PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya diminta menggunakan kesempatan mencipta kejutan masing-masing apabila menentang Syria dan China dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 yang akan berlangsung di Chengdu, China, pada 6 dan 9 Sept ini.
Ketua jurulatihnya, Kim Pan Gon berkata aksi away (tempat lawan) berdepan dua pasukan di ranking 100 terbaik dunia itu perlu disudahi dengan kemenangan bagi menilai keampuhan skuad kendaliannya menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 yang bermula November ini.
"Beraksi di laman sendiri, kami hanya tewas sekali kepada Bahrain tetapi apabila bermain di tempat lawan, kami tewas kepada Vietnam dan Thailand. Perlawanan di tempat lawan berbeza dari segi keadaan, penyokong dan segala-galanya.
"Kami akan menghadapi Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia di tempat sendiri dan tempat lawan dan juga perlawanan di tempat lawan adalah sangat penting termasuk semua perlawanan Piala Asia tahun depan di tempat lawan. Ia bagus untuk kami dan akan menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pengalaman bermain dengan pasukan lain di tempat lawan, katanya.
Pan Gon berkata demikian semasa ditemui pada hari pertama sesi latihan rasmi Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, di sini hari ini.
Sebelum ini, skuad negara mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) namun kesemua aksi tersebut diadakan dalam negara.
Pada perlawanan itu, Malaysia mengatasi Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong 2-0 masing-masing di Johor pada Mac, sebelum menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 dan Papua New Guinea 10-0 masing-masing di Terengganu pada Jun lepas.
Terdahulu, pada sesi latihan pertama tersebut menyaksikan FAM telah memanggil penjaga gol Kuala Lumpur City FC, Azri Ab Ghani yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia untuk melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan.
Keputusan memanggil Azri bagi adalah bagi menggantikan tempat penjaga gol Sabah FC, Damien Lim yang tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini selepas disahkan mengalami kecederaan.
Sementara seorang lagi pemain iaitu pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Nathaniel Shio Hong Wan juga tidak dapat menyertai kem latihan pusat selepas turut disahkan mengalami kecederaan namun tiada sebarang penggantian pemain bagi mengisi tempat pemain itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
![Harimau Malaya perlu cipta kejutan dalam perlawanan 'away' - Pan Gon Harimau Malaya perlu cipta kejutan dalam perlawanan 'away' - Pan Gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687321717_AFFMitsubishiElect.jpg)
Kim Pan Gon berkata aksi away (tempat lawan) berdepan dua pasukan di ranking 100 terbaik dunia itu perlu disudahi dengan kemenangan. - Gambar fail/Bernama
Dua warga Indonesia mengaku tidak bersalah miliki dan jual senjata
Dua lelaki Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth diatas pertuduhan berdagang senjata api.
22 individu mengaku tidak bersalah tuduhan jenayah terancang
22 individu dikaitkan dengan GISB, termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.
![Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739158919_DonaldTrump.jpg)
Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mempercepat pengurangan besar-besaran tenaga kerja persekutuan.
![Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/41511783671_Travelluggage.jpg)
Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb
Airbnb memberi amaran bahawa golongan muda lebih berisiko terdedah kepada penipuan di media sosial.
![Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739348507_tbGDragonKPop.jpg)
Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun
Bintang K-Pop G-Dragon bakal memulakan jelajah dunia yang pertama dalam tempoh lapan tahun dengan dua konsert di Goyang, barat laut Seoul bulan depan, lapor agensi berita Yonhap pada Rabu.
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
![Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738097907_NidzamJamil.jpg)
Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.
![Pemangku Sultan Johor terima menghadap PM Pemangku Sultan Johor terima menghadap PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729691701_TBTMJ.jpg)
Pemangku Sultan Johor terima menghadap PM
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di sebuah hotel di ibu kota.
![Para SUKMA: Adik mahu mak hidup senang - Firdaus Fariduddin Para SUKMA: Adik mahu mak hidup senang - Firdaus Fariduddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727181352_TBPARASUKMARENANG.jpg)
Para SUKMA: "Adik mahu mak hidup senang" - Firdaus Fariduddin
Tiada yang lebih diinginkan oleh Firdaus Fariduddin yang meraih perak dalam acara renang Para SUKMA 2024, selain memberikan keselesaan hidup kepada ibunya, Jumabee Latiff yang telah banyak berkorban.
![Harimau Malaya perlu cipta kejutan dalam perlawanan 'away' - Pan Gon Harimau Malaya perlu cipta kejutan dalam perlawanan 'away' - Pan Gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687321717_AFFMitsubishiElect.jpg)
Harimau Malaya perlu cipta kejutan dalam perlawanan 'away' - Pan Gon
Skuad Harimau Malaya diminta menggunakan kesempatan mencipta kejutan masing-masing apabila menentang Syria dan China dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 yang akan berlangsung di Chengdu.
![LWN 2023 mampu jadi titik perubahan bola sepak wanita negara LWN 2023 mampu jadi titik perubahan bola sepak wanita negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690299784_TBHannahYeoh.jpg)
LWN 2023 mampu jadi titik perubahan bola sepak wanita negara
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh melihat penganjuran saingan Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 berpotensi menjadi titik perubahan bagi landskap bola sepak wanita di negara ini.
![Arif Aiman tidak jalani latihan bersama Harimau Malaya Arif Aiman tidak jalani latihan bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669535188_ArifAiman.jpg)
Arif Aiman tidak jalani latihan bersama Harimau Malaya
Keberadaan dan status pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi menjadi misteri selepas beliau tidak bersama pasukan negara yang menjalani latihan di Pusat Latihan Johor Darul Ta'zim (JDT) malam tadi.
![Hairuddin hasil produk sambal bilis bantu orang ramai jana pendapatan Hairuddin hasil produk sambal bilis bantu orang ramai jana pendapatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625645988_TBHairuddinOmar.jpg)
Hairuddin hasil produk sambal bilis bantu orang ramai jana pendapatan
Bermula dengan pengeluaran 100 botol secara suka-suka, kini produk sambal bilis yang diberi nama DuoBotak itu telah mencecah jualan lebih 80,000 botol sejak dilancarkan.
![Bekas jurulatih, CEO pasukan Liga-M anggap program naturalisasi masih relevan Bekas jurulatih, CEO pasukan Liga-M anggap program naturalisasi masih relevan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624434302_StanleyDollah.jpg)
Bekas jurulatih, CEO pasukan Liga-M anggap program naturalisasi masih relevan
Dollah Salleh berpendapat khidmat pemain naturalisasi yang berkualiti masih diperlukan sebagai usaha memperkuat skuad Harimau Malaya.
![Cheng Hoe gembira pemain kerja keras sehingga ke akhir perlawanan Cheng Hoe gembira pemain kerja keras sehingga ke akhir perlawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-09/51568026152_TanChengHoe.jpg)
Cheng Hoe gembira pemain kerja keras sehingga ke akhir perlawanan
Cheng Hoe memuji prestasi baik dan komitmen pemainnya atas kejayaan mendapat tiga mata dalam perlawanan hidup atau mati menentang pasukan Thailand.
![Harimau Malaya perlu 'belajar' sebelum cipta sejarah Harimau Malaya perlu 'belajar' sebelum cipta sejarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621836167_harimaumalaya.jpg)
Harimau Malaya perlu 'belajar' sebelum cipta sejarah
Perlawanan di Stadium The Seven itu memberi peluang kepada Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe menentukan kombinasi terbaik menjelang cabaran sebenar.