TAIPING: Hari Tanpa Kenderaan (HTK) dianjur buat julung kali pada Sabtu, di bandar yang terkenal dengan pokok hujan-hujan berusia lebih 100 tahun itu.
Program Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ini dianjur dengan hasrat mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida yang mencemarkan alam sekitar.
Menurut Yang Dipertua (YDP) MPT, Khairul Amir Mohamad Zubir, mengikut perancangan awal, HTK akan dianjur dua kali dalam setahun.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menolak kemungkinan ia dianjurkan lebih kerap susulan penerimaan dan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
"HTK bermakna tiada penggunaan kenderaan di atas jalan raya, namun tentulah sukar dilaksanakan secara menyeluruh di Taiping kerana bandar ini mempunyai banyak jalan silang.
"Sekurang-kurangnya akan berlaku pengurangan yang ketara dengan cara menutup jalan bagi satu tempoh tertentu bagi mengurangkan pengeluaran karbon," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Hari Tanpa Kenderaan Majlis Perbandaran Taiping 2022 di Dataran Warisan, di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Khairul Amir turut mengambil contoh situasi yang berlaku pada tahun 2020 dan 2021, ketika negara berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran COVID-19.
Jelasnya, dengan pengurangan kenderaan ketika itu, udara lebih segar dan pelbagai spesis burung dari benua Eropah serta Asia singgah ke Taman Tasik Taiping.
"Antara yang menjadi sebutan sehingga kini adalah persinggahan burung hud-hud yang jarang ditemukan dalam negara ini, menjadikan Taman Tasik Taiping sebagai destinasi pembiakannya.
"Bukan sekali, tetapi dua kali burung ini membiak di sini tahun lepas.
"Kini, dalam proses endemik, berlaku peningkatan mendadak pelepasan karbon di Taiping terutama waktu puncak dan hujung minggu.
"Kesannya bandar Taiping, kawasan yang paling banyak menerima hujan antara 100 hingga 200 inci hujan setiap tahun, berlaku gelombang haba sehingga hampir dua minggu tidak hujan," katanya.
Beliau turut berharap supaya orang ramai akan turut serta bagi merealisasikan bandar ini menjadi 'Liveable City'.
Terdahulu, program itu dianjurkan bersempena Ulang Tahun Sambutan Hari Perbandaran ke-43 dan Hari Malaysia pada Jumaat.
Antara pengisian sepanjang HTK ialah Kayuhan 71 kilometer (km), Zumba Fitness Fit Challenge dan Fun Run 5km.
Selain itu, program turut dimeriahkan dengan pameran agensi kerajaan dan swasta serta jualan daripada para peniaga Bazar Cross Street.
Program itu juga membabitkan sokongan dan kerjasama daripada pelbagai agensi antaranya, Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang; Jabatan Alam Sekitar Cawangan Taiping, Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dan Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama.
Aida Aziz
Sun Sep 18 2022

Antara pengisian sepanjang HTK ialah Kayuhan 71km, Zumba Fitness Fit Challenge, dan Fun Run 5km. -Astro AWANI

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Hari Tanpa Kenderaan julung kali dianjur di Taiping
Program dianjur dengan hasrat mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemarkan alam sekitar.

"Macam tidak percaya, KL tanpa kenderaan"
Bermula 7 pagi, para peserta mula mengayuh basikal dan bebas menggunakan apa sahaja peralatan yang tidak bermotor.