KUALA LUMPUR: Pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkenaan 4,186 jawatan tetap tambahan akan diwujudkan di kementerian itu menjelang Jun 2022 disifatkan sebagai satu tindakan yang ditunggu-tunggu oleh kumpulan doktor kontrak di seluruh negara.
Jelas jurucakap Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak, Dr Mustapha Kamal pengambilan itu memberi suntikan moral kepada petugas barisan hadapan itu untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mendapatkan masa depan lebih cerah dalam bidang perubatan di negara ini.
"Kita lihat satu perkembangan positif daripada YB Menteri Khairy Jamaluddin sendiri, kita lihat ini satu perkembangan yang positif daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan MMA dan MMI yang turut hadir dalam town hall semalam.
"Jadi bagi kami ini adalah satu langkah ke hadapan untuk doktor kontrak, jadi dengan perjawatan tetap ini makin ramai doktor kontrak yang dapat masuk jawatan tetap dan akan terus ke program kepakaran dan seterusnya menepati aspirasi YB Khairy Jamaluddin untuk menambah lagi pakar," jelasnya ketika ditemubual Astro AWANI pada Jumaat.
Minta diperhalusi kriteria
Tambah Dr Mustapha, bagaimanapun pihaknya meminta agar KKM dan Menteri Kesihatan sendiri agar dapat memperhalusi kriteria perjawatan tetap yang dimaklumkan itu.
Meskipun hanya 4,186 penjawatan tetap tambahan yang diumumkan, namun jelasnya ia merupakan langkah pertama dalam menyelesaikan isu doktor kontrak yang berlanjutan sejak tahun 2016.
"YB KJ dalam Parlimen ada menyebut 23,077 doktor kontrak, sekarang dengan penjawatan tetap 4,000 masih tidak cukup, tapi apa yang dia dah janjikan dan mesyuarat bersama jemaah menteri, dan ia telah disahkan.
"Jadi kami fikir ini adalah satu langkah ke hadapan dan melihat ini sebagai satu langkah positif, kami juga harapkan lebih banyak berita gembira akan diumumkan selepas ini," ujarnya lagi.
Mengulas lanjut berhubung keputusan kerajaan itu, tambah Dr Mustapha, dia yakin isu kekurangan doktor pakar dalam negara juga dapat diselesaikan.
Kekurangan doktor pakar boleh diselesaikan
Penambahan itu katanya bukan hanya mampu mengurangkan bebanan ditanggung doktor pakar, malah rakyat juga ujarnya dapat menikmati perkhidmatan perubatan yang lebih baik.
"Kita tahu rakyat Malaysia amat mengharapkan sektor kesihatan awam, jadi kalau tiada pakar-pakar ini, dan mereka terpaksa ke klinik pakar akan mengambil masa lama.
"Untuk jumpa doktor pakar temu janji mengambil masa enam hingga lapan bulan, jadi dengan bantuan perjawatan tetap ini, ia membuka banyak peluang dan dapat menyelesaikan 80-90 peratus masalah itu," jelasnya lagi.
Semalam, Khairy dalam kenyataannya memaklumkan jemaah menteri bersetuju supaya 4,186 jawatan tetap tambahan diwujudkan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun ini.
Jelasnya, jumlah itu melibatkan perlantikan seramai 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi.
Fareez Azman
Fri Feb 11 2022
![Hartal Doktor Kontrak: Penambahan 4,186 jawatan tetap di KKM, satu perkembangan positif Hartal Doktor Kontrak: Penambahan 4,186 jawatan tetap di KKM, satu perkembangan positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-02/71487064432_DoctorGeneric.jpg)
Menurut Jurucakap Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak, Dr Mustapha Kamal, perkembangan positif itu dijangka dapat menyelesaikan isu doktor kontrak yang berlanjutan sejak tahun 2016. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Parlimen: 1,497 doktor letak jawatan sejak 2017, 514 pada 2021 Parlimen: 1,497 doktor letak jawatan sejak 2017, 514 pada 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635239339_AzmiGhazali.jpg)
Parlimen: 1,497 doktor letak jawatan sejak 2017, 514 pada 2021
Dari Januari hingga 26 November 2021, seramai 514 orang pegawai perubatan lantikan kontrak telah meletakkan jawatan.
![Kerajaan tanggung RM1.2 bilion lanjut kontrak 7,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi Kerajaan tanggung RM1.2 bilion lanjut kontrak 7,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627320574_TengkuZafrul.jpg)
Kerajaan tanggung RM1.2 bilion lanjut kontrak 7,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi
Kerajaan telah bersetuju melanjutkan kontrak kira-kira 14,000 doktor perubatan, pergigian dan pegawai farmasi bagi tempoh dua tahun.
![Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624358731_AdnanMat.jpg)
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
![Isu doktor kontrak: PM kemuka penyelesaian segera, arah pelan komprehensif Isu doktor kontrak: PM kemuka penyelesaian segera, arah pelan komprehensif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623996049_TBICUHOSSGBULOHCOVID.jpg)
Isu doktor kontrak: PM kemuka penyelesaian segera, arah pelan komprehensif
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelan tersebut perlu merangkumi tindakan segera, pelan jangka pendek sederhana dan pelan jangka panjang.