SAMBUTAN Hari Wilayah Persekutuan setiap tahun adalah manifestasi peringatan peristiwa penubuhan Wilayah Persekutuan di Malaysia.
Setelah hampir lima dekad penubuhan Wilayah Persekutuan yang bermula dengan Kuala Lumpur pada tahun 1974, pelbagai pencapaian pembangunan telah dikecapi terutama dari aspek ekonomi dan sosial.
Perangkaan semasa menunjukkan Kuala Lumpur dan Putrajaya menyumbang 16.2% kepada KDNK Malaysia tahun 2019, manakala 0.5% bagi Labuan. Perangkaan pendapatan per kapita pula menunjukkan Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan RM129,472 pada tahun 2019, berbanding Labuan yang merekodkan RM77,798.
Namun begitu, perangkaan juga menunjukkan tiga jurang pembangunan ekonomi dan sosial yang masih wujud di antara ketiga-tiga wilayah ini.
Pertama, penggunaan tenaga kerja di Labuan dilihat kurang cekap disebabkan kadar pengangguran yang direkodkan sekitar 6.2%, berbanding Kuala Lumpur dan Putrajaya, masing-masing menunjukkan kadar penggangguran kurang daripada 3.0%.
Kedua, walaupun kadar pengagihan pendapatan antara ketiga-tiga wilayah lebih baik berbanding purata Malaysia, tetapi kadar kemiskinan mutlak di Labuan masih menunjukkan peratusan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 3.1% berbanding Kuala Lumpur (0.2%) dan Putrajaya (0.4%).
Ketiga, jurang digital masih wujud di dalam Wilayah Persekutuan. Berdasarkan data penggunaan ICT, kadar penembusan ICT adalah tinggi di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, selain penggunaan internet oleh individu yang melebihi 93%. Akan tetapi, dalam suasana pandemik COVID-19 ketika ini, rakyat di Wilayah Persekutuan dilihat masih menghadapi cabaran digital untuk pelaksanaan pembelajaran secara maya di rumah.
Contohnya di Labuan, data menunjukkan terdapat 78.6% penduduk yang mempunyai kemudahan komputer di rumah, berbanding lebih 86% di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kekurangan sokongan peralatan digital boleh merencatkan usaha untuk meneruskan pembelajaran secara maya ini.
Ketiga-tiga dimensi jurang yang dinyatakan di atas merupakan sebahagian daripada ruang lompong yang masih wujud di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan. Jika tidak diatasi segera, jurang antara wilayah akan terus membesar dan usaha pemulihan akan memakan kos dan masa yang lebih lama.
Keupayaan ekonomi boleh terus diperkasakan di setiap Wilayah Persekutuan mengikut kapasiti sumber dan kelebihan yang sedia ada.
Contohnya, Labuan boleh dimajukan sebagai pusat ekonomi maritim dan eko-pelancongan di rantau Asia. Malah, lokasi yang strategik berhampiran Sabah dan Sarawak boleh memberi kesan limpahan kepada seluruh kepulauan Borneo itu.
* Prof Mohd Yusof Saari merupakan Ketua Ekonomi, Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan EIS-UPMCS, PERKESO.
** Dr Muhammad Daaniyall Abd Rahman merupakan Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM. Beliau juga adalah Ahli Ekonomi Kanan di Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan EIS-UPMCS (EU-ERA), PERKESO.
*** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, Dr Muhammad Daaniyall Abd Rahman
Mon Feb 01 2021

Bendera Wilayah Persekutuan menghiasi di sepanjang jalan Kampung Ganggarak-Merinding di Labuan, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 bertemakan 'Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin' hari ini. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

Ringgit ditutup pada 4.12, paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan
Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan mengukuh, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pelancongan global hampiri pemulihan sepenuhnya dengan mencapai 96 peratus tahap sebelum pandemik
Walaupun menghadapi cabaran ekonomi dan geopolitik yang berterusan, sektor pelancongan dijangka pulih sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.

Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan cadang kerajaan tingkat penyelidikan antimikrob
Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dewan Rakyat mencadangkan kerajaan meningkatkan penyelidikan untuk antimikrob termasuk antibiotik dan antiviral generasi seterusnya bagi menghadapi cabaran AMR.

Festival Menyelam Labuan 2.0 bermula hari ini
Festival Menyelam Labuan 2.0 yang menghimpunkan penyelam dari dalam dan luar negara bermula hari ini dan akan berlangsung hingga Ahad depan.

Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi
INB akan meneruskan mandatnya untuk menyampaikan perjanjian itu menjelang Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada 2025, atau lebih awal.

97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton
Sebanyak 97 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai wanita dalam pasukan pengurusan kanannya pada masa ini berbanding 92 peratus pada 2023, sekali gus menunjukkan pertumbuhan yang positif.

Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO
Persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.

Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000
Hadiah lumayan hampir RM30,000 bakal menjadi rebutan untuk pemenang Kejohanan Enrich Sports Game yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ini di Bunga Kemboja Fitness Seri Kembangan, Selangor.