Seperti dalam filem dan cerita bertemakan harta karun, pastinya akan timbul konflik, perbalahan dan sumpahan.
Biarpun dakwaan penemuan harta karun di Pulau Nangka dilihat sebagai sesuatu yang baik, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bimbang konflik yang bakal mendatang sekiranya harta peninggalan lama itu berjaya dikeluarkan.
Antara persoalan yang pasti timbul ialah dakwaan pelbagai pihak sebagai waris dan menuntut hak terhadap harta terbabit.
"Kalau mereka berjaya bawa keluar pun pihak mana nak beli harta karun tersebut? Apa bentuk sekuriti yang perlu ada sekeliling mereka? Bagaimana cara mereka berurusan dengan pihak berkuasa dan sebagainya? Ianya akan jadi daripada mengharapkan nikmat keberuntungan kita khuatir nanti akan dapat bala perbalahan dan pertengkaran." kata Idris.
Dasar kerajaan negeri berhubung penemuan harta karun termaktub dalam Akta Warisan Kebangsaan yang mana bukan sahaja kerajaan negeri, tetapi kerajaan persekutuan juga mempunyai hak ke atas harta berkenaan.
Apa yang pasti, berita mengenai penemuan harta karun Pulau Nangka yang terletak kira-kira 4km dari pulau utama negeri iaitu Pulau Besar, berjaya menarik perhatian ramai dan Idris berharap ia dapat diterjemahkan menjadi tarikan pelancong ke negeri itu.
Biarpun kerajaan negeri Melaka tidak meletakkan harapan tinggi terhadap penemuan sebarang harta karun di pulau itu namun pihaknya tidak menghalang mana-mana pihak yang berminat mencari harta yang didakwa bernilai berbilion ringgit itu.
Difahamkan pencarian harta karun berkenaan dikhabar dilakukan secara senyap sejak 30 tahun lalu bagaimanapun sehingga kini ia gagal membuahkan hasil.
"Jika mereka yakin percaya jika harta karun tersembunyi silakan kerana ia tidak membawa kelemahan kepada kerajaan negeri jika jadi kenyataan akan sumbang kepada pembangunan ekonomi kerajaan negeri. saya dikhabarkan memang ada harta karun itu sejauh kepada pihak mana terserah gali keluarkan harta karun dan saya pun tak berapa pasti dari mana datangnya harta karun itu." kata Idris.
Penemuan harta berkenaan kemungkinan dapat menjawab pelbagai persoalan yang timbul khususnya berhubung pemilikan harta berkenaan sekaligus melengkapkan sejarah peninggalan melaka yang tidak diketahui umum.
Bagaimanapun Ketua Menteri itu menegaskan kerja-kerja galian untuk mencari 'harta karun' itu perlu dilakukan sebaiknya.
"Saya saran kerja pengalian mengeluarkannya mesti mematuhi syarat ditetapkan akta dan undang-undang tidak dibenarkan sewenang-wenangnya merosakkan alam sekitar seperti tebang pokok, memecah batu secara letupan dan kena lakukannya mengikut kaedah yang dibenarkan termasuk Jabatan Alam Sekitar Mineral dan sebagainya." kata Idris.
Sehingga kini hanya dua syarikat eskavasi diberi kebenaran cari gali dan kedua syarikat terbabit diberi tempoh enam bulan untuk menyelesaikan kerja penggalian.
Sekiranya gagal, syarikat lain akan diberi peluang untuk mengambil alih.
Dalam pada itu, Idris melihat harta karun sebenar Melaka adalah kepesatan pembangunan negeri itu.
Biarpun kerja-kerja penggalian sedang giat dilakukan untuk mencari harta karun yang dikatakan tersembunyi di Pulau Nangka, Melaka, namun fokus utama kerajaaan negeri adalah meneruskan kegemilangan Melaka menerusi pembangunan lestari.
Ini kerana bagi Idris, harta harun sebenar adalah melihat secara nyata hasil pembangunan dan pembesaran melaka yang cukup pesat dalam tempoh dua dekad ini.
Antaranya kejayaan melaka menambak kawasan laut yang sehingga berkeluasan 4000 hektar dan tumbesaran secara fizikal itu merancakkan lagi pembangunan Melaka.
