KUALA LIPIS: Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis meraikan beberapa bekas homeguard termasuk yang berusia yang 110 tahun sempena sambutan Hari Polis Ke-125 yang diadakan di Pondok Polis, Kerambit, Lipis, hari ini.
Program sambutan yang diadakan dengan kerjasama Amanah Raya Berhad itu bagi meraikan bekas homeguard dan bekas perajurit yang pernah berkhidmat untuk tanah air di era darurat.
Salah seorang bekas homeguard, Mat Ariffin Mat Deris berusia 110 dan dianggap tertua di Malaysia, turut diterima menjadi ‘anggota keluarga angkat’ IPD Lipis, selain Kamarudin Li, 85, yang tinggal di Kampung Tanjung Buluh Seberang, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, polis meraikan semua bekas homeguard yang telah mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan negara daripada ancaman komunis ketika itu.
“Selain itu, IPD Lipis menjadikan mereka sebagai anggota keluarga angkat selain menghargai jasa mereka untuk menjadi contoh dan teladan yang perlu dihayati oleh anggota polis muda berkaitan pengorbanan yang mereka lakukan.
“Kerjasama dengan Amanah Raya yang turut menyantuni bekas perwira negara ini amat dialukan sebagai satu jaringan sosial daripada pihak korporat terhadap masyarakat, khususnya anggota keselamatan negara,” katanya.
Pengurus Kanan Wilayah Timur, Amanah Raya Berhad, Tuan Noraizan Tuan Long berkata, program tanggungjawab sosial (CSR) Amanah Raya menyumbang pek keperluan kepada yang kurang berkemampuan termasuk bekas anggota homeguard dan perajurit yang telah dikenal pasti melalui IPD Lipis.
“Menjelang bulan Ramadan, Amanah Raya Zon Timur telah menyediakan 250 pek makanan dan keperluan harian untuk diagihkan kepada golongan asnaf dan mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan.
“Program seperti ini memang diadakan setiap tahun untuk membantu meringan bebanan golongan kurang berkemampuan di seluruh negara mengikut zon bersama Amanah Raya pusat,” katanya.
Sementara itu Setiausaha Politik Kanan, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar 1, Datuk Abu Jimi Samat memuji inisiatif yang diambil oleh pihak IPD Lipis yang mendapangi bekas homeguard yang telah memperjuangkan nyawanya demi menjaga keamanan negara.
“Ini usaha yang sangat baik untuk memperkenalkan bekas homeguard ini kepada generasi muda betapa bersemangat dan mempunyai jati diri yang tinggi mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara.
“Sambutan hari polis IPD Lipis kali ini amat bermakna bagi saya sebagai generasi baharu kerana IPD Lipis berjaya menyusuri ‘pahlawan’ negara yang ada di Lipis khususnya di Kampung Tanjung Buluh dalam Mukim Cheka bersama Amanah Raya Berhad Zon Timur,” katanya.
Mohd Zalani Md Atan
Mon Mar 28 2022

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor (berdiri kanan), Setiausaha Politik Kanan, Timbalan Menteri KPLB 1,Datuk Abu Jim (dua dari kanan) dan Pengurus Kanan Wilayah Timur, Tuan Noraizan Tuan Long (dua dari kiri). - Foto Astro AWANI
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

Sang Saka Biru, berevolusi mengikut zaman, cekal mendepani perubahan - KPN
PDRM telah melalui pelbagai evolusi bukan sahaja dari segi imej dan tugasan, malah berjaya mengharungi cabaran keselamatan kepada negara.

PM Anwar ucap Selamat Hari Polis ke-216
Beliau turut menzahirkan penghargaan buat semua warga PDRM atas jasa dan khidmat bakti yang diberikan kepada rakyat dan negara.

Polis Selangor nafi buat permohonan sumbangan kewangan taja Hari Polis Ke-216
Polis Kontinjen Selangor menafikan dakwaan yang tular di aplikasi Telegram berkenaan surat permohonan sumbangan kewangan bagi penajaan Program Hari Polis Ke-216 baru-baru ini.

Keberangkatan Agong, Permaisuri tingkatkan moral dan motivasi pasukan polis
Sambutan ke-216 itu menunjukkan sejarah panjang Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sudah berjasa besar dalam memastikan keselamatan negara keseluruhannya dijamin setiap masa.

Menteri Besar Perak, isteri rai sambutan Hari Polis ke 216 peringkat negeri
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin meraikan sambutan Hari Polis ke 216 peringkat negeri.

Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan.

Raja Permaisuri, PM Anwar sebak saksikan pantomim insiden Lahad Datu
Pantomim itu menjadi lebih menyedihkan apabila anak kepada Zulkifli dan Sabaruddin dibawa masuk ke dalam pementasan.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Istiadat Peringatan Polis Ke-216
Sebaik Seri Paduka Baginda berangkat tiba, sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diiringi Hormat Diraja.

Beri penghargaan tertinggi terhadap jasa dan pengorbanan PDRM - Fadillah
Fadillah mendoakan agar kesemua wira negara terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk berkhidmat demi rakyat dan negara tercinta.

Hari Polis: IPD Lipis damping homeguard tertua di Malaysia
Program diadakan bagi meraikan bekas homeguard dan bekas perajurit yang pernah berkhidmat untuk tanah air di era darurat.