KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia menyaksikan hasil mereka meningkat tujuh peratus tahun ke tahun kepada RM72.7 bilion pada tahun fiskal berakhir 31 Dis, 2022 (TK2022), dipacu oleh kadar kontrak yang lebih tinggi dan penggunaan aset di tengah-tengah pemberian kontrak baharu.
Berdasarkan penerbitan 100 Syarikat OGSE Terbaik di Malaysia (OGSE100) bagi TK2022 yang dikeluarkan hari ini, Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC) berkata 73.5 peratus daripada hasil industri disumbangkan oleh 100 syarikat OGSE terbaik negara.
"Syarikat-syarikat pertengahan (MTC) bukan OGSE100 serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masing-masing menyumbang 13.8 peratus dan 12.7 peratus daripada hasil keseluruhan industri itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Laporan itu juga mendedahkan bahawa pada 2022, populasi industri OGSE berjumlah 2,286 syarikat, terdiri daripada 100 syarikat OGSE100, 1,945 syarikat PKS bukan OGSE100 dan 241 syarikat MTC bukan OGSE100.
"Daripada 241 syarikat MTC, 12 daripadanya telah berkembang daripada PKS pada tahun sebelumnya, manakala 23 syarikat telah kembali kepada status PKS," katanya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MPRC Mohd Yazid Ja'afar berkata walaupun hasil yang lebih tinggi dicatatkan, namun keuntungan industri pada TK2021 telah bertukar kepada kerugian pada TK2022, yang disebabkan oleh rosot nilai daripada beberapa syarikat OGSE100, selain margin yang lebih rendah.
"Jika tidak termasuk rosot nilai, industri dan OGSE100 akan memperoleh keuntungan kecil pada TK2022," kata beliau di dalam laporan itu.
Menurut laporan OGSE100 bagi TK2022, industri OGSE mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM3.5 bilion berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM4.2 bilion pada TK2021, terutamanya disebabkan oleh kerugian rosot nilai RM5.2 bilion daripada beberapa syarikat senaraian awam dalam OGSE100.
Tanpa rosot nilai itu, industri berkenaan berupaya mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.7 bilion, yang mana OGSE100 menyumbang RM974.4 juta, kata kenyataan itu.
Namun begitu, Mohd Yazid melahirkan keyakinan terhadap industri OGSE pada masa hadapan, berdasarkan prospek terkini daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
Berdasarkan Prospek Aktiviti Petronas 2024-2026, Mohd Yazid berkata Malaysia diunjurkan stabil dari segi aktiviti pelantar penggerudian, struktur tetap, pemasangan dan projek.
"Selain itu, peluang-peluang industri hiliran masih kekal di Pengerang dan Sarawak, yang mana kerja-kerja pemulihan akan diperlukan.
"Projek-projek ini mewakili peluang yang luas untuk pemain-pemain OGSE tempatan yang dilengkapi dengan peralatan dan kepakaran yang betul untuk dimanfaatkan bagi tiga tahun akan datang," katanya.
Mohd Yazid juga menekankan tentang keperluan untuk syarikat-syarikat OGSE beralih ke arah kemampanan, kerana syarikat itu mesti mematuhi keperluan amalan kemampanan oleh pelanggan, pengawal selia, pelabur dan institusi-institusi kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024

Syarikat-syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia menyaksikan hasil mereka meningkat tujuh peratus tahun ke tahun kepada RM72.7 bilion pada tahun fiskal berakhir 31 Dis, 2022. - BERNAMA

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Dasar peralihan tenaga buka peluang pemain OGSE kembang, teroka pasaran baharu
Sektor OGSE perlu melihat dasar peralihan tenaga kerajaan yang kukuh sebagai peluang untuk berkembang dan meneroka pasaran baharu serta kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa.

PETRONAS tingkat daya saing industri OGSE demi masa depan kukuh
Isu peralihan tenaga, teknologi dan inovasi, strategi pembiayaan, peluang perkembangan, serta pembangunan modal insan menjadi topik teras Hari Rakan Kerjasama OGSE PETRONAS.

Petronas lancar program sokongan pembekal untuk amalan lestari OGSE
Petronas menyedari cabaran yang dihadapi oleh pembekal OGSE dalam mengamalkan amalan kelestarian yang penting ke arah peralihan tenaga.

Hasil industri OGSE naik tujuh peratus tahun ke tahun kepada RM72.7 bilion -- MPRC
Kenaikan itu dipacu oleh kadar kontrak yang lebih tinggi dan penggunaan aset di tengah-tengah pemberian kontrak baharu.

Syarikat OGSE mesti terima peralihan tenaga - Rafizi
Syarikat-syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) mesti menerima peralihan tenaga kerana ia akan membantu mereka menyelesaikan banyak isu.

PETRONAS anjur Hari Rakan Kerjasama OGSE
PETRONAS menganjurkan Hari OGSE yang mengumpulkan lebih 1,000 pemain utama industri sebagai satu platform untuk berkolaborasi dan memupuk ekosistem OGSE yang lebih berdaya tahan dan mampan.

RM1.6 bilion pembiayaan diluluskan bagi vendor Petronas setakat Julai2022
VFP dicadangkan untuk membantu vendor Industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) Malaysia yang terjejas teruk

VFP Petronas wujudkan ekosistem, penyelesaian kewangan lebih mampan untuk vendor
260 permohonan diterima dengan membabitkan pembiayaan bernilai RM1.6 bilion yang telah diluluskan setakat Julai 2022.

Petronas terbit laporan unjuran aktiviti 3 tahun
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menerbitkan laporan Unjuran Aktiviti Petronas (PAO) untuk tahun 2018-2020, bagi berkongsi perspektif dalam arah aliran industri