ISKANDAR PUTERI: Hasrat Johor untuk mendapatkan bekalan vaksin tambahan dengan membeli sendiri dari negara lain telah dinyatakan kepada Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini.
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata dalam cadangan tersebut, kerajaan negeri berhasrat membeli sebanyak 500,000 dos suntikan vaksin yang mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk kegunaan 250,000 penerima.
Hasni berkata antara negara yang dicadangkan untuk mendapatkan vaksin ialah Singapura dan China, yang mempunyai hubungan baik dengan Johor selama ini dan diharapkan dapat membuka jalan bagi kerajaan negeri memperoleh vaksin yang diperlukan untuk mempercepatkan proses vaksinasi.
"Kalau kuota Malaysia (mendapat vaksin) mungkin lambat lagi, dan Singapura boleh mendapatkan kuota (vaksin yang) mungkin lebih, disebabkan Johor dan Singapura sebagai satu jiran yang paling hampir saya percaya itu membolehkan Johor meninjau kemungkinan mendapatkan vaksin tambahan lebih cepat.
"Saya telah menyuarakan perkara ini kepada (Datuk Seri) Hishammuddin dan masalahnya bagaimana untuk memulakan rundingan.. Kerana ada prosedur tertentu yang saya andaikan, sepatutnya kedua-dua negara perlu bersetuju atau ikuti," katanya dalam temu ramah eksklusif di pejabatnya, di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata pembelian vaksin tambahan itu akan menggunakan peruntukan kerajaan negeri dan pihaknya bercadang untuk bekerjasama dengan KPJ Healthcare Bhd bagi melengkapkan proses perolehan sehinggalah kepada pemberian vaksin kepada pihak yang memerlukan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Benut itu berkata dengan adanya bekalan vaksin sendiri dengan membeli dari luar negara, kerajaan negeri menyasarkan lebih 20,000 suntikan vaksin dalam tempoh sehari dapat diberikan kepada rakyat Johor di 46 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri.
"Kami mahu berusaha untuk mencapai seramai mungkin (yang divaksin). Sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk Johor harus diberi vaksin untuk mencapai imuniti kelompok terhadap virus menjelang Oktober tahun ini," katanya.
Ketika ditanya mengenai langkah untuk mempercepatkan proses vaksinasi kepada golongan warga emas susulan faktor fizikal badan dan ketiadaan pengangkutan untuk ke PPV selain tinggal di kawasan pedalaman, beliau berkata 10 pegawai daerah dan kira-kira 630 ketua kampung perlu memainkan peranan masing-masing dalam perkara ini.
Beliau percaya dengan adanya kerjasama daripada pelbagai pihak, masalah itu dapat diatasi, malah kira-kira 500 sukarelawan yang bertugas di PPV diharapkan bukan sekadar membantu mengenal pasti dan mendaftarkan kumpulan tersebut untuk vaksin, malah membantu daripada aspek menyediakan pengangkutan.
Ketika ditanya apakah Johor akan turut menyuarakan kepada China menggunakan pendekatan yang sama seperti Singapura untuk mendapatkan vaksin tambahan itu, Hasni berkata Hishammuddin menyatakan perkara itu akan dibincangkan di peringkat Persekutuan tidak lama lagi.
"Bukan hanya untuk mendapatkan vaksin tetapi juga mempertimbangkan (memiliki fasiliti) untuk melakukan ujian RTK-Antigen, RT-PCR. Di China, mereka dapat menguji 15 juta sehari... itu kapasiti mereka, jika mereka (mempunyai fasiliti) boleh menguji dua juta di Johor, jadi semua orang dapat diuji. Sekiranya kerajaan Persekutuan bersetuju dengan Hishammuddin, beliau telah menawarkan Johor untuk menjadi negeri pertama yang mendapat kemudahan seperti itu," kata Hasni.
Menyentuh mengenai 'IMMU Plan Johor' pula, Hasni berkata sehingga 31 Mei tahun ini, seramai 109,581 permohonan diterima daripada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan daripada jumlah itu, hanya 80 peratus permohonan memenuhi kriteria termasuk syarat seperti mempunyai permit kerja sah dari republik itu.
"Kami maklum walaupun kerajaan Persekutuan masih dalam perbincangan dengan kerajaan Singapura untuk membuka semula sempadan, namun kami berharap lebih ramai petugas barisan hadapan ekonomi antaranya yang bekerja dalam sektor perindustrian dan peruncitan di republik itu mendaftar IMMU Plan Johor.
"Ini kerana jika ada jumlah permohonan yang ramai dan memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi pemberian 100,000 dos vaksin ini, ia akan menjadi alasan yang kukuh untuk Johor berunding dengan kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan lebih banyak vaksin tambahan," katanya.
IMMU Plan, adalah inisiatif kerajaan negeri untuk membantu pekerja Malaysia yang mempunyai permit kerja sah di Singapura selain mempunyai surat tawaran kerja atau surat majikan di Singapura mendapatkan vaksin, mula dibuka pendaftaran sejak 29 April lepas.
Pada masa sama, Hasni berharap Singapura dapat menawarkan harga yang lebih rendah bagi kos kepada rakyat Johor yang perlu menjalani kuarantin selama 21 hari sebelum memasuki negara itu memandangkan kadar yang dikenakan pada masa ini dilihat membebankan rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021

Hasni berkata antara negara yang dicadangkan untuk mendapatkan vaksin ialah Singapura dan China, yang mempunyai hubungan baik dengan Johor selama ini. - Gambar fail

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.

TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).

Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.

Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.