PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2023 di Dataran Pahlawan Negara di sini.
Istiadat sambutan Hari Pahlawan anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkonsepkan perbarisan statik melibatkan enam detasmen terdiri daripada PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), pesara serta bekas anggota polis.
Acara dimulakan dengan lagu Negaraku diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan oleh anggota ATM, dan diikuti dengan pemeriksaaan kawalan kehormatan utama oleh Al-Sultan Abdullah.
Perbarisan Hari Pahlawan melibatkan 18 pegawai dan 652 anggota lain-lain pangkat daripada PDRM dan ATM yang diketuai oleh Supt Mohd Rezuan Juragan.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Hadir sama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Istiadat kemudian diteruskan dengan tiupan Paluan Akhir yang dikenali sebagai 'last post' dengan menurunkan Jalur Gemilang diikuti dengan deklamasi sajak berjudul 'Pahlawanku' disampaikan oleh Sarjan Roseshini Kasim dan Pegawai Waran I Yomen Morzelan Md Jusoh.
Pantomim khas oleh PDRM turut dipersembahkan pada istiadat itu yang berkisarkan kepada tragedi berdarah di Lahad Datu, Semporna Sabah sedekad lalu, namun kali ini mengisahkan pencerobohan di Kampung Air Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah.
Bertajuk Op Daulat Kampung Simunul, persembahan pantomim hasil karya Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali itu membawakan kisah tragedi hari kedua pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Simunul atau Kampung Air Simunul selepas serangan berlaku di Kampung Tanduo.
Suasana sedih dan pilu terserlah di wajah Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah serta beberapa tetamu kehormat ketika menyaksikan persembahan pantomim yang dipersembahkan oleh 150 pegawai dan anggota polis serta ahli keluarga pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam tragedi berdarah itu.
Yang di-Pertuan Agong turut berkenaan mencemar duli menyantuni ahli keluarga mangsa yang terkorban selepas persembahan tamat.
Sambutan Hari Pahlawan pada setiap 31 Julai merupakan antara usaha dan keprihatinan kerajaan dalam mengenang jasa perwira tanah air yang gugur ketika mempertahankan kedaulatan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama sempena Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan. - Foto BERNAMA

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Upacara Hari Pahlawan kembali ke Tugu Negara
Lebih 300 orang berkumpul di Tugu Negara pagi Ahad meskipun hujan lebat untuk memperingati Hari Pahlawan, menandakan kembalinya acara itu ke monumen kebangsaan selepas dua tahun.

Sultan Nazrin berangkat ke sambutan Hari Pahlawan 2024 Negeri Perak
Majlis dimulakan dengan dendangan lagu kebesaran negeri Perak, diikuti pemeriksaan kawalan kehormatan utama oleh Sultan Nazrin.

Pantomim 'Op Subuh': Daripada kajian watak kepada persembahan penuh emosi
Op Subuh berkisar insiden pertempuran antara pasukan keselamatan dan sekumpulan individu yang menggelar diri mereka Al-Maunah di Bukit Jenalik, Sauk.

Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara
Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara atas jasa, khidmat dan bakti mereka melindungi kedaulatan tanah air.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan 2023 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023 di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Hari Pahlawan: Sambutan meriah, persembahan pantomim menyentuh jiwa
Acara dimulakan dengan lagu Negaraku diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan oleh anggota ATM.

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Pahlawan kepada ATM, PDRM
Seri Paduka berdua turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada para perwira ATM dan PDRM.

Empat laluan di Ipoh ditutup sempena raptai dan sambutan Hari Pahlawan
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat dilakukan mengikut keperluan semasa sepanjang sesi raptai program pada 29 dan 30 Julai.

Semat semangat juang pahlawan, cinta pada negara - PM
PM ingatkan rakyat tentang perjuangan dan pengorbanan yang dicurahkan barisan pahlawan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

Hari Pahlawan: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada warga ATM, PDRM
Penghargaan turut dizahirkan kepada seluruh keluarga para pahlawan dan perwira yang telah terkorban semasa bertugas dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.