KUALA LUMPUR:Pembangunan di Kuala Lumpur perlu lebih lestari dan mampan seiring usaha menjadikannya sebagai sebuah bandar raya yang dinamik.
Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP), TPr Ihsan Zainal Mokhtar, berkata proses pembangunan semula ibu negara perlu dilakukan dengan berhati-hati.
Tegasnya, masih terdapat kawasan terbiar yang boleh dibangunkan semula, berbanding meneroka kawasan hijau yang semakin suram di ibu negara ini.
"Kuala Lumpur tidak mempunyai banyak kawasan untuk dibangunkan tetapi kita sudah sampai di satu peringkat di mana bandar ini boleh menghadapi pembangunan semula.
"Banyak kawasan terbiar dibandingkan dengan keperluan perumahan, kita boleh bangunkan semula.
"Hutan jangan diusik, sebaliknya ditambah, kawasan lapang dan hijau perlu ditambah," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Ihsan pada masa sama menyambut baik inisiatif yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menghijaukan semula Kuala Lumpur termasuk usaha mewujudkan taman-taman awam baharu dan selain menjaga taman awam sedia ada.
"Inisiatif ini termasuk dengan mengwujudkan taman awam, termasuk yang dijaga, selain rancangan untuk mengadakan taman-taman awam yang baru.
"Seperti di Taman Tugu, ramai orang mungkin tidak tahu akan kewujudannya. Ia menghidupkan semula hutan yang dahulunya kawasan semak dan ditanam hampir 4,000 pokok dalam tempoh dua tahun ini," katanya.
Justeru, Ihsan melihat, pelaksanaan pembangunan hijau dan lestari di Kuala Lumpur boleh ditambah baik pada masa akan datang.
Beliau juga berharap agar lebih banyak sesi libat urus antara DBKL, Kementerian Wilayah Persekutuan dan warganya dapat diadakan.
"Ia seiring usaha memastikan projek pembangunan yang dilaksana memenuhi aspirasi dan kehendak setempat," kata beliau lagi.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Feb 01 2021

Masih terdapat kawasan terbiar yang boleh dibangunkan semula, berbanding meneroka kawasan hijau yang semakin suram di ibu negara ini. - Foto BERNAMA
PDRM terima 482 laporan, libatkan 628 rakyat Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 482 laporan setakat 17 Jan lepas membabitkan sebanyak 628 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa berkaitan sindiket penipuan tawaran pekerjaan atau job scam.
[TERKINI] Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Februari 2025.

Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid
Usahawan wanita di Malaysia diseru untuk lebih berani mengambil risiko, yakin dengan potensi diri dan terus maju tanpa takut akan kegagalan.
Tumpuan Khamis – 20 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak mengancam hak kaum, B40 - Nga
Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) tidak akan meminggirkan, mengancam atau merampas hak golongan tertentu berdasarkan kaum atau pendapatan khususnya golongan B40.

Utusan Khas Trump, Kellogg, tiba di Kyiv di tengah-tengah usaha tamatkan perang
Kedatangan Kellogg mengejutkan kerana sebelum ini beliau dijadual tiba pada Khamis.

MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan sekiranya lewat lebih 5 jam
Syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa perlu menyediakan bayaran balik kepada penumpang dalam kaedah pembayaran asal.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hari Wilayah: Jangan pinggir kawasan hijau di sebalik hutan konkrit
Masih terdapat kawasan terbiar yang boleh dibangunkan semula, berbanding meneroka kawasan hijau yang semakin suram di ibu negara ini.