KUALA LUMPUR : Selaras dengan sambutan Hari Wanita 2022, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan enam inisiatif bagi memastikan wanita Malaysia terus diperkasa.
Inisiatif itu termasuk penubuhan Majlis Wanita Negara dan pewujudan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual.
Kata Perdana Menteri, bagi membantu wanita yang perlu menghadapi proses perceraian yang panjang, Institusi Hakam di bawah Mahkamah Syariah dimantapkan lagi.
"Selain itu, kerajaan melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut memperkenalkan Akta Pembiayaan Kewangan di mana pihak bank boleh membekukan akaun bank suami atas arahan mahkamah.
"Melalui inisiatif itu, pihak bank juga dibenarkan membuat bayaran daripada akaun suami yang telah dibekukan tersebut kepada isteri sekiranya isteri ada membuat tuntutan yang melibatkan wang ringgit di mahkamah," katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Wanita 2020 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, katanya ketua jabatan dan pengurusan tertinggi semua organisasi digalakkan untuk membenarkan wanita yang kematian suami bekerja dari rumah (BDR) dalam tempoh bersesuaian bagi membolehkan urusan keluarga serta peninggalan suami diselesaikan.
Perdana Menteri juga mengumumkan, sambutan Hari Wanita wajib dilaksanakan pada 8 Mac setiap tahun di peringkat Persekutuan dan negeri bagi menghargai dan mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita.
"Saya percaya bahawa agenda memperkasa wanita merupakan tanggungjawab bersama semua pihak dan bukan hanya dipikul oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sahaja.
"Dalam hal ini, saya ingin memuji peranan serta inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi dalam membantu membangun, memperkasa, mengiktiraf kebolehan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negara," katanya.
Ujarnya lagi, skor Malaysia dalam Indeks Jurang Gender Global 2021 menunjukkan, Malaysia berjaya merapatkan jurang dalam subindeks pendidikan dan kesihatan.
Namun begitu, Malaysia tidak seharusnya cepat berpuas hati dengan pencapaian tersebut kerana keterlibatan wanita dalam bidang ekonomi dan politik masih lagi rendah.
"Dalam bidang ekonomi dan pekerjaan misalnya, kadar penyertaan wanita dalam pekerjaan masih rendah iaitu 55.6 peratus berbanding lelaki iaitu 80.8 peratus. Di Australia dan Singapura misalnya, lebih ramai wanita terlibat dalam pasaran buruh, iaitu masing-masing 73.8 peratus dan 69.7 peratus.
"Selain itu, daripada setiap RM100 gaji dan upah yang diterima lelaki, wanita hanya menerima RM94.07. Jurang ini semakin meningkat terutama dalam kalangan wanita B40, kesan daripada pandemik COVID-19," tambahnya lagi.
Kadar pengangguran dalam kalangan wanita di Malaysia juga katanya turut meningkat iaitu sebanyak 307,000 orang pada suku pertama tahun 2021, berbanding 215,700 orang pada tempoh yang sama tahun 2020.
"Situasi ini begitu membimbangkan serta memberi tekanan amat besar kepada kehidupan wanita terutama mereka yang mengetuai isi rumah, apabila terpaksa mengimbangi dwiperanan mengurus rumah tangga dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk seisi keluarga.
"Seterusnya, jurang gender yang ketara dalam bidang kepimpinan, politik dan pembuatan keputusan, merupakan satu kerugian kepada negara yang perlu kita tangani secara bersepadu dan menyeluruh. Ini kerana ramai wanita di Malaysia yang berkaliber dan berpotensi untuk memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi," katanya.
Justeru, beliau percaya penglibatan wanita dalam organisasi-organisasi pentadbiran di pelbagai peringkat, boleh membawa perubahan yang besar kepada dasar-dasar dan undang-undang serta menyumbang kepada pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
"Menyedari hakikat itu, kerajaan akan terus cakna perihal kesejahteraan kaum wanita kerana saya yakin jika diberi peluang dan ruang, wanita mampu menjadi daya penggerak utama produktiviti dan ekonomi negara setanding dengan lelaki," kata Ismail Sabri.
Astro Awani
Tue Mar 08 2022

Selaras dengan sambutan Hari Wanita 2022, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan enam inisiatif bagi memastikan wanita Malaysia terus diperkasa. -Gambar/ Bernama
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Hari Wanita 2022: Perdana Menteri umum enam inisiatif perkasa wanita
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa mengumumkan enam inisiatif bagi memastikan wanita Malaysia terus diperkasa.