KUALA LUMPUR: Kesedaran orang ramai dan pihak berkepentingan terhadap hidupan laut terancam terutama ikan paus penting bagi menjamin kelangsungan hidup mamalia itu untuk generasi akan datang.
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam kenyataan semalam sempena Hari Paus Sedunia memaklumkan kepentingan perlindungan spesies itu dan meminta agar kolaboratif semua pihak dituntut bagi memastikan populasi mamalia tersebut tidak terancam.
"Bagi melindungi spesies haiwan yang semakin pupus itu, masih banyak inisiatif yang perlu diambil oleh semua pihak dengan DOF akan terus mendukung dan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dalamkonservasi paus serta pelbagai inisiatif perlindungan laut yang lain," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut antara usaha yang dilakukan oleh DOF ialah mengadakan kempen pendidikan dan bengkel serta aktiviti bagi meningkatkan kesedaran orang ramai bersama Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Rantau Abang.
"Bagi memelihara dan memulihara spesies haiwan itu, DOF menasihati orang ramai agar mengurangkan penggunaan plastik, tidak membuang sisa toksik ke dalam laut serta menyokong organisasi yang berusaha memerangi pencemaran laut dengan mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan pantai," katanya.
Menurut DOF, adalah penting untuk membiarkan ikan paus kekal liar dalam persekitaran semula jadi mereka tanpa mengganggu mahupun memberikan makanan jika terjumpa di pesisiran pantai agar mamalia itu tidak mengalami sebarang tekanan.
DOF turut berkongsi beberapa siri penampakan spesies paus yang dilihat buat kali terakhir berdasarkan corak migrasi dan laluan mamalia itu.
Antaranya Paus Bryde (Balaenoptera Edeni) di perairan Langkawi pada Jun 2022, Paus Omura (Balaenoptera Omurai) berhampiran pantai Sabah pada 2012 dan Paus Sei (Balanoptera Borealis) iaitu spesies ketiga terbesar di dunia di Pulau Carey dan Banting di Selangor, Pantai Nenasi di Pahang dan Sungai Sarang Buaya di Batu Pahat, Johor.
Ikan paus dilindungi di Malaysia di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985 yang menyatakan bahawa ia tidak dibenarkan dipancing, diganggu, diusik, ditangkap, dibunuh mahupun diambil dan pesalah berdepan denda tidak melebihi RM5,000.
Hari Paus Sedunia disambut pada 18 Februari setiap tahun bagi mempromosi kesedaran dan kepentingan melestarikan kehidupan haiwan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
![Hari Paus Sedunia: Kelangsungan hidup mamalia laut terancam perlu diberi perhatian Hari Paus Sedunia: Kelangsungan hidup mamalia laut terancam perlu diberi perhatian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/81552291444_PausHumpback.jpg)
Hari Paus Sedunia disambut pada 18 Februari setiap tahun bagi mempromosi kesedaran dan kepentingan melestarikan kehidupan haiwan itu. - Gambar fail REUTERS
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Kehadiran paus petunjuk ekosistem marin Malaysia sihat - Penyelidik Kehadiran paus petunjuk ekosistem marin Malaysia sihat - Penyelidik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726455619_ikanpausekosistem.jpg)
Kehadiran paus petunjuk ekosistem marin Malaysia sihat - Penyelidik
Paus itu berdepan beberapa risiko ancaman dari aspek persekitaran lautan Malaysia iaitu berkemungkinan 'tersangkut' di kawasan cetek.
![Hari Paus Sedunia: Kelangsungan hidup mamalia laut terancam perlu diberi perhatian Hari Paus Sedunia: Kelangsungan hidup mamalia laut terancam perlu diberi perhatian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/81552291444_PausHumpback.jpg)
Hari Paus Sedunia: Kelangsungan hidup mamalia laut terancam perlu diberi perhatian
Jabatan Perikanan Malaysia meminta kolaboratif semua pihak bagi memastikan populasi mamalia laut tersebut tidak terancam.
![AWANI-RareTV: Menjejak paus, mengail kod Atlantik di Laut Greenland AWANI-RareTV: Menjejak paus, mengail kod Atlantik di Laut Greenland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692973407_greenlandrareTV.jpg)
AWANI-RareTV: Menjejak paus, mengail kod Atlantik di Laut Greenland
Bot yang dinaiki kru RareTV menyusur 'fjord' sempit menuju arah Laut Greenland bagi mencari kelibat mamalia terbesar itu.
![Lebih 40 paus mati terdampar di pantai Madura, hanya tiga dapat diselamatkan Lebih 40 paus mati terdampar di pantai Madura, hanya tiga dapat diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613815269_pausmadura.jpg)
Lebih 40 paus mati terdampar di pantai Madura, hanya tiga dapat diselamatkan
Ada anak-anak paus yang kembali mencari ibu masing-masing, meskipun paus-paus induk itu sudah mati.
![Rangka fosil paus berusia 5,000 tahun ditemui di Bangkok Rangka fosil paus berusia 5,000 tahun ditemui di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607319888_Paus.jpg)
Rangka fosil paus berusia 5,000 tahun ditemui di Bangkok
Sejurus proses pembersihan dan pemuliharaan teliti dibuat, ia bakal dipamerkan kepada orang ramai.
![Puluhan lagi paus terdampar, kali ini di New Zealand Puluhan lagi paus terdampar, kali ini di New Zealand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602920979_SelamatkanPaus.jpg)
Puluhan lagi paus terdampar, kali ini di New Zealand
Renjer dan sukarelawan New Zealand berusaha menyelamatkan kira 25 ekor paus yang terdampar di sebuah pantai di utara negara itu.
![Puluhan paus mati terdampar di pantai Iceland Puluhan paus mati terdampar di pantai Iceland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61563668522_IkanPaus.jpg)
Puluhan paus mati terdampar di pantai Iceland
Puluhan ikan paus ditemui mati dalam keadaan terdampar di sepanjang pantai terpencil di Iceland.
![Selepas pengharaman memburu ditarik balik, inilah paus pertama yang ditangkap nelayan Jepun Selepas pengharaman memburu ditarik balik, inilah paus pertama yang ditangkap nelayan Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51562071099_ikanpaus.jpg)
Selepas pengharaman memburu ditarik balik, inilah paus pertama yang ditangkap nelayan Jepun
Langkah menarik balik larangan itu menerima kecaman daripada pelbagai pihak di peringkat antarabangsa, selain khuatir pada nasib spesies paus.
![Misteri kematian paus dan lumba-lumba di Kuala Sala terungkai Misteri kematian paus dan lumba-lumba di Kuala Sala terungkai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554462482_paus.jpg)
Misteri kematian paus dan lumba-lumba di Kuala Sala terungkai
Dua spesies mamalia yang ditemui mati di perairan Kuala Sala tiga hari lepas oleh nelayan pantai itu adalah berkaitan dengan masalah penafasan.
![40kg sampah dalam perut ikan paus ditemui 40kg sampah dalam perut ikan paus ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41553039757_Paus.jpg)
40kg sampah dalam perut ikan paus ditemui
Penemuan ini dianggapkan sebagai penemuan paling buruk dalam sejarah kajian biomarin yang meningkatkan lagi kemarahan kumpulan aktivis alam sekitar.