KUALA LUMPUR: Dua tahun menggalas tugas sebagai Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), semalam merupakan hari terakhir Datuk Seri Syed Ali Alhabshee memegang jawatan tersebut.
Di akhir perkhidmatan beliau, Pengerusi MAIWP Datuk Mohd Daud Bakar menyifatkan Syed Ali sebagai seorang pemimpin yang amanah dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas diberikan.
Bahkan, beliau berpendapat, Syed Ali berjaya mencorakkan PPZ-MAIWP dengan cemerlang sepanjang dua tahun lepas.
"Tiada kata boleh diucapkan kepada beliau. Syed Ali seorang sahabat saya, pemimpin yang hebat, beliau rakan dan guru kepada saya.
"Bagi saya, beliau adalah seorang pahlawan," katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Datuk Seri Syed Ali Alhabshee di Dewan Utama PPZ-MAIWP, di sini, semalam.
Turut hadir di majlis tersebut, bekas Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Nizam Yahya.
Sementara itu, Syed Ali dalam ucapannya pula berkata, beliau telah melakukan yang terbaik untuk PPZ-MAIWP demi tanggungjawab yang diamanahkan.
"Sebagaimana saya berkhidmat secara percuma di PPZ-MAIWP selama dua tahun, selepas ini saya juga bersedia membantu.
"Bantuan yang akan saya sampaikan selepas ini juga secara percuma dalam memastikan sasaran kutipan zakat mencecah RM1 bilion dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang, mampu dicapai," ujarnya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh tenaga kerja PPZ dan pengurusan MAIWP yang banyak membantunya sepanjang perkhidmatan.
Ridauddin Daud
Wed Jun 01 2022

Mohd Daud (dua, kiri) menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Syed Ali dalam majlis di Dewan Utama PPZ-MAIWP, Kuala Lumpur, semalam. - Gambar ihsan MAIWP

Konvensyen Francais ASEAN Mei ini rancakkan ekosistem francais serantau - Ewon
Konvensyen Francais ASEAN (AFC) yang julung kali diadakan pada Mei ini di ibu negara antara lain sebagai usaha memperkukuh ekosistem francais di rantau Asia Tenggara.
AWANI Tonight: Govt considers congestion charges in major cities to ease traffic
The government is considering congestion charges in Kuala Lumpur, Georgetown and Johor Bahru to ease traffic in these cities, pending studies and Cabinet approval
AWANI Tonight: Malaysia Education Blueprint: Progress, challenges & the road ahead
As the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 nears its conclusion this year, Dr. Logendra Stanley Ponniah from Taylor’s University evaluates its achievements, remaining gaps and the way forward.

Warga emas didenda RM6,000 miliki senapang patah buatan sendiri, 108 peluru
Seorang lelaki warga emas didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki senapang patah buatan sendiri dan 108 butir peluru tanpa lesen.

Jabatan Perikanan Perak tekad perangi populasi ikan asing
Jabatan Perikanan Perak terus komited memerangi populasi spesies ikan asing yang merupakan ancaman besar kepada ekosistem sungai di negeri ini, kata Pengarahnya Mohd Ghazali Abd Manap.

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama keselamatan maritim
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Badan Keamanan Laut Indonesia (Bakamla) menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama maritim bagi menjamin keselamatan perairan kedua-dua negara.

40 rakyat China yang ditipu untuk masuk secara tidak sah ke Thailand dihantar pulang
Operasi itu adalah contoh kerjasama berterusan kedua-dua negara untuk menangani aktiviti jenayah rentas sempadan.

Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, JAIPk
Satu kertas siasatan dibuka membabitkan komen jelik berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk.

JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh
Pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.

Kelemahan sistem pengairan, saliran penyebab utama pengurangan hasil padi - Mohamad Sabu
Projek Pembangunan Infrastruktur diumumkan bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun.

Hari terakhir di PPZ-MAIWP, Syed Ali digelar pahlawan
Mohd Daud menyifatkan Syed Ali sebagai seorang pemimpin yang amanah dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas diberikan.

Bayaran zakat menerusi Shopee bukan pelantikan amil - PPZ-MAIWP
Kaedah itu merupakan salah satu instrumen (wasilah) atau pemudah cara kepada umat Islam untuk membayar zakat.

Perlu berzakat untuk bantu golongan terjejas COVID-19 - PPZ MAIWP
Individu yang telah cukup syarat berzakat perlu segera melaksanakan bayaran bagi membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19.

PRU14: Jangan buka aib, maki hamun dan tabur fitnah - Syed Ali
Perbuatan mencari kesalahan dan kelemahan orang lain tidak sepatutnya berlaku dan dijadikan modal kempen politik untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Johari lemah kerana gagal selesaikan isu Kampung Baru - AMK
Kegagalan Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam menyatupadukan isu tanah di Kampung Baru menjadi bukti kelemahan Ahli Parlimen Titiwangsa itu dalam mengurus masalah di kawasan sendiri.

Agenda UMNO pertahan Islam tanpa pinggirkan kaum lain - Syed Ali
Agenda UMNO amat jelas untuk mempertahankan Melayu, Islam dan negara selain tidak sesekali meminggirkan kaum lain bagi membentuk sebuah kerajaan yang stabil.

Bajet 2018 usaha terbaik PM Najib imbangi kepentingan kaum - Syed Ali
Pembentangan Bajet 2018 menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan mengimbangi kepentingan kaum di negara ini.

Tawan Putrajaya: Kit Siang seperti 'rubber stamp' - Syed Ali
Keyakinan Lim Kit Siang bahawa pakatan pembangkang akan menguasai Putrajaya termasuk Johor dan dan Perak pada PRU ke-14 hanya seperti 'rubber stamp' setiap kali menjelangnya musim pilihan raya umum.

Pembangkang kitar semula fitnah terhadap PM Najib - Syed Ali
Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pembangkang menjadikan Datuk Seri Najib Razak sebagai sasaran utama dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan.

Pakatan Harapan 'perang besar' susulan cadangan mahu Wan Azizah jadi calon PM
Pakatan Harapan akan berpecah selepas PKR menamakan presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Perdana Menteri.