KUALA LUMPUR: Tarikh 19 Ogos setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Kemanusiaan Sedunia.
Tarikh itu diambil bagi memperingati peristiwa pengeboman pada tahun 2003 di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Baghdad, yang mengorbankan kira-kira 21 petugas kemanusiaan.
Hari ini, situasi di zon konflik dan bencana alam yang tidak pernah reda, menuntut dunia memberi perhatian kepada krisis kemanusiaan yang timbul kesan daripada masalah berkenaan.
Selain menyalurkan bantuan, masyarakat dunia perlu melihat kembali punca dan bekerjasama menyelesaikan krisis yang membelenggu banyak negara.
Bagi Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, beliau melihat hari bersejarah itu perlu diingati dan dihayati bagi mewujudkan rasa tanggungjawab sesama manusia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
"Hari Kemanusiaan Sedunia penting sebab ia meningkatkan rasa kesungguhan dan komitmen kita untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia atau warga yang menjadi mangsa kepada pelbagai krisis yang berlaku sekarang.
"Hari Kemanusiaan Sedunia menanam rasa bertanggungjawab bersama kepada semua pihak seluruh dunia tanpa mengira sempadan, bangsa atau agama bahawa tanggungjawab itu adalah tanggungjawab semua pihak dan sebab itu ia penting diingati dan disambut," katanya kepada Astro AWANI.
Malah, Hari Kemanusiaan Sedunia disifatkan signifikan dengan krisis kemanusiaan yang dihadapi dunia, kesan pandemik COVID-19.
Di sini, pentingnya peranan sukarelawan atau petugas kemanusiaan dalam membantu mereka yang terkesan walaupun mereka sendiri berhadapan dengan pelbagai risiko.
"Pandemik COVID-19 satu lagi dikaitkan dengan kesihatan. Rentetan daripada COVID-19, ia memberi kesan kepada rantaian ekonomi, keselamatan dan sekuriti lain sekarang.
"Hari Kemanusiaan Sedunia ini relevan sekali sebab kita dapat lihat adanya suatu keadaan yang sangat gawat apabila orang sudah terputus makanan, kemudian, terputus perubatan dan kesan sosial dapat dilihat.
"Maka kita sebagai petugas kemanusiaan mesti kembali ke medan masyarakat, menjadi sebahagian barisan hadapan untuk memikirkan apa boleh dibantu selain dilakukan pemerintah, pakar dan sebagainya,"ujarnya.
Melihat kepada situasi negara-negara bergolak seperti Kashmir, Palestin, dan Afghanistan, krisis kemanusiaan yang berlaku boleh diselesaikan dengan mencari jalan keluar kepada konflik politik.
Namun, beliau memahami bahawa campur tangan kuasa besar yang meraih keuntungan dan mengawal dunia merumitkan lagi proses penyelesaian dalam sesebuah negara konflik.
"Saya kira ada yang menghadapi konflik yang terlalu lama seperti Palestin, Kashmir, kerana ia adalah akibat daripada konflik politik serta membiak kepada konflik antara negara dan campur tangan kuasa luar ini telah merebak sehingga ke Amerika Latin, Afrika serta ada sahaja negara berdepan konflik sebab pertelingkahan politik," katanya lagi.
Dalam masa sama, perpecahan antara pemimpin Islam juga turut menambahkan ketegangan, sekali gus menafikan hak kemanusiaan penduduk.
Justeru, dalam menangani krisis kemanusiaan pada hari ini, ditambah dengan kesan pandemik COVID-19, dunia perlu diatur semula agar setiap negara dilayan dengan penuh saksama, bermaruah, dan dihormati.
Selamat Hari Kemanusiaan Sedunia.
Rahimah Abdullah
Wed Aug 18 2021
Tarikh 19 Ogos setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Kemanusiaan Sedunia.
Multilateralism: The key factor on climate control
Join Executive Director and Professor of Planetary Health at Sunway University, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, as she highlights how multilateralism drives global solutions for climate change and a sustainable future.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
US Chip War: Malaysia’s tech aspirations under pressure, what lies ahead?
As Malaysia sets its sights on becoming a global AI and semiconductor hub, Tier 2 classification and GPU import restrictions could be a roadblock. Will these challenges stifle its technological ambitions and deter global investors, or can Malaysia navigate its way to maintain its competitive edge in the global semiconductor supply chain?
YTL group akan labur £4 bilion di uk dalam tempoh 5 tahun
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian gencatan senjata, Hamas puji sokongan Malaysia semasa krisis Gaza
Ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya memuji "pendirian terhormat" Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan.
Lelaki ditemukan mati dalam longkang berdekatan rumah terbakar
Seorang lelaki ditemukan mati di dalam longkang berdekatan sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kok Tiong.
Terbuka India 2025: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara pusingan 16 terbaik
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan bukan pilihan dari Thailand.
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata Gaza
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Naratif baharu perjuangan Palestin: Penghargaan kepada aktivis Malaysia
Kita perlukan pemimpin berkarisma yang dapat berperanan sebagai gam mencantumkan pelbagai kumpulan ini dalam sebuah gerombolan besar.
Hari Kemanusiaan Sedunia: Menangani konflik, bencana di kala pandemik
Hari bersejarah itu perlu diingati dan dihayati bagi mewujudkan tanggungjawab sesama manusia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.