PUTRAJAYA: Majikan sektor swasta digalakkan memberi cuti am bergaji kepada pekerja susulan pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan di seluruh Wilayah Persekutuan esok, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata saranan itu dibuat memandangkan Hari Kelepasan Am Tambahan yang diisytiharkan itu bukan merupakan hari kelepasan am bergaji yang wajib diberikan menurut Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955 [Akta 265].
"Susulan pengisytiharan hari pelepasan am tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada hari Jumaat, para majikan di sektor swasta adalah digalakkan untuk memberikan cuti am bergaji kepada pekerja-pekerjanya di tiga Wilayah Persekutuan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan Jumaat (3 Disember) sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan di seluruh Wilayah Persekutuan susulan kejayaan pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC merangkul kejuaraan Piala Malaysia.
Shahidan berkata pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan itu dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan.
Pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Johor Darul Ta'zim (JDT) tewas 0-2 di tangan KL City FC, sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi Harimau Selatan itu pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021
SARAVANAN: Para majikan di sektor swasta adalah digalakkan untuk memberikan cuti am bergaji kepada pekerja-pekerjanya di tiga Wilayah Persekutuan. - Gambar fail
Apakah langkah kerajaan menangani krisis demografik? - Mohd Shahar
Ahli Parlimen Paya Besar berkongsi kebimbangan akan datang wujud krisis demografik disebabkan kesihatan mental wanita yang semakin merosot dan wujud golongan yang menyokong child-free.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Soon Huat-Shevon berlatih di ABM
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie akan menyertai kem latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
EPL: Asensio, Disasi ikut langkah Rashford ke Aston Villa
Aston Villa membawa masuk pemain tengah Paris Saint-Germain, Marco Asensio dan pertahanan Chelsea, Axel Disasi secara pinjaman.
Isu Harith Iskander, Cecilia: Polis akan hantar kertas siasatan ke DPP secepat mungkin - KPN
Kertas siasatan membabitkan pelawak Harith Iskander dan Cecilia Yap Song berhubung kes menghina Islam akan dihantar ke pihak pendakwa raya secepat mungkin.
Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman.
Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru didakwa lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya pada tahun 2023.
Zayn Rayyan: 25 Feb dengar hujah notis usul batal pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Feb ini bagi mendengar hujahan berhubung notis usul difailkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan.
Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.
Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.
Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
Belanjawan 2024: Majikan swasta disaran kaji kesesuaian saraan serta ganjaran pekerja - PM
Kerajaan menyarankan majikan swasta di negara ini untuk turut sama mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja, mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.
PRU15: Majikan swasta digesa beri pelepasan cuti am pada Jumaat, Sabtu ini
Tujuan pemberian hari kelepasan itu untuk menggalakkan rakyat Malaysia keluar mengundi sempena PRU15, Sabtu ini.
PRU15: Majikan swasta perlu beri pelepasan pekerja mengundi
Majikan boleh beri opsyen sama ada time-off, hari pelepasan berganti atau cuti tahunan.
Hari kelepasan am: Akta 265 tidak terpakai untuk penjawat awam
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan golongan pekerja di bawah Akta 265 adalah mereka yang bergaji RM2,000 ke bawah.
Kakitangan awam terjejas banjir diberi cuti kecemasan, majikan swasta digalak ikut serta - PM
Kerajaan memahami kesulitan yang dialami kakitangan awam disebabkan bencana alam itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Hari Kelepasan Am Tambahan: Majikan swasta digalak beri cuti bergaji
Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan itu dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan.
Majikan swasta diminta pertimbang cuti tanpa rekod pada hari kedua Deepavali
Majikan swasta diharap dapat memperhalusi dan menimbangkan pemberian tambahan cuti tanpa rekod pada hari kedua Deepavali kepada pekerja yang beragama Hindu.
Tindakan akan dikenakan ke atas majikan swasta yang enggan beri cuti bersalin 90 hari
Majikan swasta yang enggan memberi cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita bermula 2021 akan dikenakan tindakan