Nga berkata program tahunan itu akan diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Beliau berkata Hari Cuci Malaysia akan dilaksanakan dengan pendekatan seluruh negara oleh kementerian, jabatan, agensi Persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan, institusi pendidikan, badan swasta, dan entiti lain mengikut kesesuaian serta kapasiti masing-masing.
"Ini adalah selaras dengan inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menetapkan 20 Sept sebagai Hari Pembersihan Sedunia bagi menangani isu pencemaran sisa yang semakin meningkat dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pembersihan awam.
"Kini, Malaysia telah menjadi antara destinasi pelancongan pilihan utama. Melalui inisiatif ini, kita berhasrat untuk menaikkan lagi imej sebagai negara yang bersih dan aman supaya kita dapat terus menawan hati pelancong dari seluruh dunia," katanya.
Nga berkata pelaksanaan Hari Cuci Malaysia tahun lepas mencatatkan tiga rekod nasional baharu dalam The Malaysian Book of Records (MBOR) bagi bilangan penyertaan teramai seluruh negara iaitu 58,007 orang, jumlah kutipan sisa pepejal terbanyak dalam masa sehari iaitu 4,645.5 tan metrik dan pelaksanaan aktiviti gotong-royong terlama iaitu 12 jam.
Beliau berkata tahun ini KPKT menyasarkan untuk menarik 100,000 peserta yang akan turut melibatkan murid sekolah melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)