Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata jika keadaan jerebu bertambah buruk, Hari Sukan yang sepatutnya diadakan pada penghujung bulan ini oleh sesetengah sekolah, perlu ditunda.
"Hari sukan boleh diadakan selepas bulan puasa atau hari raya. Jika ada pelajar yang menduduki peperiksaan penting seperti UPSR semasa tarikh Hari Sukan yang ditunda, mereka boleh dikecualikan daripada aktiviti sukan berkenaan.
"Tidak semestinya Hari Sukan mesti diadakan dalam tempoh satu hari. Ianya boleh dijalankan secara berperingkat-peringkat.
"Sebagai contoh, jika ada 10 aktiviti sukan, 3 aktiviti boleh dijalankan dalam satu hari," tambah beliau.
"Jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 300 di sesetengah kawasan, sekolah di kawasan berkenaan akan ditutup. Jika bacaan melebihi daripada 200, sekolah masih dibuka namun tiada aktiviti luar dibenarkan," jelas beliau kepada Astro AWANI.
Abdul Ghafar berkata kenyataan ini dikeluarkan berikutan kebanyakan sekolah dijadualkan akan mengadakan hari sukan pada minggu ini atau minggu depan sebelum umat Islam di negara ini menyambut bulan Ramadan.
Kementerian Pendidikan lebih mengutamakan kesihatan berbanding sukan kerana negara sedang berdepan detik sukar berikutan keadaan jerebu yang makin membimbangkan.
Beliau memberitahu apabila keadaan jerebu berada pada tahap sangat tidak sihat, sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan aktiviti luar.
Abdul Ghafar berkata bilik operasinya akan memantau keadaan jerebu dan akan memaklumkan sekolah untuk tindakan lanjut.
IPU mengklasifikasikan bacaan 0 ke 50 sebagai baik, 51 ke 100 sebagai sederhana, 101 ke 200 sebagai tidak sihat, 201 ke 300 sebagai sangat tidak sihat dan bacaan 301 dan ke atas sebagai merbahaya.
Keadaan jerebu di Johor mencatatkan bacaan IPU paras bahaya dan Jabatan Pendidikan Johor telah mengeluarkan notis kepada 195 sekolah di Kota Tinggi dan Pontian supaya ditutup.
Ikuti perkembangan jerebu menerusi Storify Astro AWANI.
T K Letchumy Tamboo
Fri Jun 21 2013

Gambar Arkib
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Hari Sukan boleh ditunda ekoran jerebu - Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan lebih mengutamakan kesihatan berbanding sukan kerana negara sedang berdepan detik sukar berikutan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan.
Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran perjelas jumlah matapelajaran SPM
Kementerian Pelajaran hari ini menjelaskan pelaksanaan dasar mengehadkan jumlah maksimum 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah ditetapkan sejak 2010.