Hari Kebangsaan 2018 yang disambut hari ini menjadi medan penyatuan rakyat Malaysia dalam menzahirkan semangat patriotisme dan kepentingan perpaduan demi kesejahteraan negara.
Hari Kebangsaan 2018 yang tiba di kemuncaknya dengan acara perbarisan dan perarakan di Putrajaya hari ini, menampilkan empat komponen yang senada dengan tema sambutan "Sayangi Malaysiaku" iaitu kenegaraan; ketenteraman awam; keselamatan negara dan rakyat bersepadu.
Sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dataran Putrajaya, majlis yang disaksikan jutaan rakyat melalui kehadiran di lokasi serta tontonan siaran langsung di kaca televisyen dan laman media sosial, dimulakan dengan nyanyian lagu keramat Negaraku dan disusuli bacaan ikrar Rukun Negara.
Deruan helikopter di ruang udara Putrajaya kedengaran apabila lima buah helikopter iaitu dua EC 725 AP dan sebuah Sikorsky S61A-4 Nuri, masing-masing milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sebuah Augusta 109 milik Tentera Darat Malaysia (TDM) dan sebuah Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat lintas hormat kepada Seri Paduka.
Tembakan kehormatan 14 das, simbolik kepada 14 negeri di Malaysia, yang dilaksanakan 41 Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja, mengiringi acara menaikkan Jalur Gemilang ketika nyanyian lagu Negaraku diperdengarkan.
Turut hadir menyaksikan acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2018 itu ialah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menteri-menteri kabinet termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo serta perwakilan asing.
Sambutan kali ini mencatat sejarah kerana ia signifikan bagi meraikan pemerintahan kerajaan Persekutuan, yang kini diterajui Pakatan Harapan, dan tonggak pemerintahan baharu itu dipimpin Dr Mahathir yang kembali menerajui kerajaan pada usia 93 tahun.
Pemilihan Putrajaya sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2018, selepas 13 tahun pernah menjadi tuan rumah, juga istimewa kerana Dr Mahathir merupakan insan yang mengilhamkan pembangunan kawasan itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Prang Besar, menjadi pusat pentadbiran negara pada 1995.
Kali terakhir acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya ialah pada 2005.
Pengunjung yang dianggarkan seramai 300,000 orang mula membanjiri Dataran Putrajaya seawal 5 pagi dengan memeriahkan suasana dengan membawa Jalur Gemilang sendiri untuk menyaksikan acara perbarisan dan perarakan hari kebangsaan itu.
Majlis pembacaan ikrar Rukun Negara melibatkan 50 pelajar termasuk dua pelajar orang kurang upaya (OKU) diketuai Muhammad Aiman Shafiq Mohd Shah Noor Yong dari Maktab Tentera DiRaja,Kem Sungai Besi Kuala Lumpur.
Laungan keramat 'Merdeka' sebanyak tujuh kali yang juga diketuai Muhammad Aiman Shafiq turut bergema di Dataran Putrajaya.
Turut menarik tumpuan ialah persembahan khas Sayangi Malaysiaku, yang memaparkan persembahan pelbagai komuniti melalui penyertaan 600 golongan muda daripada kumpulan kesenian.
Mendahului acara perbarisan dan perarakan ialah kontinjen pembawa bendera besar bersaiz 80 kaki x 40 kaki yang dibawa oleh seramai 60 orang.
Ia disusuli dengan perarakan 660 pembawa Jalur Gemilang dan 1,340 pembawa bendera negeri serta bendera berwarna.
Sepanjang acara berlangsung, suasana dimeriahkan dengan alunan irama daripada pancaragam gabungan pasukan beruniform seramai 524 anggota.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 31 2018
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menerima tabik hormat kepada pasukan kawalan kehormat sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Kerajaan rangka inisiatif bantu industri PMKS perkasa teknologi digital dalam perniagaan
Ia antara lain bagi mengatasi jurang penggunaan digital dalam kalangan PKS dan memastikan peranan mereka kekal relevan.
Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan
Kementerian Digital sedang mengenal pasti cabaran serta masalah dihadapi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna pendigitalan.
Program kesedaran AI agenda utama Kementerian Digital tahun ini
Program kesedaran yang akan digerakkan menerusi Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) turut menekankan aspek keselamatan siber.
Strategi Pelaburan Malaysia Digital tarik pelaburan RM224.72 bilion - Gobind
Strategi Pelaburan Malaysia Digital inisiatif lima tahun yang dilaksanakan MDEC berjaya menarik pelaburan sebanyak RM224.72 bilion setakat suku ketiga 2024.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Kementerian Digital akan teliti struktur NAIO untuk masa depan teknologi
Kementerian Digital akan meneliti secara spesifik mengenai struktur Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan di bawah seliaan MyDigital Corporation yang akan dilancarkan pada 12 Disember ini.
Kos pembangunan RM16.5 bilion DNB tidak libatkan dana kerajaan - Gobind
Kementerian Digital hari ini menegaskan kos berjumlah RM16.5 bilion untuk Digital Nasional Bhd (DNB) membangunkan dan menyelenggara rangkaian 5G pertama selama 10 tahun tidak melibatkan dana kerajaan.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Kerajaan lulus RM141.72 bilion pelaburan digital sehingga Oktober 2024 - Gobind
Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Gobind akan terus mewakili DAP dalam Kabinet, mainkan peranan penting dalam kepimpinan negara - Loke
Meskipun gagal memperoleh jawatan dalam pemilihan parti DAP Selangor 2024-2027 semalam, Gobind Singh Deo akan terus mewakili DAP dalam Kabinet, kata Setiausaha Agung parti Anthony Loke.