mengekalkan kedudukan sebagai negara rendah inflasi.
Sementara itu, Mustapa berkata tiga perkara yang menyumbang kira-kira 70 peratus kepada wajaran inflasi adalah makanan dan minuman; perumahan termasuk caj air, elektrik dan gas; serta pengangkutan.
Katanya DOSM akan meneliti perkara tersebut untuk melihat kaedah mengawal inflasi kerana hakikatnya tiga perkara itu mempunyai wajaran tinggi kepada inflasi.
Menurut Mustapa jabatan itu juga telah memulakan kajian untuk melihat kos sebenar rantaian pengeluaran ayam melibatkan penternak, pemborong dan peruncit supaya kerajaan mempunyai panduan yang lebih tepat mengenai kos sebenar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 01 2022

Annuar berkata, penurunan ini berasaskan kepada harga minyak sawit mentah (CPO) pada Ogos iaitu RM4,169 per tan metrik. - Gambar fail

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Harga siling minyak masak diturunkan, berkuat kuasa 8 September - Annuar
Harga siling minyak sawit botol lima kilogram diturunkan kepada RM33.50 daripada RM34.70 bermula 8 Sept hingga 7 Okt, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.