KUALA LUMPUR: Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya disambut meriah di seluruh negara hari ini, dengan penganut Hindu mengambil kesempatan cuaca baik di sebelah pagi untuk menyempurnakan upacara keagamaan di kuil di kawasan masing-masing.
Ceria dengan pakaian berwarna-warni, kesempatan bercuti pada hari perayaan itu juga dimanfaatkan untuk bersama keluarga sambil menyediakan juadah enak dan mengunjungi saudara-mara serta sahabat handai, selain tidak kurang juga mengadakan rumah terbuka.
Di KUALA LUMPUR, kakitangan swasta, S. Dharviin, 33, yang bekerja di Kedah menyifatkan sambutan Deepavali tahun ini lebih meriah kerana berkesempatan pulang ke kampungnya di Batu Caves di sini lebih awal, selain tidak perlu membayar tol atau dibelenggu dengan pandemik COVID-19
"Kali terakhir saya merasai suasana 'balik kampung' begini ialah sebelum saya mula bekerja di Kedah kira-kira lapan tahun lepas. Menu masakan yang saya dan keluarga hasilkan tahun ini juga sangat istimewa antaranya nasi daun pisang, idli dan muruku," katanya ditemui Bernama di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.
Bagi warga, Jepun Chifuyu Sugimoto, 31, pengalaman merasai sendiri sambutan Deepavali adalah sesuatu yang dinanti-nantikan selepas tertarik dengan penulisan artikel yang menyebut tentang 'perayaan berwarna-warni Malaysia' dalam sebuah majalah pelancongan.
Di PULAU PINANG, Kuil Muniswarar Jalan Baru dan Kuil Arulmigu Karumariamman Seberang Jaya di Butterworth adalah antara yang menjadi tumpuan penganut Hindu sejak 7 pagi bagi melaksanakan upacara keagamaan.
Pekerja swasta, K. Devan, 37, berkata dia pada mulanya risau dengan keadaan cuaca ,namun berasa lega apabila mendapati cuaca baik pagi ini.
Di PAHANG, penganut agama Hindu mula mengunjungi Kuil Sri Mariamman di Jalan Seri Kemunting, Kuantan sejak awal pagi dengan memakai pakaian berwarna-warni sempena perayaan berkenaan.
Di Alor Setar, KEDAH, pengunjung Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, S. Darshini, 34, berkata dia sekeluarga tidak pulang beraya di kampung di Teluk Intan, Perak tahun ini kerana neneknya mahu merasai pengalaman meraikan Deepavali di bandar.
Menurutnya seawal 7 pagi tadi, mereka sekeluarga telah tiba di kuil itu untuk bersembahyang dan persiapan untuk menyambut perayaan itu juga telah dibuat seminggu lebih awal dengan kuih dan hiasan kolum semuanya dihasilkan sendiri bagi menjimatkan perbelanjaan.
Bagi R. Ravindran, 26, dari Alor Janggus, perayaan tahun ini lebih meriah kerana ini merupakan tahun pertama dia menyambut Deepavali sebagai seorang suami selepas berkahwin dengan isterinya N. Nandhini, 24, pada September lepas.
Di JOHOR, penganut Hindu di sekitar Johor Bahru pula mula mengunjungi Kuil Arulmigu Rajamariamman Devasthanam di Jalan Ungku Puan atau dikenali sebagai Little India Johor Bahru, seawal 7.30 pagi untuk upacara keagamaan dan orang ramai turut diberikan manisan laddu ketika mengunjungi kuil berusia lebih 110 tahun itu.
Di MELAKA, S. Ravisantharan, 56, berkata dia bersama keluarga bangun pada 4 pagi tadi untuk upacara mandi minyak di rumah sebelum matahari terbit dan kemudian meneruskan upacara keagamaan mereka di Kuil Sri Sunthara Moorthy Vinayagar, Batu Berendam dengan memakai pakaian bertemakan warna putih sebagai lambang kesucian.
Di Seremban, NEGERI SEMBILAN, Presiden Kuil Sri Bala Thandayuthapani, Kapt (B) VR. Parameswaran menjangkakan sebanyak 6,000 penganut Hindu mengunjungi kuil itu, yang dibuka untuk dua sesi iaitu 7 pagi hingga 12 tengah hari dan 7 malam hingga 9.30 malam ini.
Di PERLIS, Bendahari Kuil Arulmigu Arumugaswamy Dhevasthanam, M. Ashok Kumar, 22, berharap Deepavali tahun ini dapat mengeratkan lagi perpaduan kaum di negara ini melalui aktiviti kunjung- mengunjung dan pihak kuil juga telah menjemput penghuni rumah orang tua untuk melaksanakan upacara keagamaan di kuil berkenaan agar memeriahkan lagi suasana.