"Saya merasakan apabila berlaku pembangunan pesat seperti Melaka Gateway, Admiral City, Hatten Square, Lion Group dan sebagainya. Mereka datang dalam pembangunan nyata dan ini sebenarnya harta karun atau 'Treasures of Malacca' yang perlu dipelopori dalam bentuk minat untuk melabur besar-besaran dan hasilnya dipulangkan kepada rakyat negeri Melaka." kata Idris.
Namun sebagai negeri yang tersenarai sebagai warisan dunia oleh UNESCO, Melaka mempunyai tanggungjawab memelihara warisannya menerusi pembangunan lestari.
"Kita sedar kalau kita tidak kekalkan elemen warisan tersebut kita bakal kehilangan dan kerugian hasil daripada ketidakhadiran pelancong secara berulang datang ke Melaka. Berat mata pihak lain memandang sebenarnya berat lagi kerajaan negeri memelihara peninggalan warisan dunia untuk dipanjangkan kepada anak cucu kita pada masa hadapan." kata Idris.
Dalam pada itu, Idris turut memberi jaminan di samping pembangunan pesat, kerajaan negeri akan mengekalkan unsur pembangunan sedia ada dan menawarkan tapak lain sebagai pengekalan kehijauan dalam bandaraya bersejarah itu.
Tan Su Lin
Thu Apr 17 2014
![Harta karun sebenar Melaka Harta karun sebenar Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/61397659231_295x200.jpg)
KDN jamin keselamatan negara terkawal
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya komited dalam memastikan keselamatan rakyat berada pada tahap tertinggi, seiring dengan cabaran keselamatan yang semakin kompleks.
Latihan pengawal keselamatan, polis bantuan ditambah baik
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail modul latihan sedia ada yang dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikaji semula bagi memastikan ia sejajar dengan cabaran keselamatan semasa.
![Mayat pelajar jatuh sungai bersama motosikal ditemukan lemas Mayat pelajar jatuh sungai bersama motosikal ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739163266_TBpelajarlemasmay.jpg)
Mayat pelajar jatuh sungai bersama motosikal ditemukan lemas
Mayat pelajar yang dipercayai terjatuh bersama motosikal ke dalam Sungai Padang Terap, Chegar ditemui lemas, pada Isnin.
Hari Pers Indonesia: Prabowo seru media ada nilai integriti
Beliau menggesa pengamal media untuk mengutamakan kepentingan negara, kerajaan dan rakyat, serta berwaspada terhadap sebarang usaha untuk memanipulasi pandangan awam melalui pengaruh kewangan.
![KDN perkukuh kerjasama keselamatan ASEAN, tumpu jenayah rentas sempadan dan siber KDN perkukuh kerjasama keselamatan ASEAN, tumpu jenayah rentas sempadan dan siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737481124_TBBENDERAASEAN.jpg)
KDN perkukuh kerjasama keselamatan ASEAN, tumpu jenayah rentas sempadan dan siber
ASEAN mengakui keperluan kerjasama serantau melalui perkongsian risikan, peningkatan kapasiti dan operasi bersama.
![Meta berjaya hasilkan mesin menaip dengan membaca fikiran manusia seakan Cerebro X-Men Meta berjaya hasilkan mesin menaip dengan membaca fikiran manusia seakan Cerebro X-Men](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739160780_MesinMenaipDengan.jpg)
Meta berjaya hasilkan mesin menaip dengan membaca fikiran manusia seakan Cerebro X-Men
Ia dibangunkan untuk pesakit ALS berhubung tanpa perlu menggunakan papan kekunci fizikal.
Delegasi Israel tiba di Qatar bagi rundingan gencatan senjata Gaza fasa kedua
Rundingan tidak langsung antara Israel dan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, mengenai fasa seterusnya gencatan senjata dijadual bermula minggu ini susulan lawatan Netanyahu ke Amerika Syarikat (AS) minggu lalu.
![KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719417313_pistol.jpg)
KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.
Trump komited 'beli', miliki Gaza
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, komited untuk 'membeli' dan memiliki Gaza, namun tidak menolak kemungkinan membenarkan beberapa bahagian wilayah itu dibangunkan semula oleh negara lain di Asia Barat.
Malaysia rakan strategik utama Turkiye - Erdogan
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menekankan peranan malaysia sebagai rakan strategik utama menjelang lawatan rasminya, sekali gus menegaskan komitmen Turkiye dalam mempererat hubungan dua hala dan kerjasama dalam isu global, khususnya perjuangan Palestin.
Menerusi hantaran di X dalam Bahasa Turki, beliau menggariskan harapan terhadap lawatan berkenaan serta kepentingan jelajah ke Malaysia termasuk Indonesia dan Pakistan.
Menerusi hantaran di X dalam Bahasa Turki, beliau menggariskan harapan terhadap lawatan berkenaan serta kepentingan jelajah ke Malaysia termasuk Indonesia dan Pakistan.
![Proses mewartakan tiga pulau sebagai Taman Laut Melaka kini di peringkat akhir Proses mewartakan tiga pulau sebagai Taman Laut Melaka kini di peringkat akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643475458_PulauUndanMelaka.jpg)
Proses mewartakan tiga pulau sebagai Taman Laut Melaka kini di peringkat akhir
Tiga pulau di Melaka yang dicadang untuk diwartakan sebagai Taman Laut, kini di peringkat akhir proses pewartaan.
![Tiga pulau di Melaka dicadang diwartakan sebagai Taman Laut Tiga pulau di Melaka dicadang diwartakan sebagai Taman Laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71608989614_DatukSeriAhmadHam.jpg)
Tiga pulau di Melaka dicadang diwartakan sebagai Taman Laut
Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol dicadang diwartakan sebagai kawasan Taman Laut Negara pertama di negeri ini meliputi kawasan satu batu nautika dari pantai.
![Harta di Pulau Nangka: Kerajaan Melaka beri tempoh sehingga 1 Ogos Harta di Pulau Nangka: Kerajaan Melaka beri tempoh sehingga 1 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/51399022071_295x200.jpg)
Harta di Pulau Nangka: Kerajaan Melaka beri tempoh sehingga 1 Ogos
Pencarian tersebut perlu dihentikan serta-merta sekiranya ia tidak membuahkan sebarang hasil.
![Syiling Pulau Nangka berfungsi sebagai tangkal, bukan mata wang Syiling Pulau Nangka berfungsi sebagai tangkal, bukan mata wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/41399020385_295x200.jpg)
Syiling Pulau Nangka berfungsi sebagai tangkal, bukan mata wang
Kajian yang dilakukan ke atas syiling terbabit mendapati, berdasarkan tulisan Jawa kuno yang terdapat pada medal tersebut, ia digunakan sebagai tangkal azimat masyarakat pada zaman ketika itu.
![Dakwaan syiling yang ditemui adalah palsu tidak benar Dakwaan syiling yang ditemui adalah palsu tidak benar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/41399020385_295x200.jpg)
Dakwaan syiling yang ditemui adalah palsu tidak benar
Mohammad Foad menafikan dakwaan beliau sengaja meletakkan syiling di Pulau Nangka bagi tujuan meraih penyambungan kontrak.
![Kerajaan akan serahkan kepada Melaka kaji syiling emas Kerajaan akan serahkan kepada Melaka kaji syiling emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/41399020385_295x200.jpg)
Kerajaan akan serahkan kepada Melaka kaji syiling emas
Kerajaan pusat menyerahkan kepada Melaka untuk melakukan kajian terhadap kesahihan wang syiling emas yang ditemui di Pulau Nangka.
![Pulau Nangka jadi tapak warisan UNESCO jika ada harta karun - Idris Pulau Nangka jadi tapak warisan UNESCO jika ada harta karun - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/51399022071_295x200.jpg)
Pulau Nangka jadi tapak warisan UNESCO jika ada harta karun - Idris
Pulau Nangka akan diiktiraf sebagai tapak warisan sejarah sekiranya artifak yang ditemui adalah peninggalan kesultanan Melayu Melaka.
![Ketua Menteri tidak yakin penemuan harta karun Ketua Menteri tidak yakin penemuan harta karun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/41399020385_295x200.jpg)
Ketua Menteri tidak yakin penemuan harta karun
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron tidak yakin dua keping syiling lama yang ditemui datangnya dari Pulau Nangka.
![Syiling emas pertama di Pulau Nangka Syiling emas pertama di Pulau Nangka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/61398920030_295x200.jpg)
Syiling emas pertama di Pulau Nangka
Kerja-kerja penggalian harta karun di Pulau Nangka membuahkan hasil apabila syiling emas berjaya ditemui pada 11.15 malam tadi.
![Harta karun sebenar Melaka Harta karun sebenar Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/61397659231_295x200.jpg)
Harta karun sebenar Melaka
Seperti dalam filem dan cerita bertemakan harta karun, pastinya akan timbul konflik, perbalahan dan sumpahan.