LIPIS: Sepasang suami isteri berhadapan detik cemas apabila seekor harimau akar menceroboh masuk ke kediaman mereka di Kampung Sentang, Padang Tengku, di sini, petang semalam
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 itu, harimau berkenaan turut bertindak melompat ke atas katil dan mencakar kening salah seorang daripada mereka.
Ia mengakibatkan Faridah Ishak, 58 tahun, yang merupakan penghidap penyakit strok, mengalami luka kecil di bahagian kening.
Ketua Polis Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata, menerusi maklumat daripada anak saudara pasangan itu, kejadian dipercayai berlaku ketika harimau tersebut sedang mengejar seekor kucing, sehingga masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan yang terbuka.
Kucing itu kemudiannya ditemui mati.
"Melihat seekor harimau akar, suami mangsa yang berusia 55 tahun cuba menghalaunya, tetapi haiwan liar ini telah melompat ke atas katil dan mencakar kening si isteri yang terlantar di atas katil akibat strok.
"Bagaimanapun, mangsa cuma mengalami luka kecil," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Berikutan kejadian tersebut, anak saudara itu membuat laporan di Pondok Polis Pagar Sasak.
"Anggota dari Pondok Polis Pagar Sasak bergegas ke lokasi dan mendapati penduduk telah mengepung harimau berkenaan yang berada di bawah rumah pasangan warga emas ini.
"Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dihubungi setelah anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Kuala Lipis yang berada di tempat kejadian tidak mampu berbuat apa-apa," katanya.
Jelasnya, renjer Perhilitan yang tiba pada pukul 8 malam berjaya mengawal keadaan dan menangkap haiwan liar tersebut pada pukul 12.45 pagi ini, menggunakan ubat pelali.
"Mangsa yang luka di kening telah dirawat oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Padang Tengku dan keadaannya selamat.
"Saya juga menasihatkan penduduk supaya tidak mengambil tindakan sendiri dengan mencuba menangkap haiwan liar yang menceroboh kawasan tempat tinggal, termasuk membunuh hidupan liar terutamanya yang dilindungi oleh kerajaan," ujarnya.
Norfarhiza Mohd Atar
Fri Nov 25 2022

Harimau akar yang berjaya ditangkap oleh Perhilitan dengan menggunakan ubat pelali, di Kampung Sentang, Pagar Sasak, Lipis. - Foto ihsan IPD Lipis
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Buaya di UniSZA kena tangkap
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi semalam.

Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.

Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.

Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.

Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.

Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang
Perhilitan Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang.

Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.

APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.

Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.