Di TERENGGANU, walaupun sambutan Deepavali tidak semeriah di negeri di pantai barat, ia tetap dirayakan dengan penuh kesyukuran dan penghayatan.
Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) Menteri Besar Terengganu Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata beliau bersama isteri, Senbagavalli Kalimuthu dan tiga anaknya bangun seawal 6 pagi tadi untuk mandi minyak, sebelum ke kuil Sri Kailasa Nathar di Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu bagi melakukan ritual keagamaan.
Pada malam sebelum Deepavali pula, beliau mengumpulkan gambar nenek moyang dan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia untuk melakukan upacara sembahyang bagi memperingati mereka.
"Selain tosei dan muruku, nasi minyak juga menjadi hidangan utama kami pada Deepavali. Ini kerana kami telah terasimilasi dengan budaya dan makanan orang Melayu di sini," katanya yang memberitahu jumlah penduduk India di Terengganu kurang satu peratus daripada keseluruhan 1.3 juta penduduk negeri.
Di PERAK, selain kehadiran 10,000 penganut Hindu sejak 7 pagi tadi, Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh turut menarik kedatangan pelancong asing dan kaum lain untuk bersama-sama merasai kemeriahan sambutan Deepavali.
Di SELANGOR, Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan negeri V. Papparaidu menganjurkan rumah terbuka sempena Deepavali di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri, Shah Alam, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan exco-exco kerajaan negeri.
Di KELANTAN, Ketua Wanita MIC negeri S. Nilai Valagi, 63, berkata walaupun jumlah kaum India di negeri ini kecil, suasana sambutan tetap meriah apabila ahli keluarga dan sahabat handai dapat berkumpul bersama.
"Sembutan tahun ini lebih meriah kerana 25 ahli keluarga saya dapat berkumpul bersama di rumah ibu saya di Lundang, Kota Bharu.
"Saya sendiri sudah membuat persiapan menyediakan juadah seperti maruku dan pakaian baharu sejak bulan lepas lagi, manakala masakan lain seperti kari ayam, kari kambing, putu mayam dan tosei disediakan semalam," katanya.
Di SARAWAK, biarpun sambutan Deepavali diadakan dalam skala kecil kerana populasi penduduk India di negeri itu hanya kira-kira 7,000 orang, semangat kekitaan antara rakyat tetap tinggi dengan Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak melepaskan peluang mengunjungi rumah terbuka anjuran seorang peguam, Shankar Ram di King's Curry, Jalan Rumbai di Kuching.
Di SABAH, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bersama lebih 5,000 orang memeriahkan Majlis Ramah Mesra Sempena Sambutan Deepavali 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
Walaupun Sabah tidak mempunyai ramai penduduk dalam kalangan masyarakat India, semangat bersatu dalam kepelbagaian yang diwarisi penduduk Sabah sejak sekian lama, terserlah apabila mereka mengenakan pakaian tradisi India seperti kurta dan sari untuk bersama-sama meraikan Deepavali pada majlis itu.
Majlis dianjurkan Kerajaan Sabah dan Dewan Perniagaan India Sabah itu menyediakan pelbagai juadah tradisi masyarakat India antaranya tosai, muruku dan kari, selain juadah tradisi masyarakat Sabah seperti kelupis.
Hajiji turut mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada mereka yang meraikannya dan berharap perayaan itu mampu mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah yang berbilang latar belakang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023
![Hari Deepavali disambut meriah di seluruh negara Hari Deepavali disambut meriah di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699776439_TBperayaanDeepavali.jpg)
Penganut Hindu melakukan upacara keagamaan sempena perayaan Deepavali di Kuil Arulmigu Karumariamman di Butterworth hari ini. - Foto Bernama
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730802536_Pekebunbebastuduha.jpg)
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
![Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730797967_MohdYusriHassanB.jpg)
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
![Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681831126_TBJALANSESAK.jpg)
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
![Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718434458_tbalirantrafik.jpg)
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
![Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730582589_TBLemas.jpg)
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
![PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730381268_tbJoselynDewi.jpg)
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
![Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730362033_Deepavali.jpg)
Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.
![Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81730350835_TBATLETDEEPAVALI.jpg)
Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.
![TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730348543_TBZahidHamidi.jpg)
TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali
Semoga Deepavali menjadi jambatan pengukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan serta menyemai keharmonian di negara ini.
![PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730348369_TBAnwarDeepavali.jpg)
PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali
Pesta Cahaya tidak sekadar bawa kesejahteraan, tetapi turut meneruskan perjuangan ke arah kebaikan dan keadilan demi masa depan yang lebih baik, kata PM.