KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya terlepas daripada berada dalam kumpulan maut, selepas diundi bersama Oman dan Kyrgyzstan dalam saingan Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, yang bermula November ini.
Dalam majlis undian yang berlangsung di AFC House, Bukit Jalil di sini hari ini, ketiga-tiga pasukan tersebut akan diiringi pemenang aksi playoff antara Taiwan dan Timor-Leste pada Oktober ini.
Berdasarkan ranking dunia, Oman menghuni kedudukan ke-73, Kyrgyzstan (97), Malaysia (136), Taiwan (153) dan Timor-Leste ke 192.
Kesemua pasukan tersebut belum pernah melayakkan diri ke Piala Dunia.
Malaysia sebelum ini tewas dalam tiga aksi persahabatan terakhir menentang Oman, dengan kali terakhir tumpas 0-6 pada 2015 sementara kalah 0-1 di tangan Kyrgyzstan, dalam pertemuan tunggal pada 2018.
Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon mencipta sejarah tahun lepas, apabila menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia 2023.
Sementara itu, juara Piala Asia empat kali Jepun diundi dalam Kumpulan B bersama Syria, Korea Utara dan pemenang playoff antara Myanmar dan Macau, yang merupakan antara kumpulan maut.
Kumpulan G turut menjadi tumpuan, apabila membariskan juara Piala Asia tiga kali Arab Saudi, Jordan, Tajikistan serta pemenang playoff antara Kemboja dan Pakistan.
Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mengesahkan tempat di Piala Asia 2027 dan beraksi pada pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
Manakala dua pasukan tercorot, berpeluang merebut slot ke Piala Asia dalam pusingan ketiga kelayakan kejohanan tertinggi benua itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023

Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon mencipta sejarah tahun lepas, apabila menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia 2023. - Gambar fail/Bernama
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Tiada undian 7-2 di Majlis Raja-Raja, beberapa individu dikenal pasti - Fahmi
Kerajaan menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengenai kononnya terdapat undian dengan keputusan 7-2 dalam sidang Majlis Raja-Raja, baru-baru ini.

Parti memerintah Afrika Selatan ANC kehilangan majoriti mutlak
Dengan 97.51 peratus undian dikira, ANC mencatatkan 40.11 peratus pada pagi Sabtu, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (IEC).

Undian resolusi tuntut iktiraf Palestin sebagai negara anggota PBB esok
Undian mengenai resolusi itu akan berlangsung semasa Perhimpunan Agung dianggotai 193 negara kira-kira 10 pagi waktu New York.

Parlimen Turkiye bakal undi penyertaan Sweden dalam NATO
Masa sebenar undian masih tidak jelas dengan agenda Sweden berada di penghujung senarai 42 agenda yang ditetapkan.

Dewan AS gagal pilih speaker baharu dalam undian pusingan pertama
Jim Jordan daripada Republikan gagal memperoleh sokongan yang mencukupi daripada partinya sendiri.

Undian Perdana Menteri Thailand hari ini
Prosiding undian berkenaan diputuskan sebagaimana diumumkan Speaker Wan Muhamad Noor Matha sebelum ini.

Harimau Malaya terlepas kumpulan maut
Malaysia diundi bersama Oman dan Kyrgyzstan dalam saingan Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Penafian: Tiada kaji selidik berkenaan calon Perdana Menteri oleh Astro AWANI
ASTRO AWANI menafikan kaitan dengan imej tular di WhatsApp kononnya satu dapatan kaji selidik atau tinjauan mengenai calon Perdana Menteri.

Lebih separuh rakyat Jepun sokong perbelanjaan pertahanan ditingkatkan - Undian
55 peratus responden menyokong peningkatan perbelanjaan pertahanan, manakala 29 peratus menentang dan baki tidak membuat sebarang keputusan.

Piala Dunia: Sepanyol, Jerman bertembung awal
Beberapa perlawanan menarik turut dinantikan sebelum pusingan kalah mati.