PONTIAN: Walaupun sudah dua tahun sambutan Hari Kebangsaan diraikan dalam suasana norma baharu yang agak 'lesu' disebabkan pandemik COVID-19, namun masih ramai lagi rakyat Malaysia yang berusaha menzahirkan semangat kemerdekaan melalui pelbagai cara yang menarik dan unik.
Bagi Mohd Shahrolnizam Ab Rahman, 39, beliau memilih untuk mempamerkan semangat patriotisme sempena bulan kebangsaan ini, dengan menghasilkan tanjak Jalur Gemilang mini sebagai tanda kenangan pada bulan istimewa ini.
Tidak hanya dijadikan koleksi peribadi, tanjak mini khusus itu turut dijual kepada orang ramai yang berminat untuk memilikinya, terutama dalam kalangan peminat kesenian Melayu itu.
Mula berkecimpung dalam seni pembuatan tanjak sejak 2015, anak bongsu daripada 10 adik-beradik ini kemudiannya nekad 'terjun' secara serius dalam pembuatan tanjak pada 2019, selepas melihat potensi luas kesenian tersebut yang mendorongnya untuk menghasilkan idea lebih kreatif, bagi mempelbagaikan kegunaan tanjak.
"Biasanya tanjak digunakan sebagai hiasan di kepala, tetapi saya pelbagaikannya dengan menghasilkan tanjak mini yang sesuai untuk disimpan di rumah, kenderaan atau sebagai cenderamata untuk rakan-rakan.
"Alhamdulillah, meskipun tinggal beberapa hari lagi sebelum sambutan Hari Kebangsaan, tempahan yang diterima masih menggalakkan. Jadi kalau hendak dikirakan, sampai sekarang sudah lebih kurang 160 tanjak mini telah terjual dari peminat tanjak seluruh negara," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Taman Megah, di sini, baru-baru ini.
Berkongsi bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan tanjak Jalur Gemilang mini itu, Mohd Shahronilnizam berkata, ia bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada Mac 2020, selepas memikirkan untuk mencipta sesuatu yang istimewa untuk Malaysia yang ketika itu sedang berjuang menentang COVID-19.
"Untuk menghasilkan tanjak Jalur Gemilang mini, saya menggabungkan kain bendera dan songket dan masa yang diambil untuk menyiapkannya tidak terlalu lama, hanya lebih kurang 15 hingga 20 minit untuk setiap satu tanjak mini," katanya yang menjual setiap satu tanjak mini dengan harga bermula daripada RM20.
Hanya mempelajari seni membuat tanjak melalui YouTube, beliau mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk menguasai kesenian khazanah warisan Melayu itu, sehingga berjaya menghasilkan sendiri tanjak yang menjadi minat dan kecintaannya.
"Mula-mula saya tengok dan kenali dahulu jenis lipatan tanjak dan saya belajar daripada YouTube sebab banyak cara untuk menghasilkan tanjak yang boleh diikuti. Saya belajar sendiri dan semakin lama, semakin banyak tempahan dan daripada situ timbul minat untuk terus menghasilkan tanjak," katanya.
Menjelaskan mengenai kesenian tanjak, terdapat beberapa jenis lipatan tanjak yang dihasilkannya mengikut permintaan pelanggan dan antara jenis lipatan yang dihasilkannya adalah Nakhoda Trong, Bugis Tak Balik, Dendam Tak Sudah, Balung Raja, Lang Menyongsong Angin, Takur Tukang Besi, Pancung Tak Bertanya, Balung Ayam, Ayam Patah Kepak dan Tok Beruas.
Mohd Shahrolnizam yang juga peniaga makanan itu berkata, selain tanjak mini beliau juga turut menghasilkan tanjak bersaiz besar, yang diperbuat daripada pelbagai jenis fabrik termasuk songket untuk digunakan di majlis-majlis keramaian, pengantin, sambutan Hari Raya Aidilfitri dan pelbagai lagi.
Dalam suasana negara masih belum menang dalam menentang musuh yang tidak nampak ini, Mohd Shahrolnizam turut menyeru orang ramai untuk tidak mengetepikan semangat Bulan Kebangsaan walaupun hanya berada di rumah.
"Pandemik COVID-19 menyebabkan kita tidak dapat menyambut Hari Kebangsaan di luar, tetapi kita masih lagi boleh meraikannya di rumah bersama keluarga dan mungkin boleh menyemarakkan lagi semangat patriotik itu dengan memakai baju kebangsaan atau tanjak," katanya yang turut mempromosikan hasil seni tanjaknya menerusi akaun Instagram dan Facebook.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 29 2021
![Hasilkan tanjak Jalur Gemilang mini bangkitkan semangat kebangsaan Hasilkan tanjak Jalur Gemilang mini bangkitkan semangat kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61630203520_TBtanjak.jpg)
Shahrolnizam menunjukkan sebahagian daripada tanjak mini yang dibuatnya. - Foto BERNAMA
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
![Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349246_SemiconductorSemik.jpg)
Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA
Risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport Malaysia, khususnya semikonduktor adalah minimum.
![Tanjak, busana tradisi Melayu antara tarikan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan 2024 Tanjak, busana tradisi Melayu antara tarikan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721554674_TanjakMelayu.jpg)
Tanjak, busana tradisi Melayu antara tarikan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan 2024
Reruai yang menampilkan promosi dan jualan tanjak serta busana tradisional adalah antara yang mendapat perhatian ramai pengunjung Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan.
![Pengusaha butik pengantin hasilkan tanjak Jalur Gemilang Pengusaha butik pengantin hasilkan tanjak Jalur Gemilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692777628_TanjakJalurGemilang.jpg)
Pengusaha butik pengantin hasilkan tanjak Jalur Gemilang
Seorang pengusaha butik pengantin dari Kampung Pondok, di Kangar, menghasilkan tanjak Jalur Gemilang khusus buat bayi dan kanak-kanak.
![Tambah koleksi warisan Malaysia di Rusia, pembuat tanjak bangga serahkan Mahkota Alam Tambah koleksi warisan Malaysia di Rusia, pembuat tanjak bangga serahkan Mahkota Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662240137_TanjakMuziumRusia.jpg)
Tambah koleksi warisan Malaysia di Rusia, pembuat tanjak bangga serahkan Mahkota Alam
Beliau dapat tahu mengenai hasrat muzium di Rusia mahu tambah koleksi warisan dari Malaysia menerusi pembacaan di sebuah akhbar tempatan.
![Bertanjak jual roti benggali, Shaharizal mahu pelihara busana Melayu Bertanjak jual roti benggali, Shaharizal mahu pelihara busana Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644461244_roti.jpg)
Bertanjak jual roti benggali, Shaharizal mahu pelihara busana Melayu
Segak bertanjak ketika menjual roti benggali menggunakan motosikal di sekitar Kangar dan Kuala Perlis bagi menyara keluarganya.
![Hasilkan tanjak Jalur Gemilang mini bangkitkan semangat kebangsaan Hasilkan tanjak Jalur Gemilang mini bangkitkan semangat kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61630203520_TBtanjak.jpg)
Hasilkan tanjak Jalur Gemilang mini bangkitkan semangat kebangsaan
Tanjak mini khusus itu turut dijual kepada orang ramai yang berminat untuk memilikinya.
![Sigar mampu jana pendapatan - Madius Sigar mampu jana pendapatan - Madius](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51600002471_sigartanjak.jpg)
Sigar mampu jana pendapatan - Madius
Sigar atau tanjak mampu menjana pendapatan lumayan untuk penduduk luar bandar.
![Rais saran orang Melayu amal semula memakai songkok Rais saran orang Melayu amal semula memakai songkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71488196130_TSRaisYatim.jpg)
Rais saran orang Melayu amal semula memakai songkok
Katanya, apa salahnya kalau orang Melayu kembali memakai songkok untuk identiti mereka semasa yang melazimkan mereka untuk berjuang.
![2,500 sertai larian dengan berpakaian tradisional di jambatan 2,500 sertai larian dengan berpakaian tradisional di jambatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81568595822_LLMMAJUNightrun.jpg)
2,500 sertai larian dengan berpakaian tradisional di jambatan
Larian akan dijadikan acara tahunan berikutan sambutan menggalakkan daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama, selain mencapai objektifnya memupuk semangat muhibbah serta toleransi penduduk.
![Pakai busana Melayu imbau detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Pakai busana Melayu imbau detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71566436876_TBBENDERAMALAYSIA.jpg)
Pakai busana Melayu imbau detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan
Memakai busana lengkap tradisional Melayu iaitu tanjak, baju layang, kain samping dan keris adalah satu tradisi yang seharusnya jadi kebanggaan dan anak muda tidak perlu rasa malu dengan warisan ini.
![Memelihara warisan, capal dan tanjak tarik minat golongan muda Memelihara warisan, capal dan tanjak tarik minat golongan muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41559605913_SallehinHussain.jpg)
Memelihara warisan, capal dan tanjak tarik minat golongan muda
Pemakaian capal itu dilihat semakin mendapat sambutan dan mula menular khususnya dikalangan anak muda.