IPOH: Harimau belang yang dilaporkan berkeliaran di sekitar kawasan Kampung Orang Asli Tonggang sehingga Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di sini sejak minggu lepas, berjaya ditangkap awal pagi ini.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata harimau berusia dalam lingkungan empat tahun dan berat sekitar 90 kilogram (kg) itu ditangkap selepas ditembak peluru pelali.
"Perhilitan cuba menghalau harimau berkenaan namun gagal. Sehubungan itu, keputusan diambil untuk menembak pelali, dan harimau tersebut berjaya ditangkap sekitar 4.30 pagi, kira-kira 500 meter dari jarak perangkap dipasang.
"Kita percaya harimau ini adalah haiwan sama dalam video yang tular beberapa hari lepas," katanya ketika dihubungi hari ini.
Yusoff berkata harimau berkenaan akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.
Pada 14 Dis lepas, tular video yang dirakam sekumpulan Orang Asli memaparkan kelibat harimau belang berkeliaran di kawasan Kem PGA Ulu Kinta menghala ke laluan perkampungan Orang Asli Tonggang.
Sehari selepas itu, dilaporkan kelibat haiwan itu dilihat beberapa penduduk Rancangan Perumahan Awam 2 (RPA 2) berhampiran Kem PGA, berlegar-legar di kawasan penempatan mereka.
Selain itu, Yusoff berkata Perhilitan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang diberikan penduduk sekitar dalam memastikan kejayaan operasi berkenaan.
"Walaupun saya akui mereka cemas, namun kesemuanya memberikan kerjasama baik terutama dalam mengikut arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak Perhilitan," katanya.
Sementara itu, penduduk RPA2 Rozaime Che Embi, 37, melahirkan rasa syukur kerana tangkapan yang dilakukan dapat menghilangkan ketakutan masyarakat setempat.
"Ini kali pertama dalam hidup harimau masuk ke kampung kami. Ia kenangan yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Terima kasih juga kepada Perhilitan kerana komited untuk memastikan operasi tangakapan itu berjaya," katanya sambil berharap Perhilitan akan terus memantau kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023

Harimau berkenaan akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.- Gambar hiasan/EPA

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Harimau belang baham dua lelaki masuk perangkap
Beliau tidak menolak harimau ditangkap itu haiwan sama yang menyerang kedua-dua mangsa kerana jarak lokasi dua kejadian hanya kira-kira 4km.

Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak
Inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam turut melibatkan gajah dan seladang.