Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik mengingatkan masyarakat di negara ini untuk terus menghargai Jalur Gemilang sebagai simbol kemerdekaan negara dan mengelak mengibarkan Jalur Gemilang yang telah 'uzur'.
Beliau yang memegang portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial berkata menjaga Jalur Gemilang diibaratkan seumpama menjaga kedaulatan negara.
"Benda ini sebenarnya sesuatu yang kadangkala orang tak perasan, orang tak nampak tetapi betapa pentingnya kita menjaga kedaulatan negara kita, betapa pentingnya kita menjaga Jalur Gemilang.
"Sedangkan kita kibarkan (Jalur Gemilang) tak lama, masa kemerdekaan itu sahaja, sebagai rakyat Malaysia, kibarkanlah dengan betul, dengan cara yang betul dan kalau boleh janganlah ada yang uzur," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu jemputan program Nine-11 terbitan Bernama News Channel, di sini, hari ini.
Md Farid berkata, Jalur Gemilang hanya kecil harganya untuk dibeli dan ditukar yang uzur kepada yang baharu.
"Banyak jabatan-jabatan menyediakan dan memberikan Jalur Gemilang, di kedai-kedai pun ada dijual, mungkin dalam RM3, RM5 (sahaja)...," katanya.
Ditanya mengenai generasi muda kini yang memilih untuk mempamerkan semangat merdeka melalui pakaian bertemakan Jalur Gemilang berbanding menggantung atau mengibarkan Jalur Gemilang, Md Farid berkata ia adalah satu perkara yang harus digalakkan asalkan tidak merosakkan kehormatan bendera Malaysia itu.
"Selagi perkara itu tidak menjejaskan, tidak merosakkan Jalur Gemilang, saya rasa itu perkara yang amat membanggakan dan perlu kita galakkan. Masing-masing mempunyai cara sendiri, selagi kita menghormati dan menjaga kedaulatan itu, tak ada masalah," katanya.
Md Farid yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai, Johor turut mengingatkan masyarakat untuk tidak mencemari Jalur Gemilang dengan menggantungnya secara terbalik atau mengubah warnanya.
Bernama
Tue Aug 27 2019
Jalur Gemilang diibaratkan seumpama menjaga kedaulatan negara. - Gambar fail
'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa hari ini, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Polis siasat himpunan kibar Jalur Gemilang di Menara Condong
Polis akan menyiasat penganjuran himpunan kibarkan Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada Sabtu.
Insiden kibar bendera China, Persatuan Guan Gong mohon maaf
Soon Boon Hua berkata tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Dua hari siapkan baju bertema Jalur Gemilang
Program Sambutan Anak Merdeka bersempena Hari Kebangsaan ke- 67 tahun di Dewan Utama Memorial Tun Hussein Onn Kuala Lumpur dihadiri Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang pada Sabtu.
Lebih 200 rakyat Malaysia sambut Hari Kebangsaan di China
Penuntut Malaysia yang tinggal di Beijing, China teruja dengan sambutan Hari Kebangsaan anjuran Kedutaan Besar Malaysia itu.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67
Seramai 4,145 peserta dan 563 kenderaan daripada 111 kontinjen memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pahang itu.
Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak
Sambutan bermula dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Division dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).