KUALA LUMPUR: Keterujaan Keluarga Malaysia yang berbilang kaum menyaksikan kontinjen barisan hadapan COVID-19 ketika melakukan lintas hormat di hadapan pentas orang kenamaan di Dataran Merdeka terserlah apabila mereka memberi sorakan gemuruh kepada kontinjen itu.
Kontinjen terdiri daripada 84 anggota melibatkan Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Jabatan Bomba Dan Penyelamat.
Kontinjen yang membawa kebanggaan kepada 'frontliners' itu buat julung kalinya diberi penghargaan mengambil bahagian dalam perarakan Hari Kebangsaan 2022.
Ketua Kontinjen barisan hadapan Khairil Hilmi Mokhtar berkata kontinjen yang diterajui Majlis Keselamatan Negara tersebut menghimpunkan petugas daripada pelbagai agensi yang bertanggungjawab menangani krisis COVID-19 sejak dua tahun lepas.
"Walaupun kontinjen ini kecil sahaja, tetapi ia mewakili kelompok besar yang berjasa kepada negara. Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana ini kali pertama dalam sejarah 65 tahun ini, kami ada satu kontinjen gabungan menggambarkan Keluarga Malaysia," katanya kepada Bernama.
Menurutnya peluang yang diberikan untuk menyertai perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan kali ini adalah petanda jelas keprihatinan dan penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia kepada peranan dan pengorbanan barisan hadapan mendepani pandemik COVID-19.
"Kami berterima kasih sebab sepanjang perjalanan tadi orang ramai, pengunjung bersorak, tepuk tangan.
"Kami dapat rasa bahawa kerajaan, Keluarga Malaysia menghargai, rakyat pun menghargai. Perasaan itu orang kata, tiada tolok bandingnya," katanya.
Beliau turut menzahirkan rasa teruja kerana sambutan Hari Kebangsaan ini diraikan dalam suasana seperti sebelum pandemik COVID-19 susulan negara berada dalam fasa pemulihan pandemik.
"Mungkin (penyertaan kami) dalam perbarisan kali ini, sekali sahaja. Mungkin tahun depan tiada lagi dah. Perbarisan ini menggambarkan seluruh jentera kerajaan, sebab itu ia istimewa," kata Khairil.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 31 2022
Kontinjen yang membawa kebanggaan kepada 'frontliners' itu buat julung kalinya diberi penghargaan mengambil bahagian dalam perarakan Hari Kebangsaan 2022. -Unit Foto JAPEN
AWANI Ringkas: Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Dari Kimia ke Komuniti: Inspirasi Wanita dalam STEM
Hari Antarabangsa Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan dalam Sains disambut pada 11 Februari setiap tahun. #AWANIPagi membawakan kisah inspirasi Prof. Madya Chm Dr. Noraini Ahmad, yang bukan sahaja merupakan seorang pakar kimia malah kini Pengarah, Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares).
Perubahan iklim: Beza negara membangun dan maju
Negara maju tetapkan cara untuk atasi perubahan iklim namun negara membangun akan terima tempias ekonomi. Adakah pahaman berbeza ini menyukarkan lagi keadaan?
2025 Talent Race: Winning strategies for growth & retention
As Malaysia heads into 2025, businesses face rising competition for top talent amid economic expansion and policy shifts. How can companies navigate workforce challenges, retain skilled professionals, and stay ahead in a rapidly evolving job market? Associate Director, Robert Walters Malaysia, Marie Lee shares insights into hiring outlook for 2025, key aspects business leaders and HR professionals need to know and best practices to fortify their talent strategies to set up for a successful year ahead.
Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House
Kata Trump, beliau mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik dengan Presiden Xi Jinping.
Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM
Apabila pelajar memahami prospek pekerjaan dalam bidang ini, mereka lebih bersedia memilih aliran STEM di tingkatan empat dan lima.
Amaran Donald Trump: Malapetaka akan tercetus jika Hamas enggan bebas tebusan Israel
Ditanya apa maksud "segala malapetaka" yang mungkin berlaku di Gaza, Trump berkata: "Anda akan tahu dan mereka akan tahu - Hamas akan tahu apa yang saya maksudkan."
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 11 Februari 2025
1️⃣ Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan
2️⃣ Perbincangan dimuktamad tidak lama lagi
3️⃣ Rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
#awaniringkas
1️⃣ Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan
2️⃣ Perbincangan dimuktamad tidak lama lagi
3️⃣ Rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
#awaniringkas
ASEAN Kita: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? Join us as we explore the core pillars of ASEAN, political-security, economic, and socio-cultural transformation with Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin. Gain insights into regional security dynamics, economic cooperation, and the evolving role of ASEAN in a shifting global landscape.
Kamal Adli nafi dakwaan rumah tangga bergolak, fail cerai
"Doakan yang baik-baik sahaja. Mustahil untuk saya sampai ke tahap itu."
Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan
Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka
Seramai 1,656 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka di ibu negara pada Jumaat ini.
Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.
Seniman jalanan cekal cari rezeki
Walaupun panas terik, seniman jalanan Nazri Aziz dan Fauzin Saihani cekal mengenakan solekan dan kostum demi menghiburkan orang ramai.
Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung
Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari dan hari ini merupakan hari terakhir penganjurannya.
Padang Dataran Merdeka ditutup hingga 31 Januari
Padang Dataran Merdeka akan ditutup sehingga 31 Januari depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput.
LTAT anjur Larian Wira 2023, iktiraf jasa ATM
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menganjurkan Larian Wira 2023 sebagai inisiatif bagi menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Merdeka pada 29 Oktober.
Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin
Rakyat daripada negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir dan Pakistan turut menunjukkan solidariti mereka.