KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor harimau belang berusia lingkungan dua tahun di Kampung Hak, Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan.
Perhilitan Kelantan dalam satu kenyataan berkata, harimau belang jantan yang dikenali sebagai Apek Bihai berjaya ditangkap pada Jumaat setelah membaham beberapa ekor anjing peliharaan di kawasan kampung tersebut dan kampung sekitarnya.
Kata kenyataan itu, pihak Perhilitan Kelantan telah menerima aduan daripada penduduk kampung pada 24 Julai apabila harimau belang tersebut berkeliaran dan memakan haiwan peliharaan.
Menurutnya, susulan daripada aduan tersebut, pada 6 Ogos lalu pihak Perhilitan Kelantan telah menjalankan siasatan awal, pemantauan serta memasang satu unit perangkap harimau belang dikenali sebagai Perangkap Wahab di lokasi aduan.
"Pada Khamis, Unit Konservasi Harimau Malaya (UKHM), Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia bersama kakitangan Perhilitan Kelantan telah menjalankan Operasi Tangkapan Harimau Belang.
"Operasi ini melibatkan 10 anggota dan pemasangan satu unit perangkap tambahan di kawasan aduan dengan mengumpan seekor kambing hidup.
"Pada Jumaat, seekor harimau belang jantan (Apek Bihai) yang dianggarkan berumur lebih kurang dua tahun telah berjaya ditangkap dalam keadaan sihat di Kampung Hak, Pos Bihai," katanya pada Sabtu.
Menurutnya, Apek Bihai akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak.
Jelasnya, mengikut rekod jabatan Perhilitan, kes pertama melibatkan serangan harimau belang di Pos Bihai adalah pada 5 Julai 2021 iaitu melibatkan seekor harimau belang betina yang dikenali sebagai Syamilla Bihai.
"Serangan daripada harimau belang betina tersebut telah menyebabkan kecederaan parah seorang lelaki orang asli.
"Syamilla Bihai berjaya ditangkap dan telah ditempatkan di NWRC Sungkai," kata kenyataan itu.
Tambahnya, kes kedua adalah pada 7 Januari 2022 melibatkan kematian seorang lelaki orang asli akibat diserang harimau belang.
Menurutnya, harimau belang tersebut terpaksa ditembak mati kerana telah cuba menyerang anggota Perhilitan semasa operasi dijalankan.
"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada sekiranya terserempak dengan hidupan liar dan tidak melakukan provokasi.
"Sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar perlu disalurkan kepada Jabatan Perhilitan melalui talian hotline Perhilitan 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 30 2023

Harimau belang jantan yang dikenali sebagai Apek Bihai berjaya ditangkap pada Jumaat setelah membaham beberapa ekor anjing peliharaan di kawasan kampung tersebut dan kampung sekitarnya. - Gambar/ Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Harimau belang baham dua lelaki masuk perangkap
Beliau tidak menolak harimau ditangkap itu haiwan sama yang menyerang kedua-dua mangsa kerana jarak lokasi dua kejadian hanya kira-kira 4km.

Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak
Inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam turut melibatkan gajah dan seladang